Kesedaran yang Perlu.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Memang aku tak dapat lah nak habiskan bebuku aku tu. Even ada 10-11 buah je. Haihhh.
Kononnyalah busy manjang. Cehh~

Tulah. aku ni kalau nak baca buku memang tokleh ada gangguan. Hummm.

By the way, 2nd of June is my Bonda's birthday. Muahhh. Sarimah Hashim.


*

So, before this. Before yang aku pun tak ingat entah bila, tapi macam dah lama lah kan, I did mentioned about, 'Blog aku bukan blog dakwah, so, jangan nak expect lelebih.'

Mungkin masa tu aku emosi. Mungkin masa tu aku tau hakikat dakwah itu bukan sekadar melabelkan sesuatu sebagai, 'ini untuk dakwah' sahaja tapi aku tak betulbetul faham. Mungkin juga masa tu aku rasa kebanyakan entry yang aku share tu sekadar apa yang aku lalui dan tak memberi manfaat pada orang lain. Mungkin. Perhaps. Mumkin.

Dan aku pernah terbaca satu quote, tapi aku lupa full sentence dia, cumanya aku ingat satu ayat ni yang buat aku rasa, ahhhh! 'Orang yang bodoh, menulis tentang dirinya.'

Masa tu aku rasa macam. Okayy. Disebabkan aku banyak update pasal kehidupan aku yang banyak warna ni, aku tertikam dengan ayat tu. Sungguh.

Tapi, aku fikir. salah ke kalau aku nak kongsi apa yang aku lalui? Sekurangkurangnya mesti ada ibrah yang terselit even sikit. Macam apa yang aku selalu ulang, kadangkadang kita rasa benda baik yang kita buat tu, takde benefit pun, setakat cemtuh je. Apa tah manfaat orang lain dapat. Tapi sebenarnya ada je certain orang rasa tu satu kebaikan yang amat bermakna untuk kita. Contohnya, kejut bangun pagi. Ya. Kengkadang pada orang setakat kejut je, yela, dah FiezaSudin ni jenis liat nak bangun~ Tapi, kesungguhan mengejut sampai nampak FiezaSudin dah capai towel pi mandi tu merupakan satu kenikmatan yang cukup besar untuk seorang FiezaSudin. Jarang ada orang gigih nak kejut macam tu. Termasuk aku sendiri walaupun aku macam tu. Jadi MakCik Fana, I really miss your cold hand to touch my leg every morning.

See. Nampak macam takat kejut je. Bukan dapat apa pun. Sakit hati lagi ada sebab tak bangunbangun. Tapi, orang yang dikejut tu memang rasa macam paripari datang di kala kuperlu pertolongan.

Okayy. Kaitan dengan entry aku is, maybe dalam apa yang aku share, apa yang aku update tu, ada tersimpan pengajaran yang maybe orang lain boleh ambil. Ya. Mungkin ada certain dapat 10% ada yang dapat 50%, bahkan mungkin ada yang tak dapat apapa. Tapi, takpela. Kita tak boleh nak expect orang akan faham kita sentiasa. Ada masa kita perlu untuk tak difahami supaya kita cuba untuk baiki diri. Dan mungkin ketidakfahaman pada mereka itu adalah lebih baik. Kenapa? Sebab boleh jadi kalau dorang faham sesuatu yang korang sampaikan, dorang akan ada maksud tak baik terhadap kita. Well~ Bukan nak suruh suuzhon, tapi berhatihatilah kita. Senyummm.

Jadi, aku terfikir je. Tak salah kalau aku point setiap blog yang wujud kat muka bumi ni sebagai satu blog dakwah kerana dakwah itu ertinya menyeru. Dan kita menyeru kepada kepositifan. Memang term tu macam yang kita faham lah kan, berdakwah tentang Islam, but then, bila lagi kita nak luaskan skop dakwah itu? Kita perlu menyeluruh.

Kau tau beza baik buruk kan? Even kau terima sesuatu atau terbaca sesuatu yang buruk, andai kau orang hebat, kau akan jadikan ianya sebagai suatu tarbiah untuk kau hindari benda tu. Qowwiy!


Belanja gambar Abu. TomeiTomei~

No comments:

Post a Comment