Aidil Fitri.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Aku gerak balik JB Isnin malam. Bersendirian. MerekaMereka yang sepatutnya balik sekali dengan aku dah berlepas awal. Kelas dah cancel awalawal. Aku je sayang kelas Bisnes. Cehh~

So, aku ambil tiket pukul 9.45 malam but then dia punya delay.. 45 minit okayy terperuk kat tempat menunggu tu. Masa tu rasa macam nak darah tinggi je. Bosan kott. Bukan apa, sebab sengsorang je sebenarnya. Lepas tu aku just risau je sampai Larkin dah lewat sangat. Tak tau kenapa hari tu feeling asyik tak sedap hati je. Bercelaru habis masa tu. Dengan tak sedap hati, tak sedap badan semua cukup ada. -_- Dalam kepala macamacam benda aku fikir. And I don't know what's wrong with me that day.

Bayangkanlah sejak First Ramadan aku tak balik langsung. Well~ Inilah Ramadan pertama tanpa family disisi. Maksud aku Ramadan pertama. Takpela. Aku pun mengenangkan this is my final sem, In Sha ALLAH, so, apa salahnya korban sikit lah kan. Nanti cuti panjang rindu CFS pulak. HAHA.

Persiapan Raya pun ala kadar sajee. Ya. Kami tidak pulang ke kampung. Cukuplah korang tau aku yang taknak balik dan tak perlu tau asbabnya. Cukuplah merekamereka yang tahu sahaja mengetahuinya. Kalau kau rasa kau tak tau, maka kau bukan manusia terpilih untuk mengetahui. Enough.

Ala kadar pun lepas lah jugak 4 jenis kuih, ketupat palas, rendang, kuah kacang, nasi himpit bagai. Haaaa. Okayy lah tu nak tampung perut aku terutama sekali. Ramai lah jugak tetamu yang dok datang. Tu yang sehari je dah habis segalanya. Dahla ingat nak gi Pontian tak boleh. HewHew~ It's okayy. Fieza tabah! Raya Fieza dalam mimpi je. HAHA. HarapMaklum..





Huuuu~ Raya.. Dah besar ni mood tu kurang sampai sikit lah kan. Tapi mood nak makan time raya tu memang Alhamdulillah.. Sentiasa sampai. By the way, aku jeles ni dengan Mak sebab Mak still dapat duit raya. Humm~ Tak boleh jadi.. Mengapa? 

Okayy. Sumorang, Selamat Hari Raya. Sorry tak sempat datang rumah. Cuti saya kontot aje. HAHA. Muahh sikit. 

No comments: