Kita Beragama.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So yeahh, melalui harihari yang hectic. BuatBuat faham lah Uni kat Malaysia ni kalau awalawal sem~ Lelwz. Ke Uni abroad pun sama? Whatever. Memang kengkadang tu malas nak tidur dah rasa. Aku try lah apply LLBS, tapi tetiba sayang pulak nak tinggal sebab LLB first year dah ambil BM and BM is so interesting. I mean, Haji Bakri is interesting. Subjek dia tetap killer. HAHAHA.

Lama tak menaip ni buat aku hilang idea nak masuk intro. Okayy. Maafkan diri ini kalau post ni nampak tak berjiwa dan kaku. Jari jemari aku pun macam kaku. Kau tak percaya? Berapa kali aku pause ni haaa. HAHAHA.

__________________

Just now, jinja (read:really) just now.. Jiran aku, which is jiran aku kat Mahallah ni, seems like tak puas hati. Tak puas hati kat someone ni. Dia cakap lah, "Ni yang tak suka orang alim ni." 
Okayy.. Aku betulkan frasa alim tu, dia maksudkan the one yang kuat pegangan agama dari segi pemakaian, amal etc.. Haaa. Jangan nak berdesing sangat lah kan. Buat lek buat chill je. Tu part of her words je. Bukan sepenuhnya.

Aku ni banyak kenalan. Tapi rasanya macam kawan, bukan setakat kenalan. Banyak yang aku maksudkan tu, variasi which is ada dari sebaik-baik orang sampai yang seteruk-teruk orang. So, aku kengkadang faham and tau lah what they feel and whatever. Tapi kengkadang aku pun terlepas pandang. Manusia kann~ 

Tau tak kenapa jiran aku tu punya angin sampai keluarkan statement macam tu? Kawan dia ada pinjam buku dia masa kat CFS and sekarang guna untuk subjek ILS, so dia minta balik lah sebab nak refer. Then, bila that girl pulangkan, it wasn't her book. Jiran aku ni cakap lah, nak minta buku tu since dulu pun asyik kena bluetick. Then, pulangkan buku yang bukan buku dia. And bila dia try nak reach that girl tadi, memang tak dapat. "Nasib baik budak alim, kalau tak kena maki dah."

Aku salute gak dia sebab dia still respect that girl atas dasar that girl is known as "religious person". So, kenapa religious person tak try untuk respect others? And jiran aku ni ada lah bagitau, dia selalu terasa dengan that girl sebab every FB posting, WeChat or whatever it is, selalu post something yang buat jiran aku ni feel macam dia sangat teruk and sentap gila habis lah. 

Come on dear. Ingatlah. Agaknya kita lupa kita hidup ni bukan antara kita dengan ALLAH je. Kita ada hablumminnannas (baca:hubungan sesama manusia) jugak. Banyak lah jugak yang dia cerita pasal that girl tadi. 

Aku tak cakap aku ni sangat perfect bab habblumminannas ni. Cuma, ni sebagai peringatan untuk aku jugak. Kadang bila orang cakap, agama tu agama, personaliti atau karekter tu masingmasing. Jangan salahkan agama kalau orang tu blablabla... Ya. Memang boleh cakap macam tu. Tapi kita kena ingat kita ni role model, duta agama. Orang nampak kita buat amal lebih, tahu ilmu agama lebih, orang anggap kita sebagai role model. Ya. Manusia ada kekurangan. Kau gunakan alasan tu sebagai alasan yang kau tak cuba nak ubah. Dan kau pun kena ingat, orang lain jua punya kekurangan. Kurangnya mereka sebab masih tak mampu mendalami agama sepertimana engkau. 

Ya. Kecamlah aku kalau rasa nak kecam. Terpulang. Kadang orang yang berilmu lebih yang menampakkan agama lemah. Ingatkan orang tentang kasih sayang. tapi lupa nk berkasih. Yela. Berkasih dengan circle sendiri je. Ukhwah sesama sendiri. Kalau ada 8 orang satu gang tu, till Jannah 8 orang tu je. Circle lain yang nampak macam tak berapa nak Islamik kena pandang sinis, kena perli. Ohmaii~ Kata kalau nak membimbing kena kenal mad'u. Bila dah kenal, you'll know how to handle them. Bukan suruh masuk halaqah dorang. Cuma kita ni kena mingle jugak untuk tau treatment macam mana yang dorang prefer, cara apa yang dorang tak suka.

Diri sendiri tau pulak tak suka kena sindir, tapi kerja nak menyindir orang je. Lepas tu mana tak orang lagi pandang sebelah mata je religious people ni. Jangan rasa bila diri dah bagus, terus nak cakap orang sana sini tak bagus. Terus nak cakap orang tak baik segala. Orang yang ada hati nak berubah at first, boleh tawar hati bila tengok cara kita treat dorang. Janganlah cemuh orang sebab dorang tak buat apa yang kau buat. 

It's true. Manusia berhak dan ada hak untuk menegur dan ditegur. Mungkin teguran aku tak mampu sampai kat orang tu, tapi sekurang-kurangnya teguran ni sampai kat diri aku sendiri. Dan aku pun berhak ditegur kalau sudut pandang aku ni jauh tersasar daripada ajaran aku. Duta agama akan ada sikap tanggungjawab. Bertanggungjawablah atas setiap sesuatu. Bukan buat lepas tangan, asal boleh. Yela. MentangMentang berurusan dengan manusia. Manusia yang bukan dari golongan yang sama pulak tu. Suka hati lah kan nak layan teruk pun. 

Macam tu?

Berperangailah seeloknya kerana manusia sentiasa memerhati dan menghakimi.
Tegurlah seseorang apabila kau benar-benar tahu di mana terletak kelemahannya.
ALLAH yang pegang hati manusia. Kita manusia, teruskan berusaha.

Gambar takde kaitan. Tapi nak letak gambar jugak. Tak kira.

No comments: