Kem Motivasi UPSR 2015.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Yakinilah setiap perkara pasti ada hikmahnya.

*

Macam yang certain orang tahu, actually 30 and 31 ni sepatutnya aku dengan gang Alumni KAA0911 akan handle Program Motivasi kat sekolah lama. SMK Permas Jaya. Tapi, kitorang kena cancel atas sebabsebab tertentu. Masa tu sedih jugak. Mana taknya, semangat sangat kitorang plan, at last tak jadi nak dilaksanakan. Kecewa kott. 

Dan maybe disebabkan ke-eager-an aku yang nak sangat jadi fasilitator, takdir telah menentukan aku ter-join satu Consultant ni. Alhamdulillah. Semua sebab cousin aku, Shukri. Masa datang rumah, dia bagitau yang dia nak pergi SK Taman Molek which is sekolah rendah aku dulu untuk handle Kem Motivasi masa 30 and 31hb. So, kebetulan aku tengah cuti dia pun ajak je join kelab tu. *padanlah dia suka hati je drag aku, antara orang penting rupanya, wuuuuu.* Baru ku tahu. Daripada membuang segala masa yang ada, baik aku join. KotKot jumpa cecikgu. 

So, macam yang aku pernah mention, sampai bila nak kerja dengan orang yang kita selesa and kenal je? Tak berkembang lah cemtuh. Memula si Uki ni nak ambil aku, rupanya pagi tu dia bangun lambat and aku kena gerak sendiri. Kau bayangkan nak tuju orang yang kau tak pernah tau siapa. But then, everything was fine. ThumbsUp! 

Memang berbanyak terima kasih aku ucapkan special untuk Uki la sebab sudi ajak aku and percayakan aku, terima kasih sangatsangat untuk AbangLong yang sudi terima diri ni yang first time join and banyak kekurangan, and for all, Fazz, Afiq, Akmal, Sani (gang senior merangkap high-com), and guys, Asri, Min, Syifaa, Din, Dida, Ainal. Sumpa tak sangka aku boleh masuk dengan korang. Sebabnya dorang ni even baru join, tapi dorang memang gang. Aku je terkapaikapai datang tanpa Uki semalam. 

Rasa famous sekejap bila most of peserta tu memang anakanak jiran aku and memang pernah kenal aku through adik aku. Bila jumpa, "Eh, akak ni anak Cik Imah kan?" "Adik akak yang Form 2 tu kan?" and so on. *fliphijab* 




HadekHadek yang kena prank sebab birthday bulan 5, bolehlah berterima kasih kat Akak ya? Ya, Din sekali. Korang tak tau dugaan aku dengan Akmal kena jaga kek kat taman permainan pra tu. Dahla sunyi je kat situ pastu nyamuk la semut la. Sakitnya tuh di sini~ Cantik lah sejam duduk situ. Ciss!

Dengan gemalainya tatang kek tu nak present kat korang. Well~ Sis FiezaSudin kan? HAHA.

And jujur, minta maaf sesangat kepada hadekhadek yang kena 'kacau' masa Ops Burung Hantu tu. Especially for adik yang jerit kuat gila bagai tu. Okayy. Jujur. Aku tak sangka dia nak jerit sampai cemtuh bila aku sergah. Habis aku kena cop jahat. Mementang memula tengok aku macam perempuan melayu terakhir~ Kahhh.. TibaTiba teringat OBH zaman aku kem masa Darjah Lima dulu. Takde kott kes sampai menggelupur, lari dengan mata tertutup macam semalam. HAHA.


Dan disebabkan OBH jugak lah, dah pukul 9 lebih baru terjaga tadi. aku fasi shift malam kott~ Poyo.

Tapi dorang tak rasa seronok tidur khemah macam zaman aku. Tapi dorang beruntung dapat tidur dalam kelas. Kondusif lah jugak. So, masa nak clear all things tadi, nak check dorang kemas ke tak, seriously mengimbau kenangan zaman sekolah. Dah takde papan hitam, tapi kerusi meja still sama. And this is still remains there.


Kenapa tak perasan tu 2014? -_-

Ingat nak pergi kelas terakhir aku kat situ, tapi nak menapak lagi 2 tingkat memang tidaklah. Tu pun nasib je fasi punya tempat kat Bilik Kesihatan. Kalau kat tingkat atas jugak, jenuh nak menapak kaki tangga.

So, tahniah untuk harini. 



High-com semua ex-student and students UniKL. Dan aku kan kalau tak dapat UIA, mungkin akan jadi 'anakanak' UniKL jugak. Tapi, even aku 'anakanak' IIUM, aku still bersama 'anakanak' UniKL which means aku tak berada di sana tapi aku tetap bersama mereka dari sana. 

"Aku tak tau korang bawak chemistry apa sebab cepat je ngam dengan korang. Biasanya susah nak ngam kott. Dan aku nampak kualiti untuk program ni. " - Akmal

" Biasanya aku tak masuk dengan perempuan yang jadi fasi sebab dorang jenis coverline, tapi korang memang best. Boleh je masuk air sekali. " - Fazz

" Walaupun baru kenal tapi cara korang macam kita ni dah lama kenal. " - Sani

Weii. Rasa kembang kuncup je kitorang dakdak baru nak up ni. Lagilah masa tu aku je masih teen. Yang lain semua dah ty. Paling muda gituu~ 

By the way, aku nak show off sikit nama aku dengan Uki.


Uki tu tak kata la sebab dia conquer mic an. HAHA. Tapi mungkin sebab aura sebagai cousin an, so aku pun jadi kesayangan sekali. Lewlz~

CikguCikgu pun tak ramai yang still ada. Mostly aku tak kenal. Tapi, Cikgu Hamid, Teacher Balyah, Cikgu Azrin, Cikgu Salmi, Cikgu Melati, Cikgu Azizah, Cikgu Rubihah, Ustaz Rizam je yang aku kenal. Yang lain semua memang tak pernah kenal. Kaciwa saya Ustaz Razak takde. SobSob. 

Syukran lakum 'ala kulli hal. Semoga jumpa lagi semuanya. In Sha ALLAH.

No comments:

Post a Comment