Teguh.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

HewHew~ Nak menari, melompat je rasa lepas paper IRK ni. Bukan apa, paper ni je yang aku paling seram, seriau dan sebagainya. Memang sekali selak, halamekk, sama je macam PQS, PSI masa belajar dulu, tapi kau tau tak bila bahasa dia berbeza kau nak explain pun terkialkial. Lagipun, main point dia, tak teringat pun belajar apa dulu. Hesyhh~ Cemana kau ambil SPM dulu weii? Okayy. Jangan tanya. Jangan tanya. Jangan tanya. Sakit jiwa betul tengok orang keluar awal. Seronok ya menjawab? Huh!

Baiklah. Sementara menunggu the only remaining paper, aku memang macam penganggur jela buat masa sekarang. Dok perabih masa workout atas katil. Mungkin. Dan setiap malam muka aku memang akan terpacul kat TV Area Library ni. Since bermulanya StudyWeek lagi senanya. Sebab aku suka Library time memalam. Last week tu kononnya nak study lah dengan Husna tu. Tapi kalau dah menatap TV, Discovery Channel pun menarik. Apatah lagi WiFi pun macam menarik. HAHAHA. Apatah lagi minggu ni. Tinggal paper Stats je. Huuuuu. Lagi sakan lah aku.

So, disebabkan harini aku exam IRK, planning aku taknak dah keluar memana minggu lepas. Tapi, bila Balqis ajak melawat kawan dia, aku pun ikut jela. Why not right? Rerupanya sampailah masa nak gerak pergi baru aku tau yang aku pun kenal orang tu. Wahaiiii.

Ketumbuhan kat paruparu. And. He totally different. SangatSangat lain kalau nak banding dengan masa aku jumpa last year. Syafakallah.

Teringat dia pernah tinggal pesan kat Balqis and aku malam tu, " Kalau boleh, solat jemaah selalu. "

Kitorang pun ziarah petang Sabtu tu. Guess what? It was supposed to be we, the person who visited him that day to motivate him. But, it turned upside down. Jujur aku kata, memang aku kagum sangat dengan semangat yang dia ada. Aku dengan Husna memang melekat berdua kat hujung katil and menyiku sesama kitorang sambil bagi hint, "Weii. Dia yang dok nasihat kita ni apecer?" Speechless kott kitorang masa tu.


Merenung ke luar jendela... 

"Bila sakit nilah masa kita nak berehat daripada fikir benda yang bukanbukan, yang takde kaitan dengan ALLAH. Masa nilah kita dapat membaca, cari ilmu, dekat dengan ALLAH. Bila kita kat bawah ni, kita kena ingat, ada lagi orang lagi bawah daripada kita. Ada orang ujian dia lagi teruk daripada kita. Masa tu muhasabah diri, ujian kita ni ringan lagi. Hidup dah 20 tahun, sakit baru sebulan dah menangis. Nak buat apa lagi kan sekarang? Sangka baik jela." Sambil tersenyum. 

Allahu. Memang nak berderai je rasa. Memang Engkau turunkan ujian untuk hamba-Mu yang mampu. Betapa positif and tabahnya hatinya. Betapa dia still boleh bagi nasihat. Betapa dia cuba memujuk diri untuk kuat. Betapa dia sangat buatkan aku rasa, "Baru demam sehari, dah give up tak boleh buat apaapa." Aku tau. Tujuan dia cakap macam tu sebab dia nak tiupkan semangat dalam diri dia sendiri. Petang tadi dia operate. Nak buang ketumbuhan tu. 

Anyway, mohon doakan plan aku, Husna, Balqis and Ainur akan berjalan lancar. 
"Semoga plan Husna, Balqis, Ainur, dan Hafiza berjalan lancar. Ameen."

No comments:

Post a Comment