Short Vacation.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Jumaat lepas aku plan nak keluar pi Nu Sentral dengan Partner In Crime sorang tu. Tapi planning kitorang kali ni memang high risk lah. I mean, for us. Tak pernahpernah buat kott. Well, nak buat macam mana? Dah memasing ikut je instinct yang konon nak mencuba katanya.. "Bila lagi nak buat?" *sambil angkat kening*

So, sepatutnya before pukul 1 nak terus gerak sebab nak tengok Ant-Man pukul 2. Kiranya, sampai sana awal boleh merayau dulu apa yang patut. Tapi, haaa.. Kalau kanakanak berdua ni, memang tak payah lah nak percaya. Semua itu impian sahaja. Pastu bajet ja dengan muka sesuci embun pagi cakap, "Kita hanya mampu merancang." Puihhh! Lepas Zohor jugak keluar pagar CFS tu.

Sebenarnya aku dengan Paein tak pernah keluar ber-movie bersama. Tu yang tetiba ngengada nak bersweet bersama.


Awesome sangat cerita ni. Dan, aku suka watak Luis. Micheal Pena bawak watak ni. LOL! His face pun dah funny kott. Well said, MARVEL kott. HUHU.

Then, kitorang melilau lah jugak sampai terlupa niat asal nak pi NU sebelum tercetusnya idea nak ber-movie. Hummm. Kitorang nak pi MPH sebab nak habiskan baucer biru MPH tu. Nilah manusia, lupa tujuan utama untuk hidup.

Dan disebabkan aku craving for Mee Tarik.. HUHU. Ber-Mee Tarik lah kami berdua. After makan, we went for a second round.


Konon sangat nak tengok memalam sebab nak cabar diri sendiri. Hampehh~ Tutup muka satsat tanya aku jugak apa jadi. Pirahh~ HAHAHA. Okayy tak best! 

Haaa. Kau jangan tak tau hari Jumaat tu jugak ada game Liverpool dengan Mesia. Petang tu, nampak lah The Reds punya supporters nak gi Bukit Jalil. Huuuu~ Sayuu~ Best je kan dapat gi. Then, after movie, which is game pun dah habis macam tu, nampak lah all the supporters balik.. -_- Ayah cakap kalau seri dengan team top EPL ni maknanya dah menang 5-0. Nak cakap Liver kalah 5-0 ah gitu. Fine ayah fine. 

Esoknya around 8 lebih cemtuh kitorang pi Mamak kat tepi Jaya One sebab nak sarapan. Lapar kott. Roti canai dia sedap wehh, sumpa sedap. 

And, our journey didn't stop there.

Pukul 10 lebih balik CFS sebab nak siapsiap pi Ampang pulaaa. Actually hari Jumaat tu lagi Paein cakap Cik dia suruh pi rumah. Tapi sebab kitorang dah plan benda lain masa tu. Sabtu lah penggantinya. Sebabnya, rumah tu takde sesapa. AnakAnak and PakCik semua ada hal. Tinggal Cik sorang. Dia sunyi tu yang suruh datang rumah.

So, akan ahh tengok TV. Kat rumah pun tak dan tengok kott. Memang puas ahh katekoo~ TerimaKasih Cik untuk segalanya..

Bukan takde kerja, tapi, HAHA.. Due dia Jumaat. Rasa macam.. Kita masih ada masa. :p

No comments: