Hajat Tertunai.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Al-fatihah,
Wok binti Idris.


Semalam aku pergi Seremban. Melawat TokCik. Hari Rabu haritu ayah bagitau Cik Md. Noor call. Dia cakap TokCik dah tenat. Mak pun lately ni ada cakap yang dia asyik teringat je kat TokCik. Supposed masa raya nak singgah tapi sebab mak tak sihat, terus balik JB. Mak kata, 'Tengok ketupat pun teringat MakCik.' Mak ada kata jugak yang dia teringin nak jenguk. That's why aku suggest hari Jumaat since aku dengan ayah cuti.

Kitorang ajak Kak Nanie sekali sebab ayah actually tak berapa nak larat pun drive plus harini ayah kerja. Around 11 jugak gerak sebab ayah ada hal pagi tu.

Kitorang sampai dalam pukul 2 which is kena tunggu sampai 4.30 untuk waktu melawat. Sorry. Tapi aku cukup tak berkenan dengan sistem waktu melawat kat hospital. Sebab menyerabutkan. Seriously.

When we arrived.. Ya ALLAH. Luluh hati ni. TokCik dalam keadaan separa sedar sebab bila adik panggil dia, bola mata dia bergerak-gerak. And ada satu masa TokCik mendengus macam, 'hummm'..  Badan panas sebab demam. Kaki semua bengkak . Tangan bengkak sebab bekas masuk air. Bila pegang kaki dia larikan kaki. Geli lah tu. HAHA. Tapi, paling aku sayu sebab aku nampak air mata kat mata dia. Ya TokCik, TokCik rindu kitorang kan? Kitorang pun rindu jugak. Sebab tu kitorang datang. TokCik nangis, kitorang pun nak nangis.

Berat hati sangat nak balik. Berat langkah nak angkat. Aku sempat bacakan al-Fatihah dengan Ayatul Kursi je. Tak sempat dengarkan syahadah. Takpela.

Kitorang sampai rumah memang agak lepak and semua tidur awal. Suddenly ayah dapat call around 4.15 a.m. daripada Cik Md. Noor. Mak cakap, 'Bang. Angkat. Tu mesti Md. Noor.' And yes. TokCik dah pergi buat selamanya. She's gone at the age of 88. After 9 years of her daughter's death.

*

TokCik ni macam my nenek angkat. Since atokatok aku jauh nun di Kedah sana. And cucucu dia pun kat Seremban sana. 7 tahun kitorang satu family jaga dia. Uruskan dia. Belikan barang keperluan dia. Kitorang jaga atas sebab dia tinggal sorang. Husband lama dah meninggal. Lepas husband dia meninggal, anak dia bawa pergi Serembab and jaga tapi lepas anak dia which is Cik Ina meninggal sebab luekimia, TokCik nak duduk kat runah dia. Taknak duduk dengan menantu. Biasalah. Orang tua kan. 

So, sejak setahun dua lepas ni TokCik dah agak tak larat. Tak boleh masak sendiri jadi kitorang yang akan hantarkan nasi. Perangai makin Masha ALLAH, berilah ketabahan kepada diri ini. HAHA. Lupa tu pun normal lah untuk orangorang tua. 

Setiap Rabu and Sabtu ada pasar malam dekat area rumah. So, kena belikan, apam balik or kole kacang and kuey tiau goreng. And kat kedai runcit ridsect, clorox and pisang. Ya ALLAH. Aku dah la suka pisang, mesti tiap kali makan pisang ingat TokCik. HAHAHA. Sayu je bila teringat semua tu. Teman TokCik tidur tiap malam dedulu. TokCik siapkan sarapan lagi. Tapi tulah, nescafe. Aduiii. Bukan aku boleh blah pun. Tapi, tetap minum . Orang dah buatkan. 

Sungguh. Aku rasa memang dia ingat kat mak. Sebab mak memang lately ni asyik sebut pasal TokCik je. Ayah pun sesikit TokCik. Aku pulak tak waswas nak gerak Seremban. Mungkin bila dah terlepas hajat TokCik nak jumpa kami kali terakhir, dia mampu pergi dengan tenang. Ya ALLAH..

Lepas seminggu raya TokCik dah tak lalu makan. Semua taknak. Mungkin badan lemah sebab tu tak sedar. Doktor pun klasifikasikan as sakit tua je. Tapi memang TokCik takde apa penyakit pun. Even kencing manis walaupun dia minum Mirinda Oren, darah tinggi and everything. TokCik sihat. Even aku tengok record blood pressure, nafas and all that semua normal. Tapi betullah. ALLAH pinjamkan takat tu je. ALLAH dah rindu nak jumpa insan yang dia berikan masa hampir 9 abad untuk hidup.

Hajat TokCik nak jumpa kami buat kali terakhir dah tertunai. :)

Tenanglah di sana, TokCik. 

Al-fatihah, 
Wok binti Idris, Zarinah binti Reduan

No comments:

Post a Comment