Surat Cinta

ehem.. Tengok tajuk surat cinta mesti berlumba-lumba nak baca. Almaklumlah 'Surat Cinta'. Anyway, Surat Cinta ini daripada seorang ibu yang amat mencintai anaknya.

Anakku,
Masih terbayang di mata ini saat kehadiranmu. ibu menangis genbira, ayah tersenyum bahagia melihat kejernihan wajahmu. Kepenatan saat mengandungkan dan kesakitan saat melahirkanmu tidak lagi terasa, ketika suara tangisanmu memecah keheningan tatkala bernafas di dunia ini. Syukur ibu panjatkan kerana dikurniakan seorang permata dalam hidup ibu.

Anakku,
Kini, kau telah pun meningkat remaja. Ibu begitu senang hati melihat dirimu membesar dengan penuh keayuan sebagai seorang gadis. Kemanjaanmu menyerlahkan lagi dirimu. Kesantunanmu membuatkan hati dan pandangan ibu terasa indahnya. Tetapi entah mengapa kebimbangan semakin menjalar di hati ibu. Bimbang melihat dirimu melewati waktu dan kehidupan yang penuh dengan liku-likunya.

Anakku,
Kehidupan ini penuh dengan godaan dan hasutan yang akan membawa ke kancah kerosakan diri dan hati. Ibu bimbang sekiranya dirimu tidak dapat mengawal diri dan godaan itu. Ibu takut seandainya dirimu terjerumus ke jalan yang tidak diredai. Jalan yang mensia-siakan masa depanmu. Ibu tidak sanggup untuk menghadapinya kerana rasa sayang ibu kepadamu.

Anakku,
Siang malam ibu fikirkan tengtangmu. Berfikir hala tuju masa depanmu. Ibu mahu melihat dirimu berjaya di dunia dan di akhirat. Menjadi anak yang solehah dan menjadi muslimah yang sejati. Ibu mahu dirimu berdiri teguh dalam keimanan dan ketaqwaan yang selama ini ibu didik dan ajarkan. Ibu tidak mahu dirimu alpa dalam kemanisan dan keseronokan duniawi yang sebenanrnya menuntut erti perjuangan. Satu perjuangan sebagai hamba yang beriman.

Anakku,
Harapan ibu menggunung tinggi agar dirimu dipelihara dan terpelihara. Seandainya ada perkara yang memerlukan pilihan, antara keseronokan dan ketenangan. Pilihlah ketenangan yang mana memberi kebahagiaan hakiki. Ketenangan yang membawa kita pada kasih sayang Illahi

Daripada : Ibu yang sentiasa menyayangimu.

Sumber : Bacaan

p/s: Best pulak bila teringat pergi bengkel harituh.

No comments:

Post a Comment