Sejenis Throwback.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Tuesdate.

Jadi, lepas paper Legal Skills hari Selasa yang lepaslepas, yang mana hari pertama dan terakhir paper Tinan, dan juga hari di mana special outing sebab Pasar Malam maka, warga A128 plan untuk keluar makanmakan buat terakhir kali. SobSob. So, selain PasarMalam tu tempat yang kononnya grand sikit nak makanmakan tu kat Jaya One jela. And paling standard buat kitorang tak lain lagi lah semestinya BoatNoodle. Tapi masa pergi tu pehhh~ mampat sendat tak ingat lah kan. Sebab mungkin tu je masa yang ada. Dan most of them are Laws students yang baru habis paper Legal Skills. Nampak lah tekanan gila jawab paper tu. HAHA. Jadi, kitorang kena bagi nama dan tunggu turn.


Agak lama jugak menanti. Before nak masuk tu kena tunggu nama kena panggil. Hanini~ HAHA. Then, sementara nak tunggu order sampai memang lagu rock kapak dah perut. Pagi tu gigih study kan.. Makan pun tak lalu dah. Masuk dewan pun paling lambat. Sanggup tu berlapar demi BoatNoodle. 

Lepas tu nak bergambar lah konon kat Jaya One. Dan jumpa tempat menarik.


Gi Tokyo jap. Huuu~

And yes. Benda yang paling aku tak puas hati ialah Mr D.I.Y. baru je bukak. Baguslah. Orang dah habis sem baru nak wujud. Kalau tak, tak payah lah aku sesusah nak gi Mid kalau nak cari barang selain stok makanan. Jadi, lepas puas dah macamacam gaya dah pose, terus shopping sakan kat Mr D.I.Y. Memang setiap pelosok kitorang jelajah. Impian aku nak balik JB bawak beg sikit musnah serta-merta sebab tambah dengan free gift which is payung and buku-buku yang aku beli kat MPH Ahad sebelum tu. 

Malam tu jugak Tinan tinggalkan kitorang yang still ada paper Business and Statistics, Stats tu Nani je. Well~ Tahniah Husna sebab still dapat bilik yang sama untuk Short Sem ni. Jangan replay scenescene semasa kitabersama ya? *kenyitmata* Bukan apa, nanti rindu macam mana? I jauh kat JB ni.HUHUHU. Kitorang masingmasing jauh. Sorang kat selatan, kat utara, kat pantai timur sana. Jumpakat Gombak ya kaliankalian yang disayangi. MuahhMuahh. Sorry sebab bila Fieza tengah mood swing merepek-repek je perangai. HEHEHE. Seriously, sangatsangat best dapat kenal Nani and Tinan. Kelakar sangatt untuk everything yang kita dah lalui, makan tak kira masa, Imamah, tidur and segalanya especially lepas tengok gegambar lepas kita Tuesdate tu. HAHA. Semoga Berjaya untuk masamasa akan datang. In Sha ALLAH.

*

Thursdate.

Selain roommates, manusiamanusia yang akan the best kat CFS ialah, classmates 323. Lepas paper Business pagi tu, kitorang plan untuk hangout for the last time. Yela. Lepas ni kat Gombak takut tak tersempat nak jumpa. Lagipun ada yang still kat CFS lagi. Tapi nak buat cemana. Semua orang ada kepentingan masingmasing. Yang join pun tak sampai 10 orang pun. Huuu~ Sendu lah jugak. Dahla sem kali ni paling terasa jauh sebab kelas kitorang semua dibagi-bagi masuk kelas lain. So, susah gak jumpa. Kalau nasib satu kelas tu jumpa lah. 

Tapi nak buat macam mana? Itu je yang termampu.





Jadi. Sempena Thurdate ni pun aku bawak dorang gi Tokyo.


Naik floor atas jumpa phot booth. HAHA.


Shepah dengan Wati nak balik awal, so join makan je. Then Paein and Zati nak balik Kedah malam tu, jadi cuma aku Wafa' and Syazely je gi KL Sentral for Polis Evo. Bukan nak cakap apa, ruang panggung tu dipenuhi dengan bebudak CFS je. HAHA. Nampak lah release stress untuk last paper.


Tak lupa untuk Syazely yang sangat menepati janji. Well~ I've asked him to treat me Big Apple. TerimaKasih kerana memenuhi janji. Appreciate sangat. 

So guys, for the 'Have you ever' game is really killing me because I'm the one who need to confess all the 10. Aku anggap tu sebagai satu buli untuk BirthdayGirl. HAHA. 

Thanks guys for everything. Jumpa kat AIKOL. And, semoga menjadi Peguam berjaya. In Sha ALLAH. 

*

Jadi. Aku sedang merindui korang. Yela. last year timetime cengginih dah busy dengan ShortSem. 2hb ni pun kelas dah start. Merindui kopi Wonda RM2.00 air gedegang. Weii~ Kat sini RM2,20 kottt. Stress aku. HAHA. 
Sejenis coretan spesis yang gedik. Bila kena balik CFS meraung taknak balik. Heh~!
Anyway, thank you for all the presents for my birthday. Kali ni banyak pisang aku dapat. Goal tercapai lah kiranya. HAHAHA. 

No comments:

Post a Comment