Mulakan Pagi Dengan Doa

Segala puji bagi Allah yang mendidikku,
Dan menghilangkan kebutaan mataku dan
yang menunjukkanku jalan yang LURUS,
Yang memuliakanku dan meneguhkan hujahku.
Selawat dan salam tetap dicurahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Sebaik-baik makhluk keturunan manusia,
Kepada keluarga, shabat-sahabatnya yang mulia,
Dan seterusnya orang yang berjalan di jalannya
dan mengikutinya.
Ini puisi untuk orang yang berjaya,
Yang memiliki cita-cita setinggi bintang di langit,
Untuk mereka yang memiliki tekad yang kuat,
Aku persembahkan kepada kamu wahai
saudara-saudaraku,
Wahai orang yang mengharapkan kemuliaan,
Dan berjalan menggapai FIRDAUS dan keredaan,
Dengarlah, kusampaikan nasihat dan kerjakanlah ia,
Berusahalah mengerjakannya selagi
nyawa dikandung badan,
Aku berlindung kepada ALLAH S.W.T. daripada rendahnya
cita-cita, lemahnya tekad,
hinanya tujuan,
buruknya tabiat dang longlainya jiwa,
Semoga ALLAH S.W.T. sentiasa memberkatai
umat seISLAMku,
Aku berlindung kepada ALLAH yang
MULIA sebagai TUHAN kita,
Daripada kelemahan dalam berusaha
atau malas.

Google Chrome stolen. err.

No comments: