#P : Mengapa Manusia?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

RIP to Michai and the Yellow-coloured cat that had been abused.


Wahai Manusia.

Apa sebenarnya mahumu?
Di manakah silapku?
Mengapa aku diperlaku sebegitu?

Wahai Manusia.

Memang engkau punya kuasa.
Oleh itu, ingin kubertanya.
Tidakkah engkau punyai rasa?

Wahai manusia.

Engkau punya nikmat akal.
Namun masih bersifat dangkal.
Adakah tidak mahu pulang ke pangkal?

Wahai Manusia.

Mungkin aku makhluk hina.
Yang kau sangka tiada guna.
Namun aku jua ciptaan Yang Esa.

Meski diriku binatang yang hina.
Tidakkah laku mu itu lebih terhina?

Luahan yang terpendam,
Seorang Haiwan.

No comments: