JB bersama PIC.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Selalunya balik JB sendiri tak pun mesti balik dengan Aryn. Tapi, cuti Labour Day haritu aku heret Paein sekali balik JB. Bukan apa, aku segan jugak sebab asyik dia je heret aku bawak pergi Seremban-Ampang. Habis suku-sakat dia aku kenal. Yang sedara-mara aku dia tak tau pun siapa. Haaaa. Dahla suku-sakat aku ramai tak terkata. Nak kata, kalau buat kenduri, tak payah nak upah katering ke kendarat ke penanggah ke apa. Half of ours pun dah cukup. HAHA. Sampai Paein pun 10 kali tanya tu siapa ni siapa. Ramai sangat.

Bukan apa, kebetulan, Abang Hafiz buat majlis kat JB. Kan masa majlis kat Perak aku tak dapat join, so, kat JB ni, nak taknak aku memang kena balik jugak. Tak kira. Tu yang sampai bebal gila Khamis lepas taknak pergi kelas IRK. Memang aku rasa tu bebal aku yang paling high level lah. Sebabnya selalu kalau aku cakap 'taknak' or 'malas' sekalipun, end up dia aku still akan buat dan nak. Tapi, last week memang aku cakap taknak dan memaksudkannya. Padahal Miss buat memakan, pastu kelas dari 6 sampai Maghrib je. Mana taknya, tetiba plan nak balik JB macam nampak bayang-bayang untuk dibatalkan. Mau tak buat perangai?

Dan, bersyukur jugak dapat PartnerInCrime yang opposite in some matters dengan aku. At least dapat melebur jugak amarah ni. HAHA. Amarah kau. Kalau ikutkan hati,memang nak je malam tu jugak pergi TBS nak balik JB, tapi kena pujuk dengan dia, "Hang ingat pi la ni tiket ada ka? Tau dak ramai orang kat sana? Hang nak tidoq merempat kat TBS ka?" HUHU. So, kitorang gerak esoknya around 11 cemtuh. Sampai TBS, pehhhhhhpehhhhhh. Bak kata Wafa', "Ramai sangat manusia bergelimpangan." Dan, Alhamdulillah, still ada tiket balik Larkin even paling awal yang aku dapat is pukul 6 petang. Jadi, dengan masa yang ada lebih kurang 4-5 jam tu, kitorang pergi PBAKL dulu.

Adik bagitau Wa dengan MakLang dari Kedah pun datang JB jugak sebab nak pergi kenduri Abang Hafiz. Aku dapat bayang lah kan memang riuh ahh rumah nanti. Part tak boleh blah PakWa cakap kat Paein, "Hang mai Johor nak jumpa orang Johor, tapi jumpa orang Kedah jugak."

Malam tu kena bertandang ke rumah PakNgah kat sebelah sebab mak tak masak. Sayu je rasa. HAHA. Ingat mak masak.

Esoknya memang puas makan lah aku rasa sampai memang sungguhsungguh overload. Tak rasa ke bila mak sendiri masak, pastu bedal lagi nasi kat rumah PakNjang. Fehhhh. Sampai tengok gambar aku dengan Paein kat PWTC and kat JB, memang perbezaan yang ketara. HAHA. Nampak lah bahagianya menikmati makanan tu.

Malam tu pusing bandar JB. Sorry Paein. PakWa aku bukan pemandu yang drive laju, tapi sebab nak pick up PakNgah, he needed to be. Kesian dengan insaninsan yang mabuk kereta ni. Tapi, maaflah. Tidak dapat kubantu. Huuuu.

Memula semua kena angkut pi Danga Bay. Saja ja nak pusingpusing. Bukan ada apa sangat kat sana. Tak best memalam. Kena pepetang baru syokkk.


Ni baru 1/4. Ke kurang daripada 1/4. HEHE.

Lepas tu PakNgah semangat nau nak suruh tengok air pancut berirama kat Taman Merdeka tu. 



Maybe sebab orang Singapore memang terkenal dengan Kacang Pool. *Ciss teringat Lalat yang panggil aku Kacang sebab Liverpool dan Kacang Pool. Dan disebabkan Johor ni sempadan Singapore, mungkin di Johore lebih sinonim dengan Kacang Pool. HUHU. Ni area Larkin. Cawangan kedua if I'm not mistaken.



Lepas makan, direct pergi Pasar Borong dengan Uptown Pandan. Pehhh. Memang sakan katekoo~

Ahad tu majlisnya. Tapi simple je. Just to let others know that they've married. Sebab kat Perak dah buat. Dan nak dijadikan cerita, aku ni cukuplah menawan haritu, *maaf kerana perasan* tibatiba kena jadi penanggah. Tukang letak nasi. Wahahahaha. Rasa nak gelak pun ada. Cisss! Tapi, that's the precious moment actually. 

Malam tu pulak, gasak lah berinai semua. Nasib je takde batu giling, kalau tak, memang aku kerah semua yang ada giling bergilir-gilir je. Tapi nak buat ganne kan? Aku yang offer diri nak tumbukkan. HewHew~

Dan. Pulanglah Hafiza dan Farahin ke pangkuan CFS pada hari Isnin. Sebab Selasa tu Paein exam. Rabu semalam aku pulak exam. Isnin depan exam lagi. Selasanya pulak Paein je exam. Isnin depannya lagi, paper terakhir. *menari*

Makin besar ni homesick makin teruk sehh. Tak tau kenapa. Cisss!

No comments:

Post a Comment