Mock Trial Appreciation Post.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Aku perasan lah tahun ni boleh kira sebelah tangan je berapa kali aku update blog. Biasalah. Akak busy dan akak ada life. Hmmm. Nampak lah dulu takde life. Kahhh~

Sebenarnya banyak je nak share. Tapi tulah. Aku pun tak pasti lah aku busy buat benda apa kann. Even annual post which 'Amazing October' pun aku tak sempat nak update. Sis sedih. HUHUHU. Makin berusia ni makin busy nampaknya.

Anyway this semester, I managed to join another theatre. Yeayyyyyy... Previous sem kena tolak satu tawaran kott sebab tu kali ni rasa waaaaa seronoknyaaaa. (acah gila statement) Ni pun kalau tak sebab Ziqah yang ajak, mungkin aku pun tak eager sangat nak gi. Well, ada gang kan. Supposedly nak gi under ECTN punya tapi sebab Meran tak jadi gi so aku follow Ziqah jela pergi yang Mock Trial ni.

And Alhamdulillah terpilih sebagai manusiamanusia Musical. Mungkin suara aku sedap kott. LOL. Wehh. Aku budak Nasheed CITRA okayy.. Lepas audition as Performer and Management. Come on laaaa.

And somehow aku tetiba kena jadi Reporter sebab Reporter asal sudah tiada. Well. Masa tu aku dah seronok sebab dapat watak yang tak perlu menghafal skrip 'cause I know myself. So, hafal lagu jela. EhhEhhEhh. Dapat watak ada skrip pulaaaa. HAHAHAHA. Tapi aku terima jela. Aku carry on. Kenapa aku kata 'I know myself'? Sebab first theatre aku which is EXIST, aku lupa script during the show, tapi tak obvious sebab nampak macam aku tersasul biasa. Wewwww~ And during training, mesti akan ada satu dua part yang aku blank dengan script. Yang mana terbalik lahh, tertinggal lahh. Benda paling crucial is... Masa preview dengan Advisor Mock Trial, Madam Shamsina. Wehhh.. Even aku bukan kelas Criminal dengan Madam, tapi pernah sekali je masuk kelas dia, aku dah boleh agak dah how perfectionist she is. Everything kena ikut dia punya way and all that. Terbang dohh aku punya script. Sumpa tak tipu. Tunggang-langgang and rasa nak nangis. But heyyy, I made it during the show. *tepuk tangan*

Nah belanja gambar Reporter tahun 60,70-an


First thing is.. TerimaKasih sangatsangat to everyone dalam Mock Trial even dari Team Management and of course Team Production. Wehhh. Serious I have a great moment.. Actually aku pernah restrict myself from joining any theatre that involving Law, AIKOL, LawSoc etc. Sebab kononnya nak kenal dengan orang lain tapi I don't even expect than half of Mock Trial team ni bukan AIKOL pun. And I was like, WOWWWWWWW. This is soooooo great and I was having fun. Seriously. 




Tengah malam balik. Training dari AIKOL ke KAED. All those training yang Alhamdulillah tak se-strict my previous PH. HAHAHAHA. Still boleh minum ais. So what? HAHAHA. And the most interesting part when people thought I'm 20 and somehow someone thought me 19 years old. OMG. Maknanya apa? Maknanya Sis nampak muda gaisss. Or.. Sis punya perangai macam budakbudak. Whatever.. 


I know. The makeup is too excessive. Muka rasa berat wehh. Serious. 

The backbone of the show.. 


She's the one yang makeup I and ThankYou roommate. 


Tanpa props, apalah ada pada suatu teater itu. Maceh Wafa'.

Actually, aku sedih sikit la. Sebab masa ni, kengkawan aku is too busy. Ada yang ada kelas, ada yang kena settle asignment la silent drill and paling sedih bila squad aku nak beli tiket tapi tiket sold out. So yeah.. Aku sedih lah sebab lepas curtain call, takde siapa nak selfie and amek gambar dengan aku. Hmmm. Tak macam masa sebelum-sebelum ni. *crying inside*


ThankYou for coming.

It's okayy. Sis tabah. HAHAHA. Well at least dorang bagi support secara tak langsung laa. Thanks korang..


Nilah heroin malam tu. Awek Bo Tak Chin. With MakCik jual sayur 1 and Kamala. Sumpa korang best gila.




Cotton Candy ni salah satu props. 


Salah satu manusia yang bersuara sedap selepas Syeddy.


Kau tau tak dendam dia sepak gerai aku sampai terpelanting depan DDSA masih ada sampai sekarang. HAHAHA.


Auntie Poh yang really real lakonan dia. Serious tak tipu.



Thanks for all the moments..

And here, The Most Penyabar Award goes to..... 
Papa Limin. Our beloved Director. TerimaKasih untuk semua tunjuk ajar yang diberikan. Segala pengalaman dengan Limin, anything yang dikongsi, all those are something that I've learned. Banyak sangat dah belajar. TerimaKasih sangatsangat. And yeah, I found a tweet, "Mulut orang kita tak boleh tutup tapi boleh lempang." So, apa pun yang kita buat, just buat. Jangan nak dengar mulutmulut orang. MulutBusuk. Puaskan hati kita. Sampai bila nak puaskan hati orang? Yeayyyyy. Plus, your songs memang terbaikkkkk.


Sebab ni je gambar yang ada. So Papa Limin feat Najid, Lawyer Bo Tak Chin.

Dan tak ketinggal untuk Assistant Director kita yang sangat baik. Nampak je garang tapi serious baik, tak tipu. Banyak benda Fieza belajar daripada Dil. TerimaKasih atas segala tunjuk ajar. Banyak sangatsangat. Dil banyak bersabar dengan karenah kitorang. Suka sangat all of your ideas for the choreography and everything yang memang perfect and serious best. ThanksYouuuuuuuuuu. Seronok dapat kenal Didil.. Muah ciked..


This is our Didil. Cantik angatangat. Masa ni teater Laila Majnun. And yeahh. Our Didil jadi Laila. Hikss. Maceh Didil. 


Thanks for all the experience. See yaa.

It's The Day.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Sepatutnya Abang Reen punya majlis sanding nak buat awal bulan 9, tapi sebab semua dewan dah fully-booked and just tarikh hari ni which is 30/09 je yang available, so dia pun bersanding harini jela.

And guess what? Dari awal bulan 9 Tok dah siapkan rebung and buat telur masin untuk bawa pi JB. Beli baju, beg siap semata nak pergi tengok satu-satunya cucu yang pertama dan akhir arwah Pak Ngah. "Hangpa pi la kenduri dia. Hat nilah awai, hat nilah akhir." Tok suruh Kak Minah jagakan kucing dia sebab dia kata dia nak pi jauh. Nak pi Johor lepas tu rasa tak mau balik dah.

*
Malam 10/09 tu aku sampai IIUM around 8 lebih jugak la. Lepas tu angkut barang dari bilik usrah kat level 2 naik bilik kat level 3. Kemas apa yang patut bagi tak nampak berselerak. Lepas tu sembang dengan Ziqah sampai 2-3 pagi jugak rasanya. Sebab kelas esok start pukul 10 and plan memang tak pergi dah rasanya. Sebab nak settle register bilik and add/drop mana yang ada masalah. Dalam pukul 6 lebih tetiba dengar bunyi phone. Adik call. Tak fikir apa pun sebab tengah mengantuk lagi kann masa tu. And adik kata dorang on the way balik kampung and aku tak sedap hati terus. Tengah mamai pun jadi segar. Terkejut gila wehh bila aku dapat tau. "Tok Sa'ayah"

Ketar lutut, apa semua tak payah cakap lahh kan. Memang rasa down takde mood takde selera semua cukup. Aku tak fikir apa memang nak terus balik kampung sebab aku fikir baru first week and biasanya tak start apapa pun lagi. Aku siap and terus gerak TBS nak balik Kulim. Tapi sampai Simpang Pulai, Ayah pick-up aku and terus balik kampung sekali.

Kalau ikutkan MakCik PakCik nak suruh tunggu Mak. Tapi TokSu tak bagi biarkan lama-lama. Takpe. Kitorang redha. Yang penting segala urusan dipermudahkan. Mak cakap, "Mah dah hilang satu kemustajaban doa. Kalau dulu boleh telefon Mak minta doakan Mah sihat, urusan dipermudahkan." Allahu..

*

Malam ni kat rumah buat Yasiin dan Tahlil. Sebab kebetulan semua turun JB. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya Tok punya hasrat nak semua anak cucu dia pergi kenduri Abang Reen tertunai. Semua datang JB, Tok. Kakak ja takdak sebab ada latihan minggu ni. Sepatutnya jadual asai takdak tapi tulah.. Takpa la Tok naa. Kakak pi dah nikah depa..

Umur Tok baru 69. Muda lagi. Tapi tulah. Ajal ni bukan kira umur. Tapi betullah bak kata Syakir, dia pergi awal pagi. Waktu yang tenang. In Sha ALLAH dipermudahkan-Nya. Hmm. Tak sempat nak suruh Tok buat ayaq resdung. Kakak punya resdung teruk balik. Ingat Tok mai Johor la nak suruh buat. 

Kami sayang Tok tapi ALLAH lagi sayangkan Tok. 


Lepas ni kalau balik kampung tak dak dah orang nak berletiaq. Tak dak dah ketupat palas yang sedap gila tu. Ayaq kopi o kaw Tok. Tak kan sama dah la rumah tu tanpa Tok. HAHA. 


Al-fatihah Tok, Sa'ayah binti Din.

Depa semua dok sibuk tu Tok. Nak makan ramai-ramai. :)