Seminar Sebelum Aku Bernikah Part 2.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Sebenarnya on the way balik JB semalam, aku demam. HUHU. Memang tak larat. Dengan berhujan 2 malam nak balik ke Mahallah Maryam. Sungguh~ Antibody aku ni lemah rupanya. HAHA.

Let’s proceed to the next part for Seminar Sebelum Aku Bernikah.

Merancang Wang Semenjak Jatuh Cinta.
By : Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir

“If somebody fails to plan, he is planning to fail. “

Hal ini demikian kerana antara salah satu faktor utama masalah kewangan ialah, tidak pandai merancang kewangan dengan bijak.
Berdasarkan Surah Yusuf ayat 47-49, (Nabi Yusuf merupakan seorang penta’wil dan pentafsir mimpi) Raja Mesir nak tau apa maksud mimpinya yang mana Baginda bermimpi bahawa 7 ekor lembu yang gemuk telah dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus.. Nabi Yusuf mentafsirkannya dalam ayat 47-49 Surah Yusuf..

So, Hajah Rohani simpulkan daripada ayat tu, kalau kita bekerja, kita kena simpan sikit hasil yang kita dapat untuk kegunaan masa depan.

Amalkan formula,



Awalawal kita kena asingkan simpanan. Plus, seandainya kita nak berumah tangga, jangan mulakan dengan hutang. Maksudnya hutang untuk majlis kahwin yada, yada, yada semua tu. Elakkan.

Seeloknya ada rumah sendiri bila dah kahwin, jangan kejar beli kereta. Tolong percaya katakata bekas pelajar Ekonomi ni.

p/s: Kalau dah genap 18 tu, boleh lah start melabur. 

Anak Muda dan Cinta.
By : Aiman Azlan

HewHew~
Tudiaaaa. Tak dapat tengok kat CFS, kita tengok kat CAC Gombak terus.

Seorang mahasiswa perlu menjadi seorang yang intelektual.

‘Asyik-asyik Cinta’ – Kenapa statement macam ni boleh tercetus?

Ianya terjadi apabila perbincangan mengenai ‘Apa Itu Cinta?’ tidak dikembangkan skopnya kepada sisi lain. Sebab tu orang akan naik bosan. Aiman bagi analogi simple je, ibarat sebuah novel, yang kita semua dok ulang baca and ulang page yang pertama serta tak habiskan pun satu novel tu, pastu terus judge novel tu bosan. Sebab tu kita nampak topik Cinta ni sebagai suatu topic yang cliché. Cuba kaitkan cinta dengan ekonomi, cuba kaitkan cinta dengan pembangunan. So, it’ll become more interesting then.

Apa yang diertikan dengan konsep anak muda?

Anak Muda = Tidak boleh diharap lagi

Persoalannya, sampai bila dia akan boleh diharap?

*Kind of macam persoalan aku dalam post, “….”

Bila Aiman cakap, “Setuju tak kalau saya kata matang itu bukan pada umur?”

Even dalam bab perkahwinan pun tak dispesifikkan umur yang sepatutnya untuk berkahwin. Cuma dinyatakan, apabila kamu dah bersedia, maka teruskanlah.. *Aku lupa hadis ke apa.

Muda ≠ Tak Matang

Kematangan seseorang akan terpancar melalui 4 aspek.

1.Fizikal

2.Spiritual

3.Emosi

4.Mental

Secara amnya, perbuhan fizikal untuk menampakkan ciri-ciri kematangan itu berlaku secara automatik. Manakala, aspek lainya, Spiritual, Emosi dan Mental pula terjadi secara manual. Iaitu kita kena berusaha untuk mencapai tahap matang itu. Bijak mengawal.

Sepatutnya kita tak perlukan fasa ‘Remaja’. Kerana ianya seolah-olah membuatkan kita rasa masih belum bersedia untuk apa-apa. In addition, we’ll never stuck in ‘identity crisis’ .

Kena jadi seseorang yang mengawa emosi buakn dikawal oleh emosi.

Kalau kita kahwini seseorang, kita kena terima dia seadanya dan jangan cuba ubah dirinya selagi apa yang dibuat tak melanggar hukum syarak. Sebab once kita dah ubah diri dia ikut apa yang kita nak, sebenarnya kita bukan mencintai dia, tapi mencintai diri kita yang terpantul dalam diri orang lain.

Macam tu jugak kalau nak raih cinta ALLAH. Apa kau nak suruh ALLAH jadi macam apa yang kau nak?

p/s: Individu itu seorang yang kompleks.

Tarbiah Anak Sebelum Berkahwin.
By : Pak Arbi (Rosdi Baharom)

Aku selalu ingat Mama Ayu (Ustazah Rahayunizan) cakap, “Awak nak tau anak awak macam mana nanti? Awak tengoklah diri awak sekarang.”

-Persiapkanah dirimu sebelum engkau lalui bahtera pernikahan.

Persiapan yang rapi merangkumi :

1.Membina diri bagi menjai Hamba kepada ALLAH.

2.Berusaha membangunkan keluarga.

3.Menanam hasrat bagi membangunkan masyarakat.

Pak Arbi suruh gantungkan setiap cita-cita kat langit. Dalam kata lain, bila kita gantungkan cita-cita yang tinggi, kita akan cuba semampu yang mungkin untuk menggapainya. Noted! Usaha.

“ Kehidupan rumah tangga ialah ‘hayatul amal’. Ia diwarnai oileh bebanbeban dan kewajipan. “ – Hassan al-Banna.

Hidup perlukan al-Azam dan al-Qashd iaitu, keinginan dan tujuan. Maka persiapkanlah niat dan ilmu untuk meneruskan hidup. Hidup berumah tangga juga perlu kepada ilmu, kemahiran, kesabaran dan semangat serta mempunyai 2 asas penting yakni, Asas Rabbani dan Asas Insani.

By the way, ni nasihat Pak Arbi,


p/s: Analogi Islamik based on, Men from Mars Women from Venus. Men from Mecca Women from Medina.

To be continued..

No comments:

Post a Comment