Surat Cinta.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Petang Selasa tu hujan. So, duduk je dalam rumah. Plus, adik pun sekolah. Aku masak lah sotong goreng kunyit. Huuuuu. Masak. HAHA. First time masak harituh memang kantoi kott. Tapi aku positif sebab kita mesti akan gagal untuk menuju kejayaan. Makanya aku telah berjaya memasak dengan jayanya. ThumbsUp! Point dia bukan kat situ, so, kitorang bertiga pun makanlah nasi. Hehujan lapar nasi kott. Tak terfikir dah nak buat minum petang apa. Terus dinner je. Dan, ayah aku ni tiap petang memang dia buka radio sebab nak dengar ADiLa kat Klasik. Aku pun setiap kali cuti memang kena tadah lah dengar sekaki. TibaTiba dalam dok syoksyok makan ada satu cerita ni sangatsangat mengundang gelak Mak Ayah.

PakCik ni punya story pasal masa dia muda. Dia suka kat someone tapi malu nak confess face to face. Kebetulan dorang dedua penoreh. So, PakCik tu decide untuk bagi surat cinta je kat gadis idaman dia tu. Well said. Dia letak surat tu kat dalam bekas getah kat pokok yang selalu ditoreh gadis itu. Guess what? Rupanya cinta berbalas. Hoyeahh~ So, dorang just berbalas surat dan kebun getah itu menjadi saksi. Sampailah satu hari, mak kepada gadis itu yang jumpa surat and semestinyalah surat tu dibaca kan? Then the next day MakCik tu jumpalah PakCik tu kat kebun getah untuk tanya pasal surat. "Ya MakCik. Saya yang tulis." Fortunately, "MakCik bukan nak marah, tapi kalau kamu sungguhsungguh nak kat dia, bawak MakAyah kamu jumpa MakCik dengan PakCik. Kan lagi elok." Dan endingnya dorang dah lebih 40 tahun ke berapa tah kahwin sekarang ni. Sorry, part berapa tahun tu aku tak sure sangat. Idokk dengor.

Comel kan? Okayy fine! Kalau tak comel tu heartless letteww~

Part yang menarik tu bila Mak tibatiba bukak cerita pasal dia jadi Posmen Mak Sedara aku. Okayy. Aku lupa MakTeh ke MakNdak. Ya. Pasangan itu kekal sampai sekarang. HAHA. Alhamdulillah. Tapi yang kelakar sampai gelak tak tahan tu bila mak cakap, "Kitorang baca semua surat tu even dah warning tak boleh baca. Lepas tu time nak baca bukak elokelok sebab ada bedak." Nostalgia sangat surat pakai bedak. Thanks God because I've experienced to go through the surat+bedak era. HAHAHA. By the way Mak dulu jenis suka tulis diary and surat guna kod rahsia. Kad Raya pun pakai kod. Sumpa den tak paham. Ayah. Semestinya ada cerita. Rupanya ayah buat bisnes through surat cinta. Haaaa. Dahsyat kan? Most of my cousins, uncles and my father's friends yang minta tolong tuliskan surat cinta. Not to praise lot but ayah rupanya ada talent mengubah-ubah handwriting. *pakaispec* Aku pun reti bahh. HAHA. *bangga diri jap* Maka, khidmat ayah diperlukan untuk merekamereka ini sampaikan luahan hati. Back then. LOL. Tapi yang paling lawak bila ayah cakap, "Tapi semua orangorang yang ayah tuliskan surat tu jodoh dorang bukan dengan orang yang dorang bagi surat cinta tu. Berjodoh dengan orang lain." Ni part yang aku rasa nak terburai dah usus. Aku pandang Mak nak cakap, 'Mak, handwriting ayah memang orang tak tertarik ke cemana?' Lelwz.

Ya. It was back then. Bila mana surat menjadi penghubung. 'Letter Pad' dan pen menjadi peneman. Ternantinanti Posmen menghantar kiriman.

Sekarang ni madah tengok last seen je. Betapa teknologi mengubah segalanya. Betapa.

Aku refresh zaman aku first time ada phone. Motorola. Handphone pertama aku. Rasa dah buang ke simpan kat mana. Buat khazanah. HAHA. But still kalau nak buat confession akan guna surat cinta. Recall balik zaman suratsurat cinta tuh. Ada ke? Hummmm. Ada. Tapi aku rasa kalau aku bagi pun setakat biodata jela. *tak tau ironi bagi biodata tu* Tapi kalau aku dapat surat cinta biasanya aku tengok siapa yang bagi. Kalau yang aku kenal and aku tak berminat, aku koyak dan terus buang. Heartless kauu~ Tak terfikir pulak 10 tahun selepasnya akan jadi harta berharga. Antik katakooo~ And kalau misteri, aku simpan sampai aku tau siapa bagi dan nasib sama lah, kalau aku tak berminat, tong sampahlah takdirnya. Yela. Aku seorang pengawas yang tegas kott. *kononnya* Kott lah tegas. Tapi naik Darjah Enam terus dahjahanam. How about kalau surat daripada orang yang aku so-called-accepted? Aku simpan jela. Kalau rajin suruh member tolong balaskan. Fatin dan Azizah. Dorang lah yang akan suka-hati je nak balas apa. Ciss! HAHAHA. Aku teringat kes dengan adik kepada Kakak Angkat aku. Yang tu memang lawak gila. Zaman kejatuhan betul bila ingat balik. Allahu. Tapi sekurang-kurangnya kita sedar tu semua suatu pengalaman untuk ajar kita. Naik sekolah menengah zamanzaman Facebook, Myspace, twitter, Blog. Before twitter aku ada followers dikalangan kengkawan sekolah and etc. ni, memang aku all out gila kat situ. Segalanya aku curah. Bak diary online. Apatah lagi memang account tu protected. LOL. Masuk asrama masa Form 4 memang femes lah sticky notes ni. Sejak membesar, aku ni lebih menghargai, so, banyaklah sticky notes yang aku simpan. Ada yang sampai tak nampak tulisangg dah. HUHU. Sampailah ke CFS. Lepas raya tahun lepas guna WhatsApp, Telegram. Develop sungguh teknologi. Tapi, pada aku, surat juga still ada nilai tersendiri.


 ♪ Seluas jiwa terbentang seluas sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub sudah
Menjadi warkah cinta berbau syurga

Sempadan batinku hampir terbelah
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu
Aku berjuang meraih mahkota cinta dari syurga  ♪

Tu gambar tu surat aku dengan perempuan juga okayy? Surat dengan lelaki memang dah terhapus. Dah lama bersemadi kat pusat pelupusan. Ehhh? Aku straight. Tapi, entah. Aku pun tak pasti kenapa kitorang dok utus surat siap sampul macam pos bagai. How I miss you babe, Aishah. Kitorang lah dok gigih padahal sekelas. Cuma masa Darjah Enam je terpisah kelas. SobSob. Oh ya. She's in Form 6 now. Calon STPM tu. WootWoot~ Yang berkepuk kat belakang tu kadkad raya. Haaaa. Awesome kott zamanzaman kad raya. How I wish this Eid I'll get. Satu pun jadi lah. Tak payah karang ayat pun takpe. Kalau umur panjang. In Sha ALLAH. HAHA.

Rasa macam masa PLKN ada dapat. Ehh? Dia salah deliver. Oppsss! *Maya dan Fieza sedang gelak kejam* Menganggu kosentrasi aku dok sarapan je masa tu. TibaTiba ada orang letak surat, hesyhh, kalau ikut hati yang kejam tu, nak je rampas. Tapi, dia cepat sangat sedar dia tersalah deliver. Yela, kitorang ni nak tau gak apa benda lah yang korang dok karang tu. Tapi sungguh. Mulut yang menyumpah pun belum tentu mulia sangat. Khilaf kitorang jugak. 

Tapi bila throwback balik rasa nak gelak pun ada. Apa kes tah boleh jumpa harihari, boleh bersembang bagai tapi still utus surat. Okayy Fieza stop. But then, I'm just wondering. Yeahh. We. We're just wondering. Maia. Wa. Temah. Bella. Syud. I is rinduing the moments. 

See. Betapa satu topik boleh ada kompilasi pelbagai cerita. Dah tetiba ter-berkait. Nak buat macam mana kan? It just. A random topic. That make me remember all those memories. 

p/s: For real. Ada satu surat tu. Tapi aku dengan Maia gigih sembunyikan nama aku sebab takut kantoi dengan member lain sebab surat tu bukan untuk aku sorang tapi specifically untuk aku. Dan surat tu ada kat tangan orang lain. HewHew~

Surat cinta mendekatkan diri pada Illahi. No worry. Tiada kata berbunga dan puitis untuk memetik bunga di taman pungg~

No comments:

Post a Comment