Epal dan Pisang sekalian.
Fehhh~ Berzaman kott aku abandoned blog aku ni. Acah busy + tak sempat + penat. Banyak sangat benda yang aku nak share. Tapi tulah.. Aku dah lupa dah nak share apa. Apa yang paling aku ingat, pasal Annual Camp aku laa. Wuihhh kemain.
So, hello from us before Annual Camp.
Masa ni baru nak gerak dari OR ke KK5, UM.
Anyway, thanks kepada penghuni B271, KK5. Kitorang guna bilik korang. :)
Fieza's Road Relay team.. Bravoooo. 👏
Aku peduli apa. Menang tak menang yang penting aku survived.
Next day, aku jadi supporter bola pulak. HAHA. Macam biasa lah bila aku tengok bola, memang bising lah cerita dia..
Ultras Junior. HAHAHA.
Part paling crucial ialah being a Q. Kau tak tau betapa stress-nya bila semua benda kau nak kena settle and handle. Masa tu rasa nak marah semua orang je. HAHAHA. Nanti YO ni suruh buat tu, buat ini, Stap suruh settle-kan kerja itu, ini. Cik suruh tolong. Buat peta, buat kad jarak yadayadayada.. Masa tu nak meraung gak la sebab takde rehat langsung melainkan bila dah sampai KK5, ya. Baru aku berehat. Terus tidur takde siapa berani kacau. LOL. Kerja aku selagi tak masuk medan, selagi tu pusing markas, keluar masuk office. Dan aku tetap puas hati sebab aku masih survived.
Junior punya medan kat Ulu Yam. Buat CIW (Counter Insurgency Warfare).
Dalam CIW ni basically praktikal teknik peperangan yang dah belajar dalam kelas. From the starting to the ending of the war. Kau nak masuk hutan, nak buat pemutus jalan untuk elakkan musuh boleh detect, kumpulan peninjau, nak pilih tempat untuk jadikan pengkalan, gali kubu, ronda tempur, serang hendap, serang khemah musuh and everything. Tapi aku tak buta pun serdap and ambush sebab aku fitik (tugas-tugas lain) masa tu. Duduk kat Markas Tak je. Tapi ada benda yang aku belajar juga masa tu. Masa operasi, tak semua yang pergi. Yang tinggal tu nanti boleh jagakan HQ and kalau ada anggota yang pergi tu cedera atau apapa, yang tinggal ni boleh bagi bantuan. Cemtu la..
HAHAHA. Acah nak positif.
Tapi itulah realitinya. And after habis CIW, dapatlah stand down setengah hari. HAHA. memang seharian lah cerita dia aku tidur kann. And lepas tu, terus get ready untuk fitik besar-besaran kat Sungkai, Perak. Sebab Inter and Senior punya Annual Camp kat sana.
HukHuk. MukaMuka bakal regular.
Stap Matta
Serious banyak lagi gambar. Aku tak larat nak pilih mana yang patut di-upload. Credit to Ayu Dzahra sebab rajin gila ambil gambar. LOL. Beriban gambar Annual Camp sahaja. HAHAHA.
Well. Kat sini pun mental aku teruji. Aku sebenarnya nak pergi fitik medan. Nak la merasa cemana yang dorang ngadu kata mental semua. Yela bukan apa, nanti aku kena, "Kau tetap tak buat apapa kan." Sobs. Sedih hakak. HUHUHU. Aku punya tidur terganggu semata-mata nak kena update jadual fitik orang tak tau. Turun naik Bilik Sekri semata. *nangis* Lepas tu sini sana nak buat itu ini. Orang cuma nampak aku tak buat kerja and arah orang. *nangis kat bucu katil* Kau tak tau before Malam Akrab aku dengan Meran ber-PT satu markas semata sebab sarung kerusi yang sebanrnya memang dah ada dalam DM tu. *nangis hentak kaki* HAHAHHA. Pastu Cik selamba kata, "Kau suka tengok Runningman? Haaa. Saje je aku nak bagi kau lari macam tu." Allahu.. Dahla malam tu kena jadi MC. Hmmm.
Tapi jujur aku kata memang Annual Camp ni the best la. Dahla duduk kat Kem PLKN. Memang nice lah facilities dia. Acah throwback masa PLKN dedulu. Cuma kesian kat team musuhmusuh yang perkasa sebab dorang pun dah macam Senior and Inter yang tak mandi 6 hari, duduk kat medan and tak merasa katil pun. Give them a round of applause. 👏 Perform teruk.
Then, lepas dah settle semua fasa medan and everything, macam biasa, Malam Akrab. Kena lah raikan diri lepas berpenat lelah kann. Tak gitu?
As the previous Malam Akrab, gambar aku cuma ni je..
MC kann~
Tahniah untuk Junior UIA for the first place. Serious aku amazed dengan korang punya performance. Mantap habis aaa zombie tu. Nice squad, nice.
Since aku tak tengok dorang punya latihan, so aku memang, wow masa tengok dorang perform. Macam mabuk ketum. HAHAHHAHA.
And tahniah kepada Best Cadet Junior, Syakir, Anas, Daniel, Aznyl. You guys deserved it.
Thanks to everyone for everything. See ya for the next Annual Camp.
Memang betul pun. Masa Annual Camp kau akan kenal mana satu kawan mana satu lawan. And I learned something. Don't judge too early kid, just don't.
Love,
PKW Nur Hafiza.
No comments:
Post a Comment