Resepi.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So, I'm sharing two recipes here.



Resepi Kek Kurma.

2 ½ cawan tepung gandum (diayak dengan 1 sudu kecil baking powder, 1  ½ sudu kecil soda bikarbonat)
1 cawan kurma (dibuang biji & dihancurkan)
5 biji telur
1 cawan gula halus
4 sudu besar susu pekat (lebih pun takpe)
10 sudu besar marjerin atau seketul mentega (dicairkan)
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil esen vanilla

Cara.

Putar gula, telur dan ovellete sampai kembang.
Masukkan marjerin/mentega. Putar lagi.
Masukkan susu pekat dan sambubg putar sampai sebati.
Masukkan tepung yang dah diayak dan putar.
Masukkan kurma dan kacau. (tak guna mixer pun takpe)
Pastikan sapu loyang atau bekas dengan marjerin/mentega.
Tuang dalam loyang dan kukus selama 1 jam dengan api sederhana.

Resepi Kek Kukus Beralun.

5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovellete
2 ½ cawan tepung gandum (diayak dengan 1 sudu kecil baking powder, ½ sudu kecil garam halus)
1 sudu kecil esen vanilla
¾ cawan susu pekat
10 sudu besar marjerin (dicairkan)
Perwarna (suka hati)
Serbuk koko

Cara.

Masukkan semua bahan kecuali marjerin, pewarna dan serbuk koko. (tapi step by step) Pukul sampai kembang.
Masukkan marjerin dan putar sampai sebati.
Loyang sapu dengan marjerin.
Bahagikan beberapa bahagian mengikut warna.
Masukkan satu bahagian dan ayakkan serbuk koko di atasnya. Selang-selikan dengan bahagian lain sampai habis.
Kukus dalam masa 45-55 minit dengan api sederhana.

Huh! Selamat Mencuba. *lambaitangan*

No comments: