Diari Seorang Babysitter.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Aku rasa dah lama aku owed nak share pasal secebis pengalaman aku jadi babysitter. Lama kott, since bulan 12 sampai sekarang nak masuk bulan 4 dah.. Haaa~ Lama dah tu..

So, macam mana pengalaman jadi babysitter? Wallahi. Jadi cleaner is less tired than jadi babysitter. Kau jadi babysitter ni bukan penat fizikal je, kau akan penat mental. Sumpa.

“Eleh Fieza.. Orang lain jaga adik berderet-deret kott. Tak kisah pun.”

Weiii. Come on. Aku ada adik sorang je. Tu pun masa aku umur dah 5-6 tahun. So, mak jaga adik sendiri. Aku masa tu dah boleh survive kott. So, tak kacau mak jaga adik and aku tak pernah jaga adik. Lelwz~ Jadi, tak salah kan nak jakun? *matapandangatas*

Jaga budak ni pada aku tak semudah ABC but still tak sesukar mana. Aha.. Kau tak payah nak cakap senang nak handle budak kalau kau takat main acahacah and dukung dia berapa minit tu je. Aku mengadap sebulan lebih kott. Habis persepsi aku terhadap mereka musnah sama sekali. HAHAHA. Ala, betul lah kan, kalau nak kenal someone tu kau kena take time baru boleh tau the real he/she. Believe me, at least kau dapat 3 malam sebilik dengan seseorang tu, baru kau boleh kenal character dia.. Macam aku, bila dapat sebilik dengan ex-classmate aku tu baru tau betapa dia suka sangat bercerita. How sweet~ HAHAHA.

So, for about sebulan lebih tu, baru aku tau ragam sengsorang. 3 budak wehh, 3. Imagine ahh. Kau nak kena hadam sengsorang punya perangai. Sengsorang punya makanan kegemaran. Kau nak kena masak tapi meliputi tigatiga punya minat. Sorang suka ikan garing, sorang suka ikan lembut and yadayadayada. Sorang suka mushroom soup tapi taknak mushroom dalam soup tu. Kau rasa? HAHA, aku dahla jenis hot-tempered. Tapi betullah bak kata babe, jaga budak ni dapatlah membentuk kesabaran aku sikit. Well said~ HAHHA. Memang bersabar jela. But still kena strict. Haaa gituwww~ At least at a moment dorang tak kan berani pijak kepala. Masa tu I rasa I dah pass jadi seorang isteri dan ibu dah. LOL.

Tips aku kalau engkorang yang tak pernah ada basic jaga bebudak tapi tetiba kena jagakan budak, ialah, kau kena tau serba-serbi pasal budak yang kau nak jaga. Kalau baby yang belum setahun tu senang sikit lah. Kalau yang dah pandai meragam, memilih ni, please and please learn about the kid. Jangan sampai bila kau dah nak suap dia makan then dia cakap, “I don’t eat that.” Haihhh~ My experience tho. HAHAHA.

Kau tak payah nak try hard sangat untuk tackle bebudak ni. It just kau layan je apa yang dorang nak cerita, apa yang dorang tunjuk, apa yang dorang tanya. Nak tau apa kesan aku melayan deme semua ni? Aku yang tak pernah tau pasal Five Nights at Freddy’s ni pun boleh khatam and faham setiap cerita tu. Oh yaa.. Kau kena jadi curious and tunjuk minat kat apa yang dorang cerita. BuatBuat nak tau apa jadi..

Kau kena strict tapi ada masa kau kena berlembut. And they’ll follow. Tak semua benda kau kena bertegas. Kita dah besar, kita tau cara nak handle.

Seminggu masa untuk aku ta’aruf dengan dorang, memang aku menangis gak lah. Serious talk. Aku ni sejak bila tah sekarang ni susah sikit nak leleh tapi once aku leleh, sungguh, it really hurts. Masa tu rasa nak mengadu kat Mak Ayah.. Tapi aku mengadu kat Adik and Paein je. Then aku call Ayah tapi mengadu pasal benda lain. LOL. Tapi that moment memang lega sangat sebab aku rasa terlepas beban bila dapat menangis teruk masa tu. HAHAHA. Weiii, kau ingat aku yang nampak tough ni mampu ke? Tu baru 3 orang yang umur 3-7 tahun. Tau tak aku tetiba terbayang kalau aku ada anak yang nanti umur belasan tahun nak kena handle dia jadi remaja yang bertamadun. Wahahahahha~ Jauh Fieza fikir.

Dan benda utama yang aku sedar ialah, memasak ni kau tak payah nak ada bakat or tangan berseni yang kalau buat apa sedap menjilat jari bagai~ Kau cuma perlu ada keinginan dan kerajinan. Plus, perasaan nak mencuba tu. Aku mampu masak even though kekurangan bahan. Tom Yam aku menjadi even takde daun limau purut, serai takde. HAHA. Pizza aku menjadi tapi roti dia keras. LOL. Kari ayam aku tetap pekat meletop walaupun tanpa kerisik. So, munculkan sifat keinginan tu, tak cukup bahan pun takpe, In Sha ALLAH menjadi. HewHew~

Tapi, Alhamdulillah untuk pengalaman itu. Rasa teruja pulak ada pengalaman jaga budak 3 orang sekaligus. Wehh, kau nak prepare kan bebudak tu pergi mengaji, etc.. Kehh~ Adik aku pun aku tak bela macam tu. HAHAHHA. Nak tergelak jugak rasa. Berangan je nak anak ramai, tapi baru jaga 3 orang dah mengeluh menangis melalak bagai~ Eleh sangatt FiezaSudin oii..

Anyway, Fieza happy sebab cuti midsem kali ni banyak goal yang telag tercapai. Yeayy me~





No comments:

Post a Comment