Happy 58th Independence Day Malaysia.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So, apa makna kemerdekaan bagi seorang FiezaSudin?

Hari Jumaat haritu baru perasan yang SinarHarian ada buat Contest untuk tulis artikel 200 patah perkataan sempena Hari Kemerdekaan. Tajuk dia, Apa Erti Kemerdekaan anda. Kind of. Aku pun lupa. Tapi hari Jumaat tu jugak last date dia. Faham sendiri lahh. Memang pun sempat nak cuba nasib. Oh ya. 1hb September ni keputusan untuk Penulisan Cerpen JS Adiwarna akan release. Cuakk! First time kott involve cerpencerpen bagai ni. HUHUHU..

Nahhh. Erti kemerdekaan aku. Oh ya. Maaf sekiranya penggunaan bahasa tidak sesuai untuk peringkat umur yang masih mentah dan tiada pengesahan mahupun tidak terdapat dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. HAHA.

Merdeka secara dasar dan ringkasnya memang semua orang tahu ianya merupakan kebebasan yang dikecap. Kebebasan juga punyai pelbagai definisi yang dicabangkan. Manakan tidak, setiap manusia punyai matlamat kebebasan yang berbeza. Begitu juga aku.
Sekiranya pengakhiran untuk segalanya merupakan satu kebebasan, apakah pengakhiran kehidupan itu juga sebuah pembebasan? Mungkin ya. Atau boleh jadi tidak. Hidup ini penuh dengan dugaan, cabaran, mehnah yang sentiasa membadai. Korupsi yang membingitkan jiwa. Lantas akal memberontak. “Mati itu lebih baik!” Sekurang-kurangnya aku tidak berhadapan dengan segalan kerosakan duniawi. Namun, boleh jadi ianya meragut segala kebebasan yang ada di dunia. Dan tinggallah jasad kaku di bawah tanah itu. Sungguh terkongkong di situ.
Tidak! Apakah pengakhiran bendera Union Jack diturunkan merupakan pembebasan? Sekiranya benar, mengapa umat kini semakin tenat. Penjajahan ini tak pernah berakhir kulihat. Jiwa tetap terjajah. Ilmu tetap tak ditelaah.
Merdeka itu apabila kita mampu berdiri bersama saat susah. Bukan menuding membuta tuli. Malah dengan angkuh mengaku diri suci. Merdeka itu apabila semua setia berganding walau bahaya cuba berdamping.
Bebaskah lagi sekiranya mahean dibisukan? Bebaskan lagi sekiranya intelek disekat? Bebaskah lagi sekiranya suara ditapis? Di manakah hak itu? Ini bukan kebebasan! Ini kongkongan! Syukurlah negaraku masih aman.
Bebaskah andai kebenaran diselindungkan tetapi penipuan dihebahkan? Bumi Merdeka mana ini? Saat engkau lantang, kau pasti akan terlentang. Apabila engkau menurut, kau ibarat tali barut. Apakah kebebasan yang sebenarnya?
Saat kau bertemu dua persimpangan.. Ke mana haluan yang akan kau ikutkan? Engkau ke kiri, kanan akan menempik, engkau ke kanan, kiri akan berteriak. Dan engkau cuba mencipta jalan di tengah meski kau tahu ianya tidak mudah. Sesungguhnya percayalah kataku ini, engkau akan dianggap sebagai pembantah meski niatmu untuk permudah.

Aku Bangsa Malaysia!
FiezaSudin.

HAHA. Jangan Tanya maksud dia. Aku tak tau apa yang aku taip. Random ayat yang keluar kottt. Kalau tak terjangkau di akal kalian, sorry lah ya? *kenyitmatasikit*



♪ Tanggal 31, bulan lapan 57.
Hari yang mulia hari bahagia.
Sambut dengan jiwa yang merdeka. ♪

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-58. Muahhh. HAHA.

No comments:

Post a Comment