Resepi Potato Cheese.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Minggu ni cousin aku balik JB, jadi, aku pun confirm lah akan balik sekali sebab rumah abah dia which is PakNjang aku ni dekat je. Ala sekampung je gituu~ Lega lah jugak sebab dapatlah bernafas lega daripada kerenah anakanak. HAHAHA. Aku tak pasti kalau aku ada anak macam mana sebab balik ni aku demam, migrain semua ada. Kunyah cili padi, makan paracetamol, selubung dalam selimut, haaa~ Pecah peluh terus. Tu baru 2 minggu jadi 'ibu muda'. HUHUHUHU~

So, selama 2 minggu ketiadaan aku di JB ni, banyak benda jadi. Jiran aku meninggal Khamis lepas, tibatiba rebah kat tempat kerja. Al-Fatihah untuk CikZul. Dulu arwah tukang kebun kat sekolah rendah aku. Lepas tu, Manja hilang sehari. Pastu masa aku balik sini, dia balik dah. Nyaris aku melalak lagi sebab dia hilang kali kedua. Isyhh~ Nakal dia ni.. HAHA. Nasib baik muncul lagi. Haihh~ And, Jumaat malam tu, lepas Mak Ayah adik gi Pasar Borong dengan Abang Sam, Abang Sam accident kat depan rumah dia. Almost 12 dah masa tu. Anak dia tibatiba terlanggar kereta dia. Agak teruk lah sebab daripada semput je, sekarang Nasha ada masalah jantung pulak. Tengok condition kereta memang sangatsangat teruk dah. Tapi, Alhamdulillah. MasingMasing okayy and tak lama pun kat hospital tu.

Dahsyat engkoo aku story. Padahal tajuk resepi. HAHA. Dan memandangkan aku nampak ada bread crumb kat dapur, aku pun nak try lah buat Potato Cheese. Rasa macam jemputjemput kentang tapi ada cheese. Well~ Kat rumah cousin aku pun macamacam aku cuba buat. Yela. Takde benda nak buat kan lepas tu berlambak bahan kat rumah dia.. HUHU..

Tengok Potato Cheese aku.


Bahan-Bahan.

2 biji kentang
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil garam
Cheesedale
1 biji telur
Bread crumb
Air

BahanBahan depends jugak. Sebab ada yang kentang besar or kecil. Yang aku buat ni kentang besar gabak, so banyak lah dapat. And depends jugak pada besar mana ulian tu. Aku buat besar amat, so dapat dalam 9 biji kalau ikut bahanbahan atas ni.

Cara.

Rebus kentang sampai empus lepas tu lenyekkan sekali dengan garam. 
Tapi kalau aku masa rebus tu bubuh sekali garam. Sebab mak suruh macam tu lagi senang. 
AgakAgak dah cukup lenyek, letak tepung and air, uli macam nak buat kuih. Air tu agakagak 1 sudu atau rasa kentang tu boleh gentelgentel okayy lah tu. 
Cheesedale tu kau lipatlipat jadi kecil atau nak gentel jugak terpulang asalkan dia boleh masuk jadi inti. Aku kerat empat Cheesedale tu sebab kalau guna sekeping, besar sangat.
Lepas dah sumbat cheese dalam kentang tu, gelekkan dia dalam telur and gelekkan atas bread crumb. Tadaaaa~ Telur tu sebab nak bagi bread crumb melekat elok. 
Boleh la nak frozenkan ke nak terus goreng. 

Selamat mencuba. ^^

Anyway, Salam Takziah juga untuk family Yus Jambu atau Yussry Edoo. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment