Di Atas Jalan Lurus Itu Aku Menyimpang


Ya Allah, dalam perjalanan aku menuju-Mu,
Di atas jalan lurus itu aku menyimpang,
Atas kejahilanku membaca peta hidupku,
Aku sentiasa menyimpang,
Tanpa aku berusaha untuk belajar daripada kesilapan aku,
Membetulkan kejahilanku,
Aku tetap meneruskan penyimpanganku,
Sehinggalah aku jauh tersesat,
Dan jalanku kian gelap-gelita, mata hatiku teraba-raba,
Di ketika itu aku mula menyedari atas kesilapanku,
Kegagalan membaca peta hidupku.. (Al-quran Karim)
Ku rasakan hatiku kian keras,
Aku perlukan sokongan-Mu Ya Rabb,
Bantulah aku untuk terus istiqamah di atas jalan-Mu itu,
Jalan yang di mana tiada tandingan kesuciannya,
Jalan yang menuntut kesabaran dan keistiqamahan pedangang-pedangan yang melaluinya,
Jalan yang menjamin kebahagiaan kepada pengikutnya,
Itulah dia, jalan menuju Diri-Mu yang Agung,
Allah, aku memohon perlindungan-Mu,
Daripada gangguan si iblis yang tidak pernah henti memujukku menjauhi-Mu,
Aku mohon keselamatan dari si durjana yang tidak pernah bosan mengajakku menyimpangi jalan-Mu,
Aku mohon agar aku diperlihatkan batil sebagai batil,
Dan yang haq sebagai yang haq
Terimalah doa dari hamba-Mu yang hina lagi fakir ini 
Ya Illahi..
Al-Fakir ila Rabbihi..

Layar pujangga,
Hakim Halim.
Gombak, Selangor.

No comments: