Seminar Sebelum Aku Bernikah Part 3.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Semalam menjeruk rasa sebab ada orang fly tak nak bagitau aku. Hummm. Tapi, aku faham kenapa dia taknak bagitau. It's okayy. Aku faham situasi tu. Aha. Fi hifzillah kat sana ya? Janji lah lagi kan nak derma darah sesama. HewHew~

Dan secara automatiknya aku teringat seketika moment kat PLKN. HUHU. Betapa taknak nya aku masuk kelas CB5 tu. Tapi gagahkan jua sebab ada Warda. Sebab dia je senanya aku tabah. Lepas tu bila kena pecah group, rasa nak bebal pun ada. Tapi, yelah, kalau tak pecah tu, takdanya aku kenal members ST yang .. Humm.. Yang bestbest tu. Fieza is rindu. Okaybai.

*
*
*
*
*

Masa aku tengok tentatif tu, memang cari Slot Hilal Asyraf je sebenarnya. Yela. Kan program under Langit Illahi. Semestinya la. Lepas tu tengok time petang. Wahahaha. Petang betul dia letak. Saje je kan..

Sebelum Aku Bernikah.
By : Hilal Asyraf

- Setiap perkara bukan sahaja perlukan kepada pemahaman, tapi perlukan pembuktian.

First of all, Hilal ajak kita emua berpegang pada 3 ayat ni. Bukan berpegang butabuta. Maksudnya kita hadam balik apa maksud yang tersirat di sebalik 3 ayat ni.

Terjemahannya..

Surah al-Baqarah

Surah Ali-Imran

Surah at-Tahrim

"Even kita tak memimpin keluarga in case kita tak kahwin, paling kurang pun kita akan pimpin diri kita sendiri."

Aku suka part Hilal cakap, soal cinta ni, bukan benda enteng sebab cinta ini penting untuk pembinaan ummat. Sebab cinta juga mampu membawa ke syurga. 

Hakikatnya ramai manusia suka mengamalkan konsep, "Biarlah aku macam ni.. Orang lain boleh ubah. Orang lain boleh. Aku tak boleh." Okayy. Katakanlah semua orang berpandangan macam tu. Gane? Gane tu? Sebab kita ni sebenarnya ialah 'seseorang'. 

Kenapa perlu merancang?

"Tak semestinya apa yang kita rancang itu akan jadi tapi In Sha ALLAH ianya akan jadi lebih baik." 

Sebabnya ALLAH is the best planner. Get it?

And. Kan buku baru Hilal Asyraf tu, Sebelum Aku Bernikah Memeluk Sempurna tu.. Tau tak kenapa Memeluk Sempurna? 

Memamng tak termampu pun sesiapa nak cuba memeluk sebuah kesempurnaan. Cuma, kita boleh berusaha untuk memeluk sempurna tu. Jadi, walaupun kita tak dapat memeluk sempurna. Tapi, kita sudah berada pada jalan menuju ke arah kesempurnaan. Dan ingatlah wahai korang semua.. Usaha kita sebenarnya yang dipandang. Bukan hasil. Haaa. Gituuu. Formula dia begini, 


Gituuu. Haaa. 

Okayy. Pastu, gerbang perkahwinan ni bukan kayu magic yang boleh merubah diri seseorang. Misalnya, kalau kita ni sedia ada pemalas sebelum kahwin, bukanlah dengan cara kahwin, kita akan automatik rotate menjadi seseorang yang rajin. Kita ialah siapa kita sama ada sebelum atau selepas kahwin. 

Sebab tu perlukan persediaan. 

- Kita juga perlu membaca. Dan mesti membaca 2 perkara dalam hidup ini iaitu membaca buku dan membaca manusia. 
- Kita kena ada nilainilai common sense (diam dan dengar) dan skill.
- Wujudkan seni dalam menegur. Pelbagaikan cara menegur dari aspek gaya bahasa dan sebagainya.
- Kenapa kena kahwin? Kerana kahwin merupakan peluang untuk kita sebarkan dakwah. 
- So, kalau nak kahwin, kena ada ilmu berkaitan rumah tangga.
- Ilmu rumah tangga bukan belajar secara teori je, tapi boleh belajar daripada orang yang berpengalaman.
- Hidup berumah tangga tak perlukan duit yang melimpah pun, cukuplah sekadar ada daya survival. Daya survival tu kalau kita mampu menggunakan duit ikut keperluan di samping boleh berjimat-cermat. Tambahan, mampu mengembangkan duit tersebut.

Next, kita sebagai hamba ni, jangan jadi lembik dari sudut :

1. Mudah jatuh cinta.
2. Kemaruk terlebih.
3. Mengutamakan hawa nafsu.
4.Lalai dan alpa.

p/s : Iman itu perlu dibuktikan dengan amal kita. 

Slot lepas tu just perkenalkan Game 'Defending Malaysia' dengan 'Tarbawi'. 
Bolehlah download. Dan, ya. Aku merupakan peng-download terawal sebab aku ni kan gamer. KehKehKeh.

Slot terakhir tu, Dr Harlina Siraj tibatiba cancel last minute. So, ganti dengan isteri Ustaz Syaari Rahman, Puan Nurul Syuhada Syuib, seorang Peguam Syariah lulusan UIA. Inspire aku kott. Wuuu. Tapi forum malam tu banyak menjawab soalansoalan je. 

Mendidik Keluarga, Mendidik Negara.
Moderator : Hafizul Faiz
Panel : Ustaz Syaari Rahman, Nurul Syuhada Syuib, Hilal Asyraf.

- ALLAH mencipta manusia dengan adanya sifat kelemahan, dan sering tunduk kepada syahwat
- Nikah itu ada ganjaran di sebaliknya dan kalau kita tidak bernikah, kita boleh terjebak dengan zina. Nauzubillah.

Berdasarkan Surah Yusuf, mengenai kisahnya dengan 'Zulaikha'. 
- Ustaz cakap, belum tentu namanya Zulaikha sebab tak dinyatakan dalam al-Quran. Nama Zulaikha itu disebut berdasarkan ceritacerita.
- Kenapa nama dia tak disebut sebab ALLAH memelihara aibnya. 
- Namanya tak disebut juga kerana ayat tersebut boleh kekal Universal. Maknanya bukan kepada 'Zulaikha' tu sahaja bahkan untuk semua Muslimat.
- Kenapa berlakunya perkara sedeikian? Sebab 'Zulaikha' tiada apa yang hendak dilakukan. Maksudnya, banyak masa lapang.

Jadi kesimpulannya, masa lapang itu sangat membunuh. Ini aku akui. Memang. 

Ustaz galakkan kita untuk berpersatuan. Jangan dibuai masa lapang. Tak elok.

Then.

"Kalau kita nak didik suatu generasi, didiklah wanita."
- Wanita biasanya sentiasa di rumah. 

"Rumah tangga bukan segalanya tetapi segalanya bermula daripada rumah tangga."

Dan, aku tertarik dengan satu soalan daripada sorang brother ni,

"Didikan yang macam mana yang saya patut berikan kepada isteri saya sekiranya, saya ni cuma seorang Akauntan tapi isteri saya seorang Ustazah yang kiranya dah pro babab agama ni?"

Nak tau jawapan Ustaz? "Belum tentu seorang Ustazah itu merupakan seorang pendakwah yang bagus. Sebagai ketua keluarga, awak boleh mencari ilmu tu dan kongsikan dengan isteri awak." Indeed. "Belum tentu seorang Ustazah tu, tak suka romantikromantik ni. Jangan salah anggap."

Jawapan Ustaz tu cukup wauuuu.. 

- Amalkan guna 'I' atau 'We' statement dan bukannya 'You' statement.

Oh ya, syarat untuk berpoligami ialah adil. HewHew~ 

Dan soalan yang aku ingat sangat..

"Ustaz, apa hukumnya kalau seseorang tu berusaha menghafaz al-Quran sebab wanita yang dia suka tu seorang al-Hafizah. Jadi, dia nak jadi lebih baik daripada wanita tersebut. Maksudnya dia hafaz kerana perempuan tu."

"Buatlah sesuatu kerana ALLAH. Ada je orang hafaz 30 juzu' tapi siasia. Sebab apa? Sebab dia tak amalkan apa yang ada dalam al-Quran, jadi kalau dia tak hafaz tapi dia amalkan ajaran al-Quran, dia lagi baik daripada al-Hafiz atau al-Hafizah yang sekadar hafaz je."

Just a little reminder to girls out there.. Kalau boleh bersuamilah anda dengan lelaki yang kamu hormatinya. 

p/s: Rezeki ALLAH bukan pada RM sahaja, bahagia itu juga rezeki.

The End.

No comments:

Post a Comment