First Outing.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

I've got two new roommates. Nani dengan Imtinan. Nani memang aku dah kenal sebab dia classmate Husna. And well said bila Husan cakap dapat level 1, and blok A, aku macam, -_- Bukannya tak bersyukur. Tapi, Blok A ni open sangat area dia. Tak macam blok B and C yang rasa lebih secure tu. Tapi benefit nya, betulbetul atas kiosk dengan cafe, memang aroma masakan dari cafe kau boleh bau. Huuuu~ Okayy jakun. Tapi yang tak best, aku tokleh merenung ke luar jendela macam selalu. Sebab tingkap kali ni memang open area. HAHA.

So..

Macam biasa. Minggu pertama bila sem baru telah bermula.. MingguMinggu Add/Drop memang sangat getir untuk dilalui. HUHU.. Mau tak getir? Sepatutnya masa pre-reg sem lepas, aku kena register 6 subjek terus, tapi sebab kes 'cannot be allocated' tu, CRS aku just ada 4 subjek je. So, kena add lagi 2 subjek tu. Dahla dilema gila nak repeat ke tak paper Arab. Tapi, bila AA dah anasihatkan untuk terus habiskan  remaining subject tu, aku ikut jela. Haaaa. Tu gunanya AA. Ustaz Wan pun cakap, kalau tak repeat tu, tak menganggu core course aku, tak payah repeat. Teruskan je. Kalau nak tau memang bercupak bebelan aku tadah daripada Mak. Tapi nak buat macam mana. Daripada terus berbelah bagi, baik aku settlekan add/drop semua then terus hantar CRS. Selagi CRS kat tangan, selagi tu hati berbelah bagi nak repeat Arab ke tak. Ya. Sayang.. Ya. Aku jeles dengan orang lain yang exit. Tapi, aku nak buat apa lagi? Dah itu rezeki ALLAH bagi. Alhamdulillah.

Jadinya, aku pun sangka hari Selasa tu dah settle segala masalah yang wujud tu, rupanya kelas Research ada masalah sikit. So, department HS kena rombak balik jadual. So, kitorangkitorang yang dah hantar CRS, terpaksa mintak balik untuk betulkan. So, Rabu tu memang ke hulu ke hilir gak lah. At the end, terus hantar and malas nak fikir dah. Biarlah apa nak jadi.

Tetiba pagi Khamis tu semua nak kecoh kena add sendiri kat lab. Gigih la kitorang bertiga ni, lagi.. pergi lab pulak meng-add. Yang lawaknya, 10 kali aku log in, asyik nak invalid password je. Rupanya link tu memang masalah sikit. Yang Zati dari jauh jerit kat aku, "Fieza, kelas not allocated la." Paein kat sebelah, berdepan dengan 'Section Closed' dengan 'Cannot Be Allocated'. Aku pun try lah log in kat komputer lain and try add, guess what? 'Successfully Added'. HAHAHA. Habis kena tenung je dengan dorang. Nasib aku baik kott masa tu. Lagipun Department kan dah cakap, tu masalah sistem je. In Sha ALLAH okayy. *kenyitmata*

*

Disebabkan aku balik CFS sengsorang naik bas, aku memang cuba meminimakan barang yang perlu dibawa pulang. So, ebarang macam stok makanan, memang aku tak beli kat JB. Dah aim nak beli kat AEONBiG. Rupanya si Paein pun plan nak pi jugak. So, kitorang decide nak shopping lah kiranya hari Jumaat lepas kelas. Rupanya nak menjelajah Masjid Jamek dulu sebab nak cari barang lain dulu. Wuisyhhhh sakan weii~ Zati pun tetiba nak ikut. Haaaa. Memang sampai lenguh kaki berjalannyaa. 



Yeahh. By the way, masa cuti harituh aku naik 5kg. HUHU. Pencapaian yang baik. Yeayyy me!

Kitorang keluar before Zohor dan balik lepas Isya'. Memang melampau gila berjalan. Aku rasa keluar kali ni yang tak terasa dah lambat ke apa. Yela, sedarsedar je dah nak maghrib. Ingat baru pukul berapa. HAHA. Tak ingat diri letteww berjalan. 

Rembiang lah beg berlambak tu naik bas balik CFS. Perangai sorangsorang~ 

TerimaKasih menceriakan hari. HAHAHA. 
Sakan dok bahan orang. Kesian kat depa. 

No comments:

Post a Comment