Salam Takziah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Syarat wajib untuk mati ialah, hidup.

Dan setiap kali aku dapat satu berita kematian, mesti lepas tu akan ada lagi.

Just like minggu ni.. Aku dapat 2 berita.

Selasa lepas aku tengah study Transac sebab exam semalam. Then, dah tengah hari nak stop, bukak WhatsApp. Yang aku nampak kat tetiga group kelas aku just, Takziah, Innalillah.. Wondering who's.. And, Allahu.. Mak Cik Emy. MakCik Daya Bersih yang kat Level 3.

IIUM-Confession

Teringat masa aku tidur sebelah Acik kat Musolla. Aku rasa aku je jenis suka menyelit kat tempat Acik kat belakang tu. Nanti bila terjaga, masingmasing tengok jam, "Belum azan kan?" Tapi bukan selalu lah, berapa kali je. Selalu jumpa kat aras je, kat toilet ke. Kengkadang masa Acik tengah mop. Masha ALLAH serba salah nak lalu tu.. Tapi mesti Acik cakap, "Lalu je nak.."

Last aku jumpa and interact dengan Acik masa Mock Trial kat Moot Court Level 3. MAsa tu kitorang dok praktis, tetiba Acik bukak pintu tanya, "Ada lecturer ke?" "Takde, Cik." "Kenapa Cik?" "Ehhh. Takla, saje je Acik nak tengok anak-anak Acik buat apa.." "Ohh. HAHA. Praktis je Cik.." "Haaa. Yelah. acik pergi dulu ya."

I received,



Memula aku ingat sebab jatuh tergelincir dalam bilik air, rupanya jatuh dalam bilik air sebab asthma. Around 9 a.m. Dan kebetulan sekarang musim final, so, tak ramai orang kat Kuliyyah. Staf yang jumpa pun tak sempat nak bawa pergi Hospital.

*

Dan pagi ni, bukak je WhatsApp, 3 main group for SMKAJB aku semua Innalillah, Al-Fatihah, Takziah.. Berdebar jugak aku nak bukak sebab tak ready pun nak tau siapa. Aku choose untuk bukak group kelas aku masa Form 5, AKW. 'Ya ALLAH.' I was thinking about someone's relative or anything and never thought about my own batch-mate. 

Meninggal dalam tidur Subuh tadi. 

Kitorang tak sekelas, arwah kelas AKD, teknikal. Tapi aku selalu tau pasal arwah since dorm-mate aku masa Form 4, Form 5 class-mate arwah. So, you know, girls.. Mesti nak cerita daripada A-Z apa yang jadi kat dia satu hari tu. And if I'm not mistaken arwah ni Pengerusi Pustakawan and Hudatiqah which is dorm-mate aku is Penolong or Naib Pengerusi Pustakawan lah. Despite sekelas, kerja sekali, memang selalu lah kena face kan. So, selalu lah cerita pasal arwah dalam kelas, bila buat kerja and so on. He's kinda good person. 



"Kita selalu sibuk nak tau siapa dalam batch yang kahwin dulu, tapi tak terfikir pun siapa yang akan pergi dulu." 

Bila dah ada yang pertama pergi menghadap Illahi, betapa sayangnya ALLAH terhadap batch kami. Yela, memberi peringatan kepada yang masih menghirup udara untuk sentiasa menghargai apa yang ada. Menghadirkan jodoh bertemu ajal dulu sebelum jodoh berkahwin sampai dalam batch kitorang.

Kau pun macam Ahmad Ammar. Pergi di usia 20 tahun. :'(

Allahummaghfirlahum warhamhum waafini wa'fuanhum.

Al-Fatihah, Acik Emeh, Mohd Fadzil Mansor.

*

Kalau cakap pasal batch-mate, ramai dah batch-mate Sekolah Rendah aku yang dah pergi. Kalian yang dah berada di negara abadi itu, berehatlah dengan tenang di sana. Lambat-laun kami menyusul.

p/s: Recently my director's Mom was in hospital suffering Dengue. Get well soon, Aunty. 

No comments: