Sum Up of The Year.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Jadi, gerbang 2016 bakal menjelma. Apa yang aku dah tinggalkan dan dapatkan sepanjang tahun 2015?

Dengan Nama ALLAH. (Baca : Bismillah)

So, going through this year, I've faced so many things.

Yang paling merobek jiwa ini bila aku dan ego aku mengatasi segala-galanya. Dan disebabkan ego yang aku pendam tu jugak lah ada satu penyesalan yang aku tak dapat nak tanggung sampai sekarang. Aku dah takde PakLong Ee lagi. Dia dah pergi, forever. Al-Fatihah, Mohd Sobri bin Hashim. Dah bertahun aku tak bersalam dengan dia. Dah bertahun aku tak nampak rupa dia. Sampai memori aku nyarisnyaris hilang kenangan dengan PakLong. Sebab dendam, aku buat kepala aku. Sebab geram, aku buat keputusan ikut emosi. Sungguh. Sesalan cukup menebal. Maafkan hati ini, duhai diri.

Kalau kita buat baik dengan sesiapa pun, mesti kita dapat pulangan. Well, aku ni memang middle-class je. Faily biasabiasa. Every single thing yang aku lalui tak macam life goals apa bagai tu. Tapi, rezeki kitorang, sentiasa ada. Kengkadang ada kawan ayah, kalau datang rumah, mesti hulur gula, teh, kopi. Yang sorang, kalau jumpa, duit poket, buah, semua tak pernah lupa nak hulur. Tu sebahagian. Aku tertanya-tanya jugak kenapa even memasing dah senang, siap offshore lagi, tapi bila cuti, mesti tak lupa kat mak ayah. Mak Ayah ada cakap, dorang bagitau, jasa mak ayah yang tolong dorang dulu, tak terbayar kalau nak ukur dengan harta. Ya. Masa tu aku terfikir, betapa besar nilai satu budi yang kau beri kat orang. Dan aku nak highlight kat sini, kita sebagai manusia bukan berbudi sebab nak dapat pulangan, tapi, hargai jasa orang yang buat baik kat kita. That's the important matter.

2015 also the year that I've went to many programs.
Seminar Sebelum Aku Bernikah, Youth Ace, Global Policy Symposium, Iftar, Raya Cina, Game Running, SMAC, jadi fasi for beberapa program. Instead of programs, the UKCG, PISMP, MUET, pergi hiking, mandi kolam dan memacam. Overall aku sangatsangat puas hati sebab banyak impian aku dah tercapai throughout this year. Even, ada yang tak berapa nak memuaskan keseluruhan keinginan aku, at least aku tau, ada hikmah kenapa tak semua yang aku nak tu terbaik. Okayy? Maybe next year, aku tak pergi kott Seminar Sebelum Aku Bernikah 2.0 tu. HAHA. Tak tersempat nak daftar, cari gang, nak tengok make sure tarikh tu takde apapa. Haritu boleh la sebab nak midsem. Cehhh alasan. Takpe. Kat IIUM Gombak katanya lagi banyak benda. Haaaa~ Semoga ALLAH merahmati merekamereka yang sudi berkongsi ilmu kepada diri ini dan merekamereka yang lain. Ameen.

Aku juga berjaya menceburkan diri menjadi cleaner dan babysitter. Kau tau, both need calmness. Memang banyak mengajar aku the real life. Ramai orang boleh berjaya dalam Universiti, dapat 4 rata bagai. Tapi, tak semua boleh dapat 4 rata dalam University of Life. If you know what I mean.

Tahun ni jugak aku merasai kind of hectic life. Kengkonon macam dah degree lah kiranya. HAHA. Yela, 6 subjek kan. Kononnn~ Tapi, aku menyesal sebab tak repeat Arab aku sampai exit. Takpela. Plan yang lain untuk masa depan. Hoyeahhhh~!

Banyak sangat nak sum up. Tapi kalau aku list semua, tak jadi summary lah. Aku share yang menjadi highlight je. So, guys, Happy New Year.


Instead of tengok bunga api, boleh lah baca Kahfi, malam Jumaat kan. Tak pun Yasiin ke. 

*

Hai semua orang.. *lambailambai*
FiezaSudin turns 20. Dah 2 dekad dah. Alhamdulillah.
Tahniah dan Takziah.
Dan, tak sangka aku dah menginjak usia 20. Tiada lagi teen. Tiada lagi wahai Fexxa si Keledek. 

No comments:

Post a Comment