Berkongsi Ilmu.

Lima saat yang tidak ditolak doa padanya iaitu malam Jumaat, malam ke sepuluh bulan Muharam, malam pertengahan bulan Syaaban dan dua malan hari raya.
(Sabda Nabi Muhammad S.A.W)

Amal yang paling utama adalah solat pada awal waktunya.
(Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Haakim)

Nabi pernah menyatakan :
Barangsiapa membaca Surah Yaasin pada malam hari, maka pagi-pagi ia mendapat keampunan.
(Riwayat Baihaqi)

Jangan minum terus-menerus seperti binatang-binatang minum. Minumlah dua teguk, dan tiga teguk. Dan bacalah Basmallah apabila kamu minum dan bacalah Alhamdulillah apabila selesai meminumnya.
(Maksud hadis)

Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan keadaan angkuh.
(Surah al Isra' ayat 37)

Jihad yang paling utama adalah (mengucapkan) kata-kata benar di sisi pemerintah yang zalim.
(Riwayat Ibnu Majah, Ahmad, Thabrani dan Nasaai)

Zikir yang paling utama adalah "Laa ilaaha ilallaah" dan doa yang paling utama adalah "Alhamdulillah".
(Riwayat Tirmidzi, Nasaai, Ibnu Majah dan Haakim)

Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini penuh ikhlas dan mengharapkan rahmat Allah, ia layak mendapat ganjaran Allah.
(Sabda Rasulullah S.A.W)

Sedekah yang paling utama adalah kesungguhan orang yang punya sedikit. Dan mulailah dengan (memberi nafkah) orang-orang yang engkau tanggung.
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Haakim)

Sedekah yang paling utama adalah memberi minum air.
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Nasaai, Ibnu Majah, Ibnu Hiban dan Haakim)

Saat yang paling utama adalah pada tengah malam yang akhir.

Orang yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bertengkar.
(Maksud hadis)

Solat yang paling utama di sisi Allah adalah solat Subuh pada hari Jumaat dalam jemaah.
(Riwayat Abu Nu'aim dan Baihaqi)

Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang orang minum berdiri.

Solat yang paling utama adalah yang paling lama berdirinya.
(Riwayat Ahmad, Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Solat yang paling utama adalah solat (sunat) seseorang di rumahnya kecuali solat fardu.
(Riwayat Nasaai dan Thabrani)

Rasulullah S.A.W. telah melarang meminum daripada mulut tempat air minum seperti botol, kendi, teko atau terus dari paip air dan lain-lain.


Sumber : Bacaan.

No comments:

Post a Comment