Diari Seorang Cleaner Part II.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So, I've done with my first induction today. I'm so done. HAHA. Another one more to go. Untuk KAED Fest pulak. Aku patutnya balik Gombak lebih awal daripada yang sepatutnya. Tapi tulah nak buat macam mana suddenly demam. 4 hari jugak aku terlantar kat bilik tu tak bangun. Siap kena suspected dengue. Sebab platelet and white blood cell kurang sangat. First time kott demam siap kena ambil darah. Cecah 39 degree kott. Nasib masa ambil darah tu suhu dah okayokay. Tapi sakit kepala tak payah cakap lah. Panas dia sampai rasa kepala berpusing je. Tidur apa semua memang terganggu la. Kesian adik, kena tuam kepala lah, ambil air la. ThankYou baby. Oh ya. Sis siap pitam lagi lepas ambil darah. Agak lah. Darah dah tak cukup masa tu kerusi kosong pulak takde. Kelam kabut uncle tu diri suruh aku duduk. Memang throughout this 20 years, aku rasa paling teruk punya demam ni. HAHA. Tu yang still homesick lagi ni even dah berapa hari kat Gombak.

And yeah, that's the reason kenapa aku tak sempat nak update kat JB. Ni pun berlambak lah ha benda aku tak tersempat nak bawak. Tak teringat apa pun. HUHU. Nasib je aku memang dah packing barang sebelum demam lagi. Aku demam lepas jogging kat Tasik Bandar Sri Alam tu ha. Maybe panas sangat ke apa. Tak sure lah kan. HAHA. Dah nak demam. ALLAH nak tarik nikmat sihat masa tu.


*

Diari Part II ni aku tak nak sentuh banyak pasal diri aku. Sebab yang tu boleh dapat kat Part I. Kali ni aku kerja, lama sikit. So, banyak masa yang aku luangkan bersama. Dengar cerita etc. Yela. Nature perempuan ni nak berkongsi je. Sebab tu ada jenis yang boleh cerita luar dalam masalah dia even baru kenal kau. HAHA, Nature dia nak cerita je. Nak orang dengar. LOL. 

MakCik yang aku kerja sekali ni dia asal Jawa mana tah. Lupa lak. And dia dah lama sangat merantau. Aku adore betul dia boleh speaking Arab. Sebab dia pernah jadi Pembantu Rumah kat sana. Jeles I tau. Terkial-kial belajar dari Darjah 1 tapi haaaa.. Khutbah Jumaat dia bagi Bahasa Arab pun ternganga haa. HAHA. Banyak dia ajar aku dan aku tak akan lupa satu ingatan penting daripada dia, Cik Rum kat aku, "Ja nanti kalau dah jadi peguam, jangan lupa susahnya orang kat bawah ni. Jangan suka hati je tindas." 

Jadi orang atasan ni bukan semua benda kita buat 100% betul. Kau kena consider gak kudrat orang bawahan tu. Bukan atas dasar kau orang bawahan, kau kena buat. No. Jadi orang atasan pun kena bagi cerminan baik kau seorang yang terdidik. Bukan aku nak cakap jangan buat sampah ke apa. Tapi aku cukup tak faham cara pemikiran orang yang terdidik ni macam mana. Sampah main selit-selit, buang merata, HAHA. Sekali tengok tak ubah macam kelas darjah 2 lepas guna. Bab toilet tak payah cakap. Okay. Orang akan cakap ramai etc and perhaps terjatuh or what ever it is lah kan. Tapi mustahil 10 kali meeting 10 kali benda sama jadi. 10 kali tu jugak sampah tu nak terjatuh. 10 kali tu jugak kerusi meja serabai babai. 

Ya. Kerja tukang bersih untuk kemas. Tapi kau tau apa pandangan mereka terhadap golongan begini? "Isyhh. Pegawai pun tak senonoh." Warga luar wehh cakap macam tu. Malu gak rasanya sebab golongan terpelajar kita sikap macam tu. Tong sampah ada kott. Why people why? Tu belum Ustaz Ustazah tuduh cleaner ambil barang. Amboi~ Mengajar orang jangan ada sikap itu ini. Tapi hakikatnya? Sesungguh betul dia tuduh cleaner yang ambil. End up jumpa teselindung bawah meja few days later, maaf tak terima kasih pun tak. 

Cik Rum pun ada cakap kita bekerja pun kena lah faham waktu masingmasing. 12 tu kira waktu rehat tapi gigih cari sebab nak suruh buat benda yang it could be done even after break, even tomorrow. Dia banyak kali pesan kat aku, "Jangan suka membebankan pekerja kita." Bukan apa, bila kita kerja dalam keadaan terbeban, kita sendiri rasa tak seronok and buat kerja pun tak best. Just, jangan buat orang bawahan kita rasa macam tu. Nanti dia bekerja under pressure lak.

Lagi satu aku nak pesan, meskipun seseorang tu dia berada bawah kita, kita kena ingat yang tak semestinya ilmu dia tak setanding kita. Siapa tahu kan? Jangan membongkak jangan mendabik jangan perasan bagus. Spread the love.. Dan bersangka baik. And jangan pilih bulu. Angkut je bulu kaki ke bulu tangan bulu tangkis ke bulu-bulu kehidupan. HAHA.

*

Apasal aku rasa macam aku taip tak banyak? Macam sikit sangat inputnya padahal before ni banyak sangat benda yang aku rasa aku nak share. Entahlah. Sejak sakit tu banyak benda aku kurang. Selera kurang, pokoknya semua berkurang. HAHA. Tapi point aku kat sini ialah, respect others. Betapa tinggi pun pangkat kau suatu masa nanti, jangan lupa, takde tukang cuci, tunggang langganglah tempat kau. Kotorlah kawasan. Jadi, harga semua orang. 


Hadiah untuk orang yang dah habis kontrak kerja. ^

No comments:

Post a Comment