Lawatan SPRM.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Sejak masik Main Campus ni, aku rasa macam tamak haloba segala bagai semua ada. Bukan nak kata sebab barubaru masuk ke apa kann~ Tapi emmang kalau boleh, semua kelab, segala apa aktiviti nak involve. Even masa kat CFS pun aku endah tak endah je. Masuk GCC je sebab itu je rasanya yang menarik minat. HAHA. Maybe banyak pilihan kat sini. Hummm~

Jadi, masa TaWe haritu, aku berminat sangat nak join SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Tapi level Uni ni kita panggil SPR which is Sekretariat Pencegahan Rasuah. Kira memang kena lah kan dengan Kuliyyah aku ni. Tapi memang ramai ex-AIKOL-ians yang kerja kat situ. *angkatkening*

Kalau ikutkan plan, kitorang sepatutnya pergi SPRM Putrajaya pagi Jumaat tu. Tapi sebab pihak dorang tersilap pandang sebab ter-approve sekali dengan proposal Uni lain yang nak pergi pagi jugak, so kitorang beralah lah untuk pergi Putrajaya petang. So, kitorang gerak ke SPRM Selangor dulu. Farid (President of SPR-IIUM) cakap as IIUM ni bawah naungan SPRM Selangor, mesti lah melawat pejabat kat Shah Alam tu.

Untuk merekamereka yang mengenali PiqaRahim dan sedang merinduinya.

SPR-IIUM, AIKOL-ians.


So, a mini gathering of S323. Rindu CFS pulak tetiba. Le' Awesome classmates forever.

Lepas sembahyang Jumaat kitorang gerak ke Putrajaya. 

By the way, sepanjang perjalanan tu kitorang tengok Bajrangi Bhaijaan. Tapi, lepas Jumaat tu, brothers naik bas lagi satu memandangkan satu bas tu terus pergi Masjid Biru and sisters kena tunggu kat depan SPRM. So, resume lah balik movie tu sampai part dorang pi Hazrat and kitorang pun sampai SPRM Putrajaya. Paling bingit bila balik dari Putrajaya tu, brothers gigih suruh previous-kan sampai part ayam. -_- Terpaksalah ulang tengok sampai IIUM scene yang sama and tepat scene dorang pergi Hazrat jugak lah kitorang sampai IIUM. Mula semua bebal kat brothers. HAHAHA. 


Kat SPRM Putrajay kitorang tokleh bawa masuk any of gadgets. Tak kisahlah, handphone ke camera ke, semua tak boleh. Cuma kalau lawatan, satu kamera je yang dibenarkan. Kamera photographer kelab jela maksudnya. Beg kau kena scan macam kat airport kott. HUHUHU~

So, tak payah tanya lah kan. Memang takdelah gambar dalam tu. Tunggu Johan send kat group pun macam lambat lagi je. HewHew~
Merasa lah jejak kaki dalam lock-up (lokap). Tapi the best part is tahanan kat situ mandi guna sabun Lifebuoy kott. Aku pun cikai je. HAHA. Bersyukur sangat lah sebab masa kitorang pergi tu takde tahanan. The Kawad Cam bilik, Bilik Siasatan. Bilik sisatan memang perghh~ CCTV, mirror, all that. Memang possibility nak menipu memang 0.001% lah. Rasa jakun kott bila dengan penerangan Penguasa tu. The Microphone yang boleh detect even bunyi nafas tu.

By the way, SPRM pun ada Radio sendiri. MACC.fm Tak tau lah promo kitorang dah on air ke belum. Tak sempat aku nak dengar. Ada apps and boleh dengar online.

Kau jangan ingat SPRM ni pendakwa ya? Tugas dorang is menyiasat. And after that, AG yang akan decide sama ada patut kena tindakan atau tak. Jangan sesuka nak kecam ya? Also about the 2.6 issue. They're waiting for AG's explanation. Oh yeah, AG is Attorney General.

So, disebabkan takde gambar dalam SPRM, kita bagi gambar luar SPRM.



Nah Putrajaya..

Roomate merangkap classmate kat CFS dulu.



Cak!

#SPRMCOMMUNITY

Duduk Main Camp. ni aku malas betul nak keluar. Dengan malas, dengan tambang lagi kalau nak keluar. Zaman kini kena berkira sikit. HewHew~ So, dengan melibatkan diri dengan aktiviti sebegini, dapatlah keluar tanpa ongkos. (baca:kos)

Thanks everyone. Mee goreng kat SPRM Shah Alam tu sumpa sedap. Pepanas dia.. Air teh o diaaaa... Sangat sedap ya. Sangat sedap. Kuih-muih dia.. TerimaKasih sangatt.

*

Aku nak muntah baca kes. Bantulah diri ini...

No comments:

Post a Comment