Flaws are Flawless.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Perasan tak aku dah tak publish post yang ilimiah. Yela. Rasa macam dah lama tak pergi manamana talk. Yeke? Japp. Ada lah pergi tapi aku ni mecatat nya merata. End up aku tak tau aku catat kat mana. Bercampur-baur dah dengan notes kelas bagai. Apa tah lah perangai~ So, aku pun banyak join bendabenda lain yang membuatkan harihari aku full, so, tak dapek den nak share any input. Rasa nak balik CFS semula. Sebab tak busy sangat. Setiap talk tu boleh je aku pergi.. Cehhh~ Alasanggg.

Anyway, semalam.. Ada orang tanya aku,

"Fieza. Kau rasa aku ni teruk ke? Jujur je wehh. Aku ni orang yang cakap lepas, so kalau nak tegur aku pun kena depandepan. Kau rasa aku macam mana? Terasa tak dengan aku?"

Masa tu aku tergamam jugak lah. Tapi try nak cover aku cakap,

"Ti (bukan nama sebenar), apahal dengan kawan hang ni tanya soalan macam ni? HAHAHAHA."

"Tak. Serius ni Fieza. Aku kena tau."

Yang lelain memang ambil inisiatif untuk berdiam since nama aku yang kena appoint. Meaning aku yang disoal that time. So, nak tak nak I need to give an answer. 

"Tak kisah lah aku terasa atau tak. Pada aku, setiap orang ada kekurangan masingmasing. Since kita dah kenal lama, aku pun tau perangai kau tu. So, aku akan faham. Tu identiti kau. Kalau aku terasa sekali pun dengan sikap kau tu, jujur aku kena akui yang aku akan tengok balik kebaikan yang kau dah buat kat aku, kat kitorang. Kau caring kott. Bebel kau tu memang betul. *Ala, standard lah. kena bebel dengan mak pun masa tu rasa sakitnya telingaa.. But then, kita sedar, memang ada betulnya. salah kita jugak.* Jujur aku cakap, anyone pun, kalau dia ada buat salah kat aku sekalipun, aku tetap aku fikir at least ada benda baik dalam diri dia. Ada jugak dia tolong aku."

"Tapi, tak semua orang fikir macam korang fikir. Tak semua orang pandang kebaikan pun."

"Sebab kitorang sedar yang kitorang tak sempurna. Tak semua orang akan suka dengan apa yang aku buat. Mesti ada je yang tak puas hati dengan aku tapi aku tak tau."

"Nobody perfect." - Ti, 2016

"Mungkin betul lah aku kena ubah diri aku jugak. Aku kena minta maaf."

"Tak salah kalau kita cuba nak berubah jadi lebih baik."

*

Bila dia start tanya soalan macam tu baru aku sedar. Dulu, sebelum aku rasa diri ni matang... Aku memang banned terus orang yang buat salah. Sebab masa tu aku tak pernah sedar yang sesiapa pun yang buat salah, mesti akan ada kebaikan yang dia buat. Macam Ustaz Asmadi cakap dalam kelas ILS, "Kita tak boleh tolak mentahmentah Hadith Dhoif, sebab penipu pun mesti ada satu masa dalam hidup dia, dia berkata benar." And sekarang even aku bingit, bengang, terasa or menyampah sangat pun dengan perangai certaion orang, aku kena ingat, at least dia ada bagi nasihat kat aku, at least dia care, ambil berat, dia tolong waktu aku susah, dia tak kedekut, dia mungkin selitkan nama aku dalam setiap doanya.. Siapa tau? Dan aku akan reflect balik, perangai aku semenggah sangat ke? Dah cukup perfect sangat ke? Semua orang boleh terima ke? Kau tau, masa tu kau akan rasa anyone's flaws are nothing. Sabr and Smile. 

Bak kata Dr Yousuf Ali, "ALLAH is the only one that perfect, we're not." Sebab tu dalam kelas kitorang takde yang dapat 15/15. Highest pun 14. HAHAH. 

Absence of Zureen. Dia gi Library waktu ni,. Goodluck guys, LLBs. 

No comments:

Post a Comment