Last Post for 2016.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So, penutup kepada segala post untuk tahun 2016 ni aku nak share pasal ROTU ARMY INTAKE 38.

Yes. Aku rasa macam tak berapa bijak dan berkembang dan tak ada pandangan bernas sekarang. Aku fikir gak kenapa. And suddenly aku dah tau puncanya. Sebabnya aku dah kurang membaca. Lepas tu aku dah jarang tadabbur alam, tadabbur segalanya. Tak rajin cari ibrah. Kalau cari pun aku tak share and tak elaborate pun. Dulu aku macam tu, that's why boleh tahan matang lah aku punya opinion. Sekarang ni macam tak berapa matang. HAHA. Kena ubah balik cara hidup. HUHUHU..

Anyway, there's 2 more papers to be fought for. And then, I'll need to prepare physical and mental completely for Annual Camp.

*
How will I start? From when? From the beginning? From the first Local Training? From the Induction? 

Okayy. Aku akan start dari the day kitorang pergi untuk Medical Check-up. Memang agak complicated since tinggi minimum ialah 158cm. Alhamdulillah lah sebab aku lepas. And during that day, yang lepas tinggi cuma 6 atau 7 orang je tak silap aku. And itu pun tolak flat foot apa semua tinggal 5 orang je yang memang betulbetul terpilih. (perempuan sahaja) Lelaki tak payah cakap. Tak sampai 10 orang yang terpilih. And kau bayangkan yang datang masa tu 60 orang. Memang agak sakit lahh sebenarnyaa.


Ya. KanakKanak ni ada juga. Tapi her heart more into SUKSIS, so dia meneruskan impian dan cita-cita nya untuk menyambung apa yang telah dia tinggalkan. Ya. Kadet Polis.

So, Interview yang sepatutnya dalam bulan yang sama, Tapisan Keselamatan, Angkat Sumpah semua kena drag disebabkan cuma ada 10 kadet je. Gila apa nak survive 10 orang je.. HAHAHA. So gelombang kedua medical check-up dilaksanakan tapi buat dalam UIA and tak libatkan yang 10 orang tu tadi. Tapi aku ada dengar cerita yang sebenarnya CI nak tolak dah nama 10 orang tu kengkonon tak valid la. Tapi nasib baik Stap pujuk elok sebab kitorang memang lepas semuanya. Tinggi cukup, tak flat foot and fit. Jyeahhh. HAHA. Mau meraung laa kalau aku kena tolak ann. 

So, after dah lepas second medical check-up, untuk memastikan kami semua betulbetul menjadi Kadet, kenalah Interview dulu kann. Soalan dia boleh aa chillchill je. HAHA. 


Sis kat belakang tu. Nampak tudung je. Hmm. Sis pun tak ingat belah mana sis duduk. Muka happy lepas IV. Sebab apa? Sebab muka ni semua lepas. HAHA.

Supposedly lepas IV tu terus angkat sumpah. Tapi disebabkan lama menanti dan lambat settle, esoknya baru pergi angkat sumpah.

Well. Benda first yang PALAPES ajar aku ialah, sentiasa sabar menunggu. Sabar je. Kau rileks and tenang je. Benda akan habis. Sentiasalah menunggu and deal with last minute order. Hah.



Ni masa nak angkat sumpah. Fuuuuu~

Lepas dah angkat sumpah tu kitorang ada la macam not-so-called Induction. Dia macam pengenalan la dengan several senior and inter. Lepas tu sekali dengan pemilihan Mainboard. Aku rasa aku tak sepatutnya datang. HAHA. Kan dah kena jadi Assistant Q yang akan sentiasa di sisi Meran. LOL.

Lepas pemilihan apa semua kena lah panaskan badan kan. Bagi nampak sikit cemana rupa Induction and PT bagai semua..





Kejung perut aku. HAHA. Serious tak tipu.

Then, we've our induction. Agak perit dan HAHAHA. Tak tau nak describe.



Selepas water drill.






Hafal lagu, ikrar and everything. Lelagi masa riadah memang macam kena tortured. Macam la. Tapi tak pun. Dia jadi cemtu sebab badan dah lama tak buat physical activities. So tepu, lemah lesu. HAHAH. Memang tegang segala otot masa tu.



And guess what is the funniest thing happen?
Being tortured by chewing a chewing gum from our senior and inter and yes, chewed by 40 people. Sharing the same toothbrush. Shared by 40 people. Change parade. Walking in the drain while calling for Mirul and jalan itik. And everything happen at 3 a.m. on my birthday. Seriously I'm celebrating my birthday with that celebration? HAHA. I'm done. That's the best day throughout my 20 years ever. 

Being a Q..


Dah macam pekerja kedai tu dah aku buat. HAHA. Cari barang untuk squad and everything. Nak fikir keseragaman and kekemasan squad. It's not easy. Nak deal dengan orang nak deal dengan squad sendiri. Susah wehh nak puaskan hati semua orang. 

And we started our first Local Training with... Marching Class. Perform.

Jadi, malam sebelum gi UM tu, ada roll call untuk check pakaian..


Pakaian Nombor 3.

During mid-sem break, we're doing our Continuous Training. Sobss. 

Tapi Alhamdulillah sebab banyak benda best and outdoor activities. Dari baling bom, repelling (even tengok je sebab insurance tak settle lagi), lawatan, compass matching, jalan laju.. Memang best lah.










Masa LB ni memang muka aku lain la tak cakap burn lah dengan tak sempat nak berhias ke apa. Memang serabut dah serabai. HAHA.

Acara tahunan UIA. Voluntary Armed Forces. 
Memula beria lah aku praktis jadi MC sekali hari kejadian tu boleh pulak suara aku lost. Mungkin terlebih praktis. HAHA. Kesian saya.


Ni masa flashmob.


Handmade.


Fatigue-guys.




Dalam 2 minggu rasanya before habis LT, ada lah Malam Yeh Yeh. Tema malam tu Glamour and Glory. Tapi kesah apa aku. Kitorang satu squad ladies dah sepakat nak pakai seluar slack, baju melayu and shawl hitam. Like, we don't even bother the theme. Please. 


Acah praktis untuk MC. HAHA. Padahal MC tak formal je. Tak memasal kena jadi MC. Dahla pakaian memang tak glamour and glory. Pergi lantak. HAHA. Takpela. Ganti masa VAF yang tak jadi.


Ladies.



Yang kiri ni SU kita and kanan ni pemenang nombor 3 karaoke. 


Guys.


Pasukan Dikir Barat Junior. Even takdok nombor pun, kita dah mantap wehh. Perform.


Nahh MC spontan korang. Muehehehhe.

And seperti biasa, UIA terkenal dengan Ibadah Camp nya dan tak terkecuali lah Uniform Bodies pun kena Ibadah Camp..








Merempuh halangan. Bonding dengan UB lain. KAGAT.

Benda yang patutnya settle awal tapi paling last settle.
Tapisan keselamatan.
Dah nak habis LT baru Officially jadi kadet. HAHA.




Tahniah Intake 38.

Lastly, our last LT..

Not-so-called LT la. Sebab Dinner je actually. And aku tak mampu jadi fatigue siannya sebab ada paper Legal Method. And kami berenam gerak sendiri guna kereta Aqil. Thank bagi pinjam.

Team fatigue.


YDP function.



Omnomnomnom..



First time berkhidmat kat cookhouse. Ya ampun sumpa best. HAHA. Goreng telur, buat kopi o, buat kopi, best angatt. HAHA. Well, last LT kan, apa salahnya kami jenguk cookhouse. Hilang stress tau. Patut ramai suka menuang kat cookhouse. Hmmm.

So, here's a long story about my experience throughout this 2016 with ROTU ARMY 38 squad. GoodLuck for Annual Camp everyone. Muahhh.

p/s: 700th post on the last 2016.

No comments:

Post a Comment