Kasar.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Alhamdulillah. Dah 5 hari memerap kat rumah. Well~ Bukan senang nak dapat cuti yang not-so-called panjang ni. HAHA. 7hb nak daftar dah. Kejap nya pun cutinya haaaa.

Benda pertama aku buat is timbang berat. Nak tengok before and after cuti ni cemana. Bak kata adik aku, "Kakak ni tak reti kenyang ke? Dok makan jee.." Tapi betul lah. Saka aku kalau duduk rumah memang mengganas. Nanti before balik CFS kita buat kirakira berapa kg aku tambah/turun. LOL.

Secondly, aku memang gigih kena siapkan assignment. Pehhh~ Memang menduga hati dan perasaan bila di hening pagi Isnin haritu, tengok WhatsApp daripada Xifu dalam group, "Your essays are terrible. Do it again. Lusa email saya." Mengganggu ketenteraman kott. Dahla petang tu ada paper Stats. So, after paper tu Xifu nak jumpa sesapa yang still ada kat CFS untuk slow talk pasal markah kitorang. Aku ingat Xifu nak bagitau jela berapa kitorang dapat. Rupanya just nak tanya kitorang okayy ke tak nak re-do essay tu. "We can make it. But if possible, can you extend the date of submission?" Penuh mengharap punya soalan.. "Okayy. On Friday." Fuhhh~ Lega rasa. Mau tak lega? Dahla Selasa tu nak balik JB. Pastu kalau dah esoknya tu tak retireti lagi nak ngemas barang semua? Husyhhhhh~ Tak dan weiii.. And.. Tadaaa. Xifu bagi masa sampai Ahad. *menari*

Setakat 2 pages ni pun aku ambil masa 2 hari. Gila kau perah otak. HAHA.

Then, I have to finish my books. Ni part paling LOL. Baru sedar bukubuku aku tu banyak lagi nak kena habiskan. Duhhh! Tapi bila aku duk kirakira ni, ada lah dalam 10 buah je. Jeeee. HAHA. For me 10 is not a huge number. Tapi tebalnya satustau buku tu. *berpeluh* Tapi takdelah semua tetebal. Melampoo~

Kononnya itulah aktiviti yang dirangka setakat ni. *pandangatastangandidada*

*

Kengkadang apa yang aku update or share pendapat ni, berdasarkan pengalaman aku sendiri or aku dapat idea time kengkawan aku tanya apapa soalan kat aku. Automatically, the ideas come out to be updated. Jadi, terimakasih sahabat-s kerana secara tak langsung telah mencetuskan idea. Ngehhh~

Oh ya. Kalau throwback zaman sekolah belajar BM dulu, memang belajar la kepelbagaian kata ganti nama. Pertama, kedua, ketiga. Belum masuk pecahan negerinegeri kat Malaysia ni. Cek, Aku, Kami - refer kepada saya which is kata ganti nama pertama even guna 'kami'. Look. Tu baru Utara. Belum aku belah Pantai Timur, turun sampai Selatan ni. Tak. Aku bukan nak ajar loghat atau slang ke apa kat sini. Cumanya aku terpanggil la nak suarakan pandangan aku terhadap certain people yang assume sebahagian kata ganti nama ni as 'kasar'. 

As for example is penggunaan 'kau, aku'. 

Aku tak nafikan pada sesetengah orang penggunaan tu nampak kasar dan mungkin dia tak biasa gunakannnya. It's okayy. Terpulanglah nak bahasakan, 'saya, kita, awak'. Whatever. Tapi, aku sangat tak faham bila mana penggunaan itu dikaitkan dengan 'ana, anti, anta'. Maksud aku kat sini, dia nak cakap 'ana, anti, anta' ni lebih sopan dan beradab. Hummm. Ya. Mungkin pada bunyi nya. Tapi, tak ada beza pun antara 'ana, anta' dengan 'kau, aku'. Sebab maksud dia sama. 'Ana, Anta' tu Bahasa Arab. Bak kata seseorang, "Orang Arab lagi kasar kalau ikutkan." Aku tak menolak penggunaan tersebut sekiranya nak meraikan dan cuba memartabatkan Bahasa Arab kerana ianya Bahasa Syurga. 

Agak emotional sikit nampaknya pendapat aku tu. HAHA. Jadi apa pulak pandangan untuk penggunaan 'I, you'? 

Aku tak salahkan sesiapa pun. Nope. Cumanya, it's a culture. Saya, Kita, Aku. It's being used for different people usually. Kiranya macam Bahasa Jerman, Korea, Jepun yang ada beza untuk cakap formal, santai and untuk cakap dengan orangorang tua. Tu je rasanya. 

Dahh. Aku sebenarnya takde preparation sangat nak share sekarang ni. *mindblowing* Makanya aku pun merasakan aku merepek kali ni. Okaybai. Sekali lagi aku ulang, *untuk yang entah keberapa kali tah* segala pandangan aku merupakan apa yang terlayar di fikiran aku semata. Orang lain boleh setuju atau tak. Sebab kita kena menghargai kepelbagaian pendapat. 

Senyummm.

Kalau kau berdoa, kau bahasakan diri kau apa? *sekadarbertanya*

No comments: