Apa Motif?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So, semalam ada AGM MeLEX. *tepuktepuktangan*

Motif aku pergi pun sebab 3 candidates yang ada tu gang AvantGarde. Gigih nak vote Noy, Jue dengan Adam je. Part dorang bertiga je kitorang tunjukkan support yang sungguhsungguh. Bias betul perangai. MentangMentang yang lelain tak kenal or senang kata, budak First Year. Ehh. Tapi aku dengar manifesto dia okayy. Mana yang aku tak berkenan, aku tak pilih. Manifesto yang mencapai piawai je aku tick. HAHAHA.

Motif?

Okayy. Macam ni. Dalam dok kehangatan nak vote tu, aku tetiba teringat something. Kes dia ibarat votingvoting jugak lah. Nak pilih leader.

Sorry sebab aku taknak ianya tak in detail.

Situasi yang aku kena berdepan sekarang ni ialah menghadap manusia yang agak bangang dan membingitkan aku. Haa.. Maaf berkasar.

Jujurnya. Aku tak pasti apa motif kau lantik seseorang tu jadi leader tapi kau taknak ikut arahan dia. Before that, lupakan kes yang dia saja nak kenakan member or all that. Ini kes yang mana memang semua sepakat sebab memang percayakan seseorang itu untuk jadikan ketua tapi end up kau taknak ikut cakap dia. Well said, aku pun macam tu cuma aku still ada common sense yang aku ni orang bawahan, kena dengar arahan. That's it.

Ini tak. Kau nak dia jadi pemimpin kau lepas tu apa keputusan dia kau pertikaikan. Whatt?! Kau fikir diri kau je. Pernah fikir orang lain? Pernah fikir yang ketua kau tu sebenarnya banyak lagi komitmen lain yang dia perlu selesaikan dan terkejar-kejar nak settle hal kau pulak? Kalau bertegas nanti cakap tak boleh bawak bincang, tak boleh bergurau.

Takpelah kalau nak ikut kau pun, asalkan bagi komitmen sekali. Setiap kali ikut tuju kau, end up nya kau tak ikut pun plan kau. Buat kepala lain. Susah sangat ke nak serius? Alasan tak munasabah. Boleh jalan kau dengan malas kau tu. Apa kau ingat malas kau tu boleh tolong semua benda? Nak jadi gempak, nak itu nak ini. Rancang macamacam. Ajak duduk semaja, semua malas. Pebende? Kau ingat cakap harini esok jadi terus? Rancang pukul 8 pukul 9.30 boleh terus jalan? Kau ingat miracle? Magic show? Wake up lah weii!

Nak benda terus senang. KLCC tu memang pun tibatiba wujud. Huh! -_-

Beria? Cuba kau tengok orang yang berjaya tu semua. Memang dorang beria pun. Beria nak cipta kejayaan. Yang kau? Duduklah dalam kotak yang dikunci dalam bilik. *pissedoff*

Hambekk~ Mengahmburkan emosi sesungguh nampaknya. Dahla esok Ramadan. Hesyh Fieza ni. Sebab esok Ramadan lah aku nak luahkan segalanya. HAHAHA.

By the way, Salam Ramadan, selamat menunaikan Tarawih. Jangan lupa untuk beramal.


Gambar ehsan group WhatsApp.

Sedih kott tahun ni tak merasa puasa kat JB. At least tahun lepas dapat lah jugak sahur pertama kat JB and berbuka kat highway. HUHU. Tahun ni macam perantauan je. Dahla raya kelima naik sem balik. Huuuuu~

No comments:

Post a Comment