Meyakini Reda.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Since October is my final exam mode, I was thinking to stay away from posting any entries.

Kalau ada orang yang dah 3-4 tahun ambil tau pasal aku through this blog, dia mesti tau yang aku akan buat entry special untuk bulan Oktober. Tak kiralah walau setakat nak reminding orang yang tidur sepanjang September, *based on lagu Wake Me Up When September Ends* atau pun sekadar ucapan bahagia sebab dah bulan Oktober. Well~ Amazing October youu..

So tahun ni aku memang kononkononnya nak start the October lambat sikit which is bila dah habis final.

Tapi aku tak tau nak luah kat siapa and macam mana aku nak cope dengan apa yang aku hadap at this moment.

Betullah. ALLAH tak akan ikut segala kehendak kita sebab kadangkadang kehendak kita ni bukan yang terbaik. Apa yang Dia dah rancang tu yang sebaik-baik perancangan.

Kau tau betapa aku terpaksa tanggung rasa serba salah yang sama untuk kali kedua dalam hidup aku. Kau tau kali ni aku ego? Aku pentingkan diri.

Nak tau dah berapa lama aku tak salam tangan seorang lelaki yang dulu jadi Wali kepada wanita yang lahirkan aku? Aku pun tak ingat bila kali terakhir. Nak tau masa bila kali terakhir aku tatap wajah tu? Entahlah. Sampaikan aku rasa aku hampir kabur untuk mengenali.

Aku tak tau nak zahirkan macam mana. Aku memang tak tau cara terbaik nak ubati sakitnya kekesalan.

Dendam tu betulbetul bahaya. SangatSangat buruk kesannya. Kerana dendam aku ego. Kerana ego aku rasa sebuah penyesalan jauh di sudut hati. Teruknya diri yang punyai kesumat kerana akhirnya memakan diri.

"Tulah. Siapa suruh tak nak sangat balik kampung raya haritu. Kan tak dapat jumpa sampai bilabila."

Hati. Mohon kasihani diri ini. Maafkan segala silap yang dilakukan. Jangan campakkan perasaan serba salah lagi.

Jujur. Aku peduli. Aku sangatsangat peduli. Dulu, Tok ada 3 anak lelaki. Sekarang tinggal 2. Dulu tarikh 6 Oktober, kita akan ingat lahirnya Siti Sarah. Tapi lepas ni kita akan ingat, perginya Mohd Sobri.

Tak tau macam mana perasaan Kak Ah bila tiap kali ingat birthday dia, dia kena tau tarikh tu jugak PakLong menghadap-Nya. Dan aku sedar, tak semestinya tarikh hari lahir kita tu kita kongsi tarikh kelahiran yang sama dengan orang lain. Tapi boleh jadi tarikh terputusnya roh dan jasad. Lately ni aku dapat banyak share pasal kahwin, jodoh, pasangan etc. Bukan apa, aku rasa terpukul pulak dengan apa yang aku hadap ni. Tak semua orang pasti kahwin tapi pasti akan mati.

PakLong.
Kakak mintak maaf. Kakak rindu.

Cakaplah apa korang nak cakap. Either aku cukup tabah or aku hipokrit. Sebab aku rasa bersalah, aku cuba selindung apa yang aku rasa. Maaf. Kau tau kan the saddest person is the one who make others laugh..

Katalah aku tak peduli. Sebab bukan kau yang pegang hati aku. Katalah aku apa pun, kau tak akan pernah ada kelebihan untuk mengukur hati manusia.

Jadi. Tahun ni, aku memulakan bulan Oktober yang aku sangat sayangi dengan kesedihan. Well~ Ini semua tetap ujian dan yang pasti suatu nikmat yang belum terungkai.

Al-fatihah.
PakLong, Mohd Sobri bin Hashim.

No comments:

Post a Comment