Tip Mengekalkan Suasana Romantik Dalam Rumah Tangga

Salam.. Wahh! Dah nampak rumah, dah bermanja dengan papan kekunci laptop nih, terasa ringan je tangan nak menaip. Baju tertinggal kat asrama. huhu, thanks God ada Ome, minta tolong dia bawa balik. Xie Xie.
By the way, masa balik haritu, belek lah surat khabar, *dah lama tak baca kott. Almaklumlah duduk asrama, nak baca pun terhad, orang lain nak baca jugak. So, dalam membaca tu, tiba-tiba terjumpa satu artikel ni. *Rujuk tajuk di atas. Comel kan tajuk dia? Ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan :



  • Berdua-duaan ~mengambil masa berdua-duaan walaupun sekejap. Apa yang penting, anda berdua dapat bersama dan mempamerkan rasa cinta masing-masing.
  • Komunikasi ~penghubung kebahagiaan. Jika tiada komunikasi yang baik, hubungan akan kelam. Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan walaupun mengenai hal remeh.
  • Kenalpasti kehendak dan keperluan pasangan ~kenalpasti dan penuhi keperluan pasangan. Tiada yang lebih bahagia selain dapat menggembirakan hati pasangan.
  • Berhadapan dengan konflik ~Jangan lari dari konflik. Sebaliknya, selesaikan masalah setiap kali muncul. 
  • Sentiasa memaafkan pasangan ~sebagai manusia biasa kita pasti akan melakukan kesilapan walaupun kecil. Maafkan kesilapan pasangan. Jadilah seorang yang penyayang dan pengasih.
  • Bertanggungjawab ~tunaikan tanggungjawab terhadap pasangan. Jadilah seorang yang matang.
  • Berikan komitmen sepenuhnya pada perkahwinan ~letakkan keluarga sebagai urusan utama setiap hari. Lindungi, berikan kasih sayang dan pendorong kepada ahli keluarga.
  • Jaga penampilan diri ~penampilan dalaman dan luaran mesti dijaga.
  • Perbanyakkan sentuhan kasih sayang ~sentiasa menyetuh pasangan dengan perasaan kasih dan sayang. Ucapkan kata-kata sayang dan jangan ego untuk melakukannya walaupun sudah berusia kelak.
  • Wujudkan suasana romantik di rumah ~rumah sentiasa dalam keadaan kemas, bersih dan teratur. Lakukan aktiviti mengemas bersama supaya lebih gembira dan santai.

Sumber : Harian Metro.

p/s: Latest : berat aku 50 kg.

No comments:

Post a Comment