Future Leader @ SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Jumaat sampai Ahad lepas aku menghabiskan masa kat Kuale Kangso, Peghok.
Ate, bughok beno bunyik nya deme nyebut haa. Moh jumpa teman sini, teman ngajo.

Anyway, aku pergi join program untuk jadi fasi under GPMS UIA. Tetiba teringat cousin aku yang kat UniKL ada cakap dia dulu memang aktif GPMS. Kerja dia time weekend memang selalu pusing Malaysia lah. Sebab tu dia dah boleh jadi Head Fasi. I adore kott. HAHAHA.

So, aku berbelah bagi jugak sebenarnya. Sebab Sabtu tu kelas, takpelah, ada excuse letter. Then yang tak boleh blah sebab Jumaat malam tu ada training handball untuk Kusef. Tetiba rasa nak tarik diri sebab Kusef ni rasanya tiap sem ada. Takpela. Nanti masa second year ke pulak baru berbakti untuk Kuliyyah. Cececececehh. Segan pulak nak turun selection Jumaat ni sebab dah 2 kali tak turun training. Haaa. Aku tak turun sebab ada hal ehh. Bukan sesaja.

Tapi, at last pergi jugak lah sebab nak release-kan segalanya. Perak kann. Tanah kelahiran teman. HUHUHU.. Jumaat tu, lepas solat Jumaat baru gerak. And guess what? Aku memula pi teman Paein nak buat Kad KTM untuk student tu. Lepas tu, bosan tu macam ada lah kan.. Ingat nak tengok Munafik tapi paling awal start pukul 1.30. Aku nak gerak pukul 2.30 kott. Lepas tu tengok Olabola jela. Tu je ada dan menarik. Memula cuak gak kalau kanakanak sorang tu tak suka. Yela. Bola~ HAHAHA. Sekali meleleh kott. Boleh tahan ahh sedih dia. LOL.

Lepas tu, terus balik and sampai kat LRT Gombak lebih kurang nak dekat pukul 2 jugak lah. Tapi, sementara nak tunggu bas tu. Memang perit kott. Ada lah dalam 2 lebih baru gerak. Cuakk macam apa dahh. Zureen siap call sebab risau aku tak kemas lagi. Beriya aku cakap siap dah, baju biru tertinggal jugak. Nasib bawak jugak yang kononnya nak pakai untuk tidur. Asal boleh survive dah lah masa tu.. Pepaham lah kalau lepas Jumaat tu cemana. Jammed lah, dengan peak hour nya. Time tu semua nak keluar ann. Nasib jela pukul 3 baru bas sampai. Aku sesiap, angkut beg gi tangga besar memang pecut, marathon semua ada lah. Dengan turun naik tangga Batu Caves tu. Tahniah lah aku berjaya dalam masa kurang 10 minit. So, kiranya dalam 3,30 jugak lah baru gerak gi Perak.

Kitorang sampai sekolah tu dalam 8 lebih tak silap. And hujan masa tu. Rasa waoo gak lah sebab sepanjang jalan bersambut ann. Siap beg kena tarik sebab adikadik tu nak bawakkan. Okayy. Part tu kelakar sangat. Aha.. Dapat Kamar 4. Kekwa. Nama kelas aku masa Darjah 1. Thanks Ketua Aspuri, Ketua Dorm and, the one yang aku tumpang katil dia. Maaf sangat lupa nama kaliankalian. Warga Kamar 4 yang bagi tumpang bilik selama 2 malam.

Warga Kumpulan 8 kelolaan aku and Nisha, all the best for everything. And Happy Birthday dear Hajar, as today is 8th of March.

Balik Ahad tu kengkonon tak larat dah la kan. Tapi gigih membasuh baju yang bertimbun. And yeayy me. I did it. Lepas tu pagi Isnin tu, Paein datang bilik kejut aku cakap kelas pukul 8. Terkulat-kulat aku sehh tanya dia hari apa ni? Aku tenung je dia.. "Ehh. HAHAHA. Harini Isnin. Awainya aku.. Dah. Tidoq lah balik." Aku siap cakap, "Awat gerak aku?" LOL.

So, here some of the moments there.

Tenang je view depan dorm HewHew~

Birthday girl harini.

Part of Group 8.

Lepas riadah.

Game Tiang Wawasan. Congrats guys.

Lupa nama module ni apa. Tapi yang macam maze tu, pastu kena sambungkan. Haaa.


Ni masa Cultural Night. Sumpa terhibur. Pekat dohh loghat Perak deme.



Berlubang gak lah. Siap masuk pasir lagi. Gigih nak korek pasir bawak keluar, tapi takde keberanian. HAHAHA. Perit gak lah kan. Tapi demi Rammedian, akak tabah..

*
Yang atas ni kamera aku. Yang ni aku share kamera deme yang lain.

Nahh. Kumbang Group 8.

Time nak balik, nak bergambo sakan jugak lah bateri aku nak low. Nyampah~


Rammedian Storm... ~


Serupa nak gi perwakilan UMNO. HAHAH. Alhamdulillah kitorang sampai UIA around 6.30 p.m.

Dari dalam bas. Kira lambaian terakhir lah. Cewahh~




Part ni tokleh blah. Before gambar ni, aku guna phone aku. Biasalah, suci daripada sebarang Camera 360, B612 ke apa bagai. Sekali guna phone ni, semua cakap, "Haaa. Barulah cantik." Ciss!

"Akak, berat tak beg akak tu?"
"Berat. Ngape? Nak tolong bawak kan ke?"
"Ehh, tak. Berat lagi hati saya nak lepaskan akak."


Kemain bebudak ni dengan pick up lines deme. Thanks all Rammedians. Appreciate sangat hantar sampai pintu bas. Ate kome semua kalau nampok akak kat Parit Bunto, negolah. Sebut je Rammedian Awesome, akak ingat lah kome. Muahh.

No comments:

Post a Comment