YOUTHACE2015 Part 3.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Satu kerja betul tak tidur malam ni sebab stay up. Dah la tu, stay up bukan sebab study, sebab tengok movie. Re-watch cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Semua garagara petang tadi aku tak boleh nak study and re-watch Terbaik Dari Langit. Husna pun join sekaki. Tu yang malam tadi dia tanya, ada movie lain lagi tak? HAHAHAHA. Apa lagi? Gasak la tengok sampai tak sedar dah pukul 4. Nak tidur kang Subuh terlajak pulak. HUHU.

So, aku decide sambil mengisi masa senggang ini, mari kita menga-update. Hoyeahhh~

Belia dan Survivalnya di Masa Hadapan.
By: Hazman Baharom

Speaker ni UTAM punya ahli. Universiti Terbuka Anak Muda. Aku ada buku kompilasi ahliahli UTAM yang study merata-rata, dalam and luar negara. Buku ALIF LAM LAM HA. Buku tu memang khusus kepada orang yang open-minded and boleh terima sebarang pandangan. Overall, UTAM ni more to Sastera.

Belia perlu ada kematangan dan ilmu untuk menempuh masa hadapan serta menitikberatkan proses lenturan seseorang belia itu. Belia juga mesti mempunyai citacita yang jelas dan berkobarkobar untuk menggapai dan melaksanakannya.

Perkara pertama yang kita kena buat is, tengok balik perjalanan hidup kita, adakah ianya natural ataupun dicipta? Haaaa. Point ni memang Critical Thinker punya pemikiran katekoo~ Well said, kau rasa perjalanan hidup kau follow sistem ke cenna?

Kenapa ramainya belia tak maju? Sebab kebanyakannya bersikap,
- Change bad thing to another bad thing.
- Intelektual yang tak kukuh.
- Jadong : Jahat, Bodoh, Sombong.

How do we treat knowledge? Sebagai alat atau sebagai suatu matlamat?

Untuk survive, kita kena fikir sesuatu masalah itu pada pokoknya iaitu dasarnya bukan terus melihat rantingnya. Sebabnya dalam pada kita nak memahami dunia itu kita perlu memahami realiti. Yaaa. Point ni menarik untuk di-share-kan bersama. Realiti yang kita faham selama ini bukanlah realiti yang sebenar. Tapi realiti yang sebenarnya ialah suatu proses. Sesuatu yang bertentangan dengan maksud realiti yang kita biasa faham.

" Thou shouldst not have been old till tho hadst been wise. "

Bro Hazman

Forum: Belia Penggerak Islah Masa Hadapan.
Moderator: Hafizul Faiz
Panel: Azila Aziz, Ummi Rose, Fatimah Syarha, Dr Maszlee Malik.

Azila Azizi tu founder untuk 'Telekung Project'. Bekas guru and baru 36 tahun. 


Apakah masalah utama yang perlu diutamakan? 
- 'Macam mana nak mati?'

Kita selalu lupakan internal disebabkan external. Dan kita tak berpegang pada satu prinsip kehidupan yang abadi iaitu, menghadapi kematian.
Oleh yang demikian, jangan buat keputusan jangka masa pendek yang akan bagi kesan buruk pada jangka masa yang panjang.

So, we need to become a philanthropist. Maksudnya dia pentingkan humanity, care pada orang lain. 
Dan. Tak salah bersikap rebel, asalkan kreatif sebab sky is the llimit.

Next, Ustazah Fatimah Syarha..

Sesuatu asas itu ibarat kita menanam pokok. Kalau kita semai dan pelihara dengan baik, maka tumbuhlah ia menjadi elok. Kalau kita nak membina generasi seterusnya yang mantap, kita kena ada ilmu mendidik mereka. Sebab apa? Sebab kanakanak mudah belajar melalui perbuatan bukan perkataan. 

Jadi, kita perlu mahir 3 aspek untuk membentuk asas yang kukuh.
1. Murabbi. 
- tegas bukan garang.
- sampaikan mesej daripada hati yang bersih.
- tak jadi autokratik.

2. Kurikulum.
- galakkan bergaul.

3. Biah.
- suasana yang baik.

This is because of, daei perlu ada jiwa yang besar dan perlu bersama membangun bukan hanya mengarah serta membangunkan surah al-asr dalam diri. 

Bimbinglah hidup dalam wasatiyyah. In Sha ALLAH barakah.

So, turn Ummi Rose yang aku over excited sebab masa Form 4 pernah join program collaboration dengan Raudatussakinah. Masa tu baru aku kenal Ummie Rose and aku adore dia sesangat. 

First thing yang Ummie Rose suarakan ialah, keinginanya untuk menutup Rumah Perlindungan sebab nak mencapai gejala sosial sifar. Jadi, dalam usaha untuk memperoleh sifar untuk gejala sosial, tenaga anak muda amatlah diperlukan.

Kita juga kena bagi peluang kedua pada setiap orang because everyone deserve a second chance. 

Teringat speech Wani, maksud dia kurang lebih cemni la, "Kita yang jarakkan diri kita dengan merekamereka yang bermasalah, lepas tu nak mengata dorang, bukan nak bimbing."

Indeed.

Kenapa Ummie masih bersemangat, kental dan gigih teruskan semuanya? Sebab Ummie still berusrah. Berjemaah itu penting.

Kita perlukan semangat orang muda dan kebijaksanaan oraang tua. -perbincangan-

So, Lecturer UIA yang femes dikalangan students is Dr. Maszlee Malik.

Dilontarkan soalan, "Apa sebenarnya masalah belia kita hari ini?"
Dengan slumbernya, "Bila kita anggap orang lain atau sesuatu perkara tu sebagai masalah. Itulah masalah."

" Don't too judgemental to people. "

Rasulullah dah tunjukkan Islam secara praktikal, dah menyeluruh, jadi kita tak boleh nak jadi selective. Ambil certain ajaran je. Plus, tanpa kita sedari menyayangi nyawa sendiri dan nyawa orang lain juga sunnah.

" Islam bukan milik Pak Lebai dan Mat Surau United. "

Setiap manusia telah ALLAH kurniakan talent yang berbeza maka, salurkanlah kekuatan itu untuk Islam.

Belia mesti meluaskan pembacaan untuk mencabar pemikiran sebabnya kalau kurang membaca, pemikiran tak terbuka dan akan menyebabkan kita tak mampu untuk rasional.

To be continued..

p/s: Kau yang apply course tu, pastu nak persoal pahal dapat kampus tak sama dengan orang lain. Hesyhhh~

No comments:

Post a Comment