Kembali.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

*
Tahun lepas, in the same date.. Aku ingat lagi.. Aku lemah sangat masa tu. Air mata sampai kontang nak keluar. Mungkin sebab aku sedih bila most of warga PutPut dah balik semalamnya dan meninggalkan kami yang hanya beberapa kerat. Hambar saat itu. Hambar. Mungkin. Kemungkinan yang mungkin ada benarnya. Tapi sedihnya aku sebab aku bercita-cita untuk balik rumah sebelum 18hb Mac. Aku mengharapkan pulangnya aku ke JB, dijemput. Tapi, hakikat yang aku kena telan bila aku kena balik naik bas PLKN tu. Sendu rasa hati. Sayu. 

*
"Saya nak jumpa Nur Hafiza Jamaldudin."
"Ya saya?"
"Ayah awak telefon pejabat tadi and sampaikan pesan untuk call dia balik. Dia cakap ada sedara awak meninggal."

*
Aku nak tebus rasa bersalah tu. Sebab tu aku nak kitorang se-family dapat buat tahlil sesama. Tapi, tak dapat. Sebab aku masih kat Alor Gajah. Masa tu. 

*
Dan aku ingat untuk tahun kedua ni dapatlah aku jenguk kubur sekali, memandangkan plan nak balik kampung haritu. Tapi, hampa sekali lagi. Mungkin sebab tu aku kesal yang amat sangat bila aku tak boleh balik kampung. Bukan niat mengingati itu setahun sekali, tapi tarikh lahir itu mengingatkan kita tentang meningkatnya usia, kenapa tarikh perginya seseorang itu tak menjadi kayu ukur untuk kita beranggapan, mati kita mungkin 'just around the corner'. 

*
Maafkan kakak sebab jadi orang terakhir yang tau. Maafkan kakak sebab abaikan petanda itu. Maafkan kakak.

PakSu. 
Damailah dirimu di alam sana. Semoga sentiasa di bawah rahmat ALLAH. 

Kembalinya seseorang menandakan tamatlah tempoh pinjaman sebuah kehidupan terhadap seseorang itu.

Haritu, ayah jumpa buku ni atas katil PakSu. So, kakak beli. Nak baca. :)

Al-fatihah Halib bin Sulaiman.

Kakak Rindu.

No comments: