Birthday Shout Out.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

3rd of January was my Lovely Pretty Trouble Maker Sister. *clapping* *fireworks*


Konon ayu dan sopan dan segalanya.
Tapi, tulah nak cakap, ni je gambar paling sopan dan elok, yang lain semua memang tiada kesopanan dan kesusilaan. HAHAHA. 

Jadi, adik dah genap 15 tahun dah. 
Jadi, tahun ni dia bakal menduduki PT3.
Jadi, adik bakal melalui suka duka sebagai remaja.
Jadi, adik akan berdepan macamacam masalah dengan diri sendiri.

Jadi,

Sebagai seorang kakak yang prihatin, (meskipun jarang sekali menunjukkan keprihatinannya bahkan hanya tahu menjatuhkan dirimu) sedarilah akan dirimu bahawa kamu bakal menghadapi banyak dugaan, mungkin perasaan, mungkin tugasan di sekolah, mungkin jua perhubunganmu bersama rakan-rakan yang mana lebih hebat dan dahsyat lagi yang akan kamu lalui. Percayalah sayang, Semua yang bakal kamu lalui itu merupakan satu proses pembelajaran dalam Universiti Kehidupan. Pesan kakak, sabarlah, jangan pernah buat sebarang keputusan berlandaskan emosi. Setiap kali terlintas dalam benakmu untuk melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, fikirlah, andai emak dan ayah tahu, gembirakah mereka? Ingat adik, emak dan ayah yang paling utama. Belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. Jaga tingkah laku. Jaga tutur kata. Biarlah apa pun orang nak kata, mulut manusia bukan hak kita untuk tutup. Asalkan jangan buat benda tak baik terhadap orang lain. Orang tak nak kita takpe dik, suatu hari, dia akan sedar dia tak patut buat macam tu. Kena qawiyyah (baca: kuat) sikit lah ya? Muah ciked. MuahhMuahhh. 

So sorry sebab tak buatkan kek and tak belikan kek which is your birthday this year without cake. Tapi I dah belanja you Indulgence kan? *kenyitmata* Kira dah settle bisa enggak hutang I? WootWoot.

And I sempat buat Macaroons yang comel je. And ayah belanja chicken chop 2 untuk adik.


Thanks for everything baeby. HAHA.
Adik ku sayang. Thanks for everything.

No comments:

Post a Comment