Diari Seorang Cleaner.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So, as long as aku tak bekerja lagi, aku akan cuba belai blog tersayang ni. Yela. Kononnya cuti ni nak sayang-menyayang sikit tapi, 12hb haritu dah dapat offer kerja. As on 31st of October, aku dah resigned. Huu~ Takpe, sekiranya masih memerlukan khidmat seorang FiezaSudin jangan segan silu untuk panggil. FiezaSudin sedia berkhidmat. HAHA. In Sha ALLAH.

Sebenarnya aku tolong cover-kan jiran aku which is seorang Cleaner yang kerja kat PPD Pasir Gudang. Haaa~ Ayah aku Tukang kebun kat sana. Sebab tu senangsenang je aku boleh masuk. HAHA. Yela, since lepas operation tu, ayah kena kurangkan sikit lah aktiviti welding tu and jalan terbaik is buat kerja lain. Well~ Cik Ani (the jiran yang aku maksudkan) semput teruk and suspect denggi, so she decided to resign. Tapi ayah cakap jangan berhenti dulu takut nanti kalau dah sihat, susah nak cari kerja balik. Dan memandangkan aku tengah sibuk tanam anggur kat rumah, ayah suggestkan aku untuk gantikan tempat Cik Ani sampai cukup bulan ni.

Kau tau? Aku pun tak tau macam mana aku boleh ada courage nak terima tawaran yang ayah bagi bila dia balik kerja 11hb haritu. Cleaner kott. Ramai yang terkejut sebenarnya sebab aku sanggup. Aku lagilah terkejut. Tapi aku memang teruja pun. Sebab Paein ada cerita masa cuti Raya Haji haritu dia ikut mak dia kerja. And masa tu aku rasa macam teringin.

Sungguh aku cakap, kalau kau takde kat tempat seseorang atau kau tak pernah duduk kat situasi dia, kau memang susah nak faham. The feeling yang orang selalu tuduh cleaner ambil barang. Ya. Kalau memang betul ada tu mungkin. Cuma yang memang betulbetul jujur lepas tu kena tuduh, sakit wehh hati tu. Sumpa sakit. Bila kau kena kutip all the berair punya sampah.. Bau tak payah cerita lah kan. Kau tau kan bila jadi orang bawahan? Kau kena ikut apa yang orang atas cakap. All their orders. Kalau yang jenis memahami tu kau boleh settle up kerja dulu then pergi kat dia. Kalau yang nak cepat, at that moment jugak kau kena buat apa yang dia minta. Nampak cool je kan muka Cleaners ni buat kerja. HAHA. Seorang Cleaner juga manusia biasa macam semua orang. Yang penat, yang kadangkadang ada sifat malas, kadangkadang ada perasaan nak enjoy the day. Sometimes, bila kita buat kotor or whatever it is, tumpahkan air and all that, kita rasa. "It's okayy. Cleaner can clean it." Ya. Macam aku cakap, Cleaner ni manusia biasa yang tak tahan pun all the kotor, bau segala. Tapi, even dengan all the malas and penat bagai, cleaners will still do the jobs, bak kata CikSu, "Yela Kak. Tu kan dah memang kerja kita. Bau busuk apa semua. Memang kita lah yang kena nyuci." Masa tu aku rasa terharu jap. Sebab amanah terhadap kerja, they still do it. While we're students? Amanah untuk berjaya dalam studies pun kengkadang kelaut. HUHU. Imagine dunia tanpa Cleaner. Heh~ Kalau orang semua ada kesedaran nak buang sampah sendiri, sanggup nak cuci tandas, sanggup volunteer nak menyapu. Ya. Ada. Tapi setakat berapa kerat. Mungkin masa depan semua orang ada kesedaran. Haaaa~ Habislah. Macam mana Cleaner nak cari makan lepas ni?

Aku pun teringat Madam Norliza which is my Business lecturer, did mention, “Kalau awak nak rendahkan ego awak, cubalah cuci toilet.” Entahlah. Aku pun susah nak terangkan. Setakat basuh toilet kat rumah sambilsambil mandi tu kurang ‘rasa’ dia. Cuba bayangkan, kau dah cuci berkilat bersinar dan berseri toilet tu, then tibatiba orang masuk dengan kesan tapak kasut tu. Masa tu nak marah pun tak boleh sebab nature call memang tak dapat dibendung, nak stay cool pun, letih kott cuci. Tulah maksud rendahkan ego kott. Kau just kena sabar. Plus, aku rasa aku belajar jadi lebih berperikemanusiaan. Aku punya area Ground Floor. Cehh bahasa~ Tu semua area yang berlambak tong sampah besar gabak, longkanglongkang, main entrance. Aku nak point out pasal toilet tersumbat. Phewww~ Nikmat untuk aku rasa semua ni even dalam masa yang singkat.

Tambah pulak sekarang ni semua bilik dalam proses renovation. Tukar tingkap lah, pasang mozek, buat stor and yadayada. Memang makan pasir dengan simen jela aku. Well pasal toilet tersumbat tu, memang mencabar lah jugak sebab kalau dah tersumbat, kau tak kan boleh nak cuci or whatever selagi kau tak korek atau buang benda yang sebabkan tersumbat tu. It’s okay actually. Cuma aku sangatsangat nasihatkan korang untuk pupuk sifat kemanusiaan tu sikit. Kalau ‘ter’ tu acceptable kott. Tapi kalau dah berlambak benda yang sama, melampau lah jugak ‘ter’ tu kan? By the way, tanpa pekerjapekerja yang kerja bidang paip and all that ni pun, susah hidup kau. Siapa je yang sanggup mandi air najis ni? At least aku ni tukang bersihkan je sisasisa tu, Cleaner kan.. Tabik spring sikit kat mereka. *clapping*

Ayah cakap, “Kalau satu hari nanti kakak dah ada kat atas, ingat yang tanpa orang kat bawah ni, kakak bukan sesiapa. Kakak dah merasa buat kerja ni semua, jadi kakak tau nak hormat orang walau siapa pun dia.”
Aku dah rasa perasaan yang bila orang pandang kita macam kita takde nilai. Aku tau perihnya disebalik wajah yang nampak tenang. Aku faham letihnya memberi kepuasan. Tapi aku tetap belajar indahnya sebuah kesabaran. Manisnya jika engkau memurahkan senyuman.

Dapatlah 3 minggu ni tidur beralaskan pintu. Ya. Memang tipu lah kalau tak sakitsakit badan kan. Tapi, itulah pengalamannya. Menyapu bawah panas kalau keadaan memaksa, kena mop bila entrance tibatiba orang tumpahkan air. Apa pun yang pegawai and staff minta tolong, kena buat. Bilik Mesyuarat yang awalawal sebelum 7.30 kena settle sebab kat PPD tiap hari ada meeting. Kutip sampah setiap meja kat dalam Unit Buku Perkhidmatan Awam, Unit Penilaian Peperiksaan, Unit Rendah. Segalanya. Juga cabaran paling besar buat aku ialah masa tengah cuci toilet or kutip sampah tibatiba seketul lipas muncul. Ahhhh! Aku benci seketul lipas! Dalam banyakbanyak dugaan, dugaan dengan seketul lipas lah yang paling menyakitkan. Huh~!

TerimaKasih semua atas sokongan dan dorongan. Atas nasihat. All the treats. HAHA. CikSu, CikRus and all the Ciks kat SK Kota Puteri 4. And special to Ayah. Okayy. Tak boleh cakap lebih lah sebab aku memang mengada gila dengan ayah kat sana. HUHU..

"Nak pulak dia kan kerja tu?" Malu? Bohong lah takde sikit pun malu tu. Sebab the way people look at you macam "Ni mesti tak amek SPM ni." "Orang Indonesia ni rasanya."

Yela. Skeptikal. Memang biasanya kerja macam ni orang muda dari Indonesia je yang nak. Dan aku tibatiba terfikir, yang kita ni beria sangat marah bila warga luar dah membanjiri negara kita tapi sedar tak siapa je yang sanggup buat semua tu? *pandangatastangandidada*

Takpela. Cukuplah aku tau siapa aku sebenarnya. Mulut manusia memang bukan hak kita nak tutup. Lagi satu, sekurang-kurangnya bila aku dah rasa this kind of experience, aku sendiri faham sebab pernah lalui situasi tu. Bukan sekadar boleh cakap, "Mak Ayah aku kerja macam tu, sebab tu aku tau apa perasaannya." Dalam kes aku, aku boleh jawab, "Aku pernah kerja tu, aku sangat faham apa perasaannya."

Jadi hamba persembahkan wajah seorang Cleaner yang kononnya bersungguh bekerja.


Unuk pengetahuan korang, aku kerja ni naik 5kg. Haaa~ Bahagia tak aku kerja?
Makan non-stop kott. Huuu~

p/s: Tahniah Liverpool sebab jatuhkan Chelsea. Fieza dah move on. HAHA.

2 comments:

  1. Wow!!! Tabik springggggggggg gitu kepada Cik Cleaner kita ni!

    ReplyDelete
  2. Fiza..bagusnya ada kesanggupan utk jadi cleaner :' you are such a great person my dear..moga pengalaman bermula dari bawah bisa membuatkanmu menjadi seorang yg hebat satu hari nanti..sedih tak banyak masa dapat luangkan dengan fiza sem last fiza di cfs..all the best ye dekat gombak nanti..jangan lupakan balqis dekat sini eh?

    ReplyDelete