Seminar Sebelum Aku Bernikah Part 1.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Memusim cuti midsem ni ramai balik. Tambah pulak cuti Raya Cina. Soalan common timetime cengginih, "Balik bila?" Bila aku jawab, "Ahad" Aku yakin dan pasti, semua akan tanya, kenapa lambat? Dan, ya. Memang pun. Maka aku jawablah, "Pergi Gombak. Ada hal" Kalau yang tak ambil kisah tu, tamatlah conversation di situ, kalau ada yang nak tahu, memang akan tanya.. HAHA. Tapi kelakar jugak bila aku cakap tajuk Seminar ni, aku dapat reaksi paling lawak daripada classmate aku. "Hah? Fieza nak bernikah dah ke? Fieza nak kahwin dah?" Masha ALLAH sister ni.. Ada ke situ dia merepek.

Stereotype.

Tak boleh cakap apa dah.

Proceed to main topic..

Input yang berlambak untuk Seminar sehari. Kau rasa?

HAHA. Tapi, sangat berbaloi sebenarnya. Worth. Nilai input, pengalaman semua tu tak mampu diperoleh di manamana. Hiperbola sangatt~ Yela. Pengalaman tu sebab merasa tidur Mahallah Maryam 2 malam je senanya. 

Agak lah jauh tu nak menapak ke CAC. Tapi takdelah jauh teruk pun. 

By the way,


Ya. Patutnya upload poster before program. Ni dah habis baru nak ngapload. 

Dan disebabkan memori kad aku entah kenapa lah kan.. Bermasalah ditambah dengan bateri low dan dengan power bank tinggal kat bilik, maka meranalah aku tanpa gegambar. Menangis tak berlagu nampaknya..


Jadinya aku share pasal Slot 1.

Fiqh Cinta.
By : Ustazah Fatimah Syarha.

Cinta ini terbahagi kepada 3 kategori.

1. Cinta ibarat singa dan pedang.
- Cinta ini cinta antara Rasulullah dan sahabat. 
- Cinta yang mulia.
- Cinta yang mengutamakan ALLAH.

2. Cinta umpama bencana besar.
- Cinta yang diuruskan secara salah.
- Cinta berlandaskan nafsu.
- Cinta yang hanya membawa petaka pada diri.

3. Cinta seperti arak yang memabukkan.
- Cinta yang membuai diri kita.
- Cinta yang membuatkan kita terbayang-bayang dan membuang masa.

Jadi, refleks balik, kita berada di cinta yang mana?

Then, cinta itu merupakan fitrah. Dan fitrah akan menjadi jernih dengan fikrah. Fikrah itu cara kita berfikir. Melalui fikrah kita kena lalui proses 3P dan seterusnya mendapatkan Cinta High Class. Apa proses 3P tu?

3P = Pause (berhenti untuk menguruskan fitrah)
        Priority (first thing first)
        Pergi (mulakan langkah)

" Seandainya cinta kita dipacu untuk menuju kepada ALLAH, maka kita tidak akan menderita dalam kekecewaan meskipun dikecewakan. "

Ustazah ada bagi satu analogi. 

Bayangkan diri kita ni mesin basuh yang tugasnya membasuh pakaian yang kotor. Segala sabun, air, peluntur, pelembut dah dimasukkan, tapi suis tidak di-on kan.. Apakah mesin basuh itu berfungsi? Sama seperti diri kita, duduklah dalam biah para ulama sekalipun, tapi, kalu kita sendiri takde usaha nak mengubah dan memacu diri ke arah Illahi, janganlah bermimpi..

Sebelum ada cinta itu, hebatkan individu muslim dahulu. Dengan apa? Dengan memperhebatkan 10 Muwassafat Tarbiyyah.

Nah, refresh balik apa tu Muwassafat Tarbiyyah.


Sebab dalam hidup ni kita perlu pada perancangan. Untuk apa perkara sekalipun. Apatah lagi dalam membina Baitul Muslim.

Kita juga diingatkan supaya tidak mengejar kesepurnaan kerana ianya membawa kepada ketegangan semata manakala sekiranya kita mengejar keredaan, percayalah hidup kita akan tenang. In Sha ALLAH. 

" Apabila telah datang jodoh, maka, beristikharahlah yakni, berbincang dengan ALLAH dan bermusyawarrahlah iaitu berbincang dengan ibu bapa dan keluarga, "

Ustazah cakap, pembinaan diri memang tak akan pernah habis sebab pembinaan diri ini berterusan. 

p/s: Ubat sedih itu adalah dengan sentiasa tersenyum.

1, 2, 3 Cari Jodoh.
By : Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman

Ini merupakan step untuk mencari jodoh.

Terdapat beberapa konsep jodoh yang dapat disimpulkan.

1. Rahsia ALLAH. Bukan ALLAH merahsiakan, tapi hanya dia saja yang tahu takdir kita. Jadi, sebagai hamba, tugas kita ialah berusaha dan tawakkal pada-Nya.

2. Jodoh itu rezeki. Sama ada ianya rezeki yang halal ataupun haram. Apa yang membezakan kedua-duanya ialah, 'rasa'. Perbezaannya ialah 'keberkatan'.

3. Jodoh itu perkara ghaib.

4. Jodoh itu boleh jadi jodoh kedua, ketiga dan seterusnya. Dia tak fixed.

5. Jodoh juga boleh jadi selepas berlaku penceraian.

Persoalan tentang adakah jodoh itu perlu ditunggu atau diusahakan?

Jawapannya ialah perlu diusahakan.

Antaranya, berdoa kepad ALLAH dan optimis terhadap ALLAH. Mengambil langkah untuk berkenalan dengan bakal jodoh melalui nazhar iaitu melihat dengan teliti dan bertaa'ruf. Istisyarah atau berbincang dan istikharah.

Utaz Zaharuddin perincikan lah apa yang dimaksudkan dengan nazhar, min kalimah na zho ro. Bukan ditafsirkan sebagai melihat semata-mata tetapi, melihat dengan teliti. Taa'ruf pula boleh melalui orang ketiga.

Lepas tu, generally, lelaki muda, what so-called pemuda ni sebenarnya pemarah. Kenapa pemarah? Sebab mereka dalam posisi untuk membentuk kematangan dan ego. Plus, lelaki ni bersifat memburu. Sebab tu kurang sifat malu. Aurat lebih mudah. Lebih lasak. Secara analoginya, kalau kita nak pergi berburu, kita mestilah tangkas dan laju. Tu semua sifat lelaki.

Then, dalam usaha mencari.. Pentingnya membentuk diri sendiri. Jadi, perkara utama ialah, fahami ilmu tentang diri sendiri. Kenali sehabis baik diri sendiri. Kaji setiap sikap dan sifat diri sendiri. Penuhkan dada dengan pendidikan. Dan, bijak merancang kewangan.

Maksud hadis,

" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah dalam ahal agamanya. Nescaya beruntunglah kamu. "

Aku pernah bergaduh dengan seseorang pasal hadis ni. Yela. sebab agama tu last sekali. Aku pun rasa macam, kecantikan tu yang pertama kena pandang. Punyalah dia tarbiah aku. Tapi, biasalah. Aku kan, kepala aku je betul. Sampai tadi Ustaz cakap, "Walaupun agama tu disebut yang terakhir, tapi itulah yang patut diambil kira. Kerana apa? Kerana agama itu kekal selamanya."

Terdiam aku masa tu. HAHA.

Ni part paling menarik. Tips nak kenal seseorang selain daripada menggunakan khidmat orang ketiga.

1. Lihat kepada perkataan yang digunakannya.

2. Baca segala tulisannya. i.e. Post FB, Insta etc..

3. Lihat cara si dia bergambar.

4. Perhatikan tempat kunjungannya dan ulasannya.

5. Lihat cara dia komen di facebook dan etc.

6. Lihat pada cara dia berpakaian, gaya, beg, dan material.

7. Cara dia bergurau dengan rakannya.

8. Apakah responnya terhadap pujian?

" Matlamat di atas ini menghalalkan cara atau tidak? Apa tujuannya? "

p/s: Jangan jumpa bomoh kalau tidak berjodoh sekalipun.

To be continued..

No comments:

Post a Comment