Fire.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Harini aku berkhidmat seharian kat rumah PakNjang. Nak sangat menabur khidmat kan? HAHA. Actually nak berkhidmat kat Ampang je. Mana nak tau tetiba bebarang tu semua hantar balik JB. Kena pulak hantar barang tu time aku dah bercuti.. Sakit pinggang tak usah nak dicerita lah kan. HAHA. Sampailah petang tadi bila Kak Diana balik untuk kemaskan partpart lain. Semua almari bagai dia suruh bakar je. Aku ni apa lagi? Jakun kan duduk CFS mana ada nak membakarbakar ni.. So, aku, ayah, Irfan dengan Irsyad gasak lah dok buat open burning. Haisyhhh.

Look. Aku memang dari kecil suka sangat main api. Suka bakarbakar ni. Kiranya kalau part nak bakar sampah dedulu, *zaman belum timbul kesedaran tentang alam sekitar* memang aku offer diri nak buat. Padahal masa tu baru darjah berapa. Bukan nak cakap sekarang ni aku budakbudak 'Hijau' yang sangat semangat menyayangi Kehijauan Alam Sekitar.. Tapi, tak tau kenapa most of friends of mine jenis yang suka buat assumption bila perati aku. "Fieza ni mesti budakbudak Kelab Alam Sekitar kan?" Aku tak tau lah macam mana dorang boleh detect? Memang ada cop ke cenna? HAHA.

Okayy. Melalut.

So, bila tengok api dah menjulang tu, maknanya api tu dah merebak lah kan. Ya. Bahang dia.. Memang tak payah cerita. Aku yang tengah burn ni makin burn gamaknya. Dahla takde pembuktian melalui gambar. Heh~ Tak dapat nak show off bakat fotografi yang aku ada.

Astaghfirullah. Apa ni show off sister?

Dushhhhh! "Teruskan berfikir. Jangan malas berfikir."

TibaTiba teringat satu quote dalam buku yang aku pernah baca. Then, aku terus menjauh daripada api yang memang marak habis tu and cuba memproses kepala aku.

First. Did you ever realized that the fire is too hot? Okayy. Macam aku mention tadi lah kan, bahang dia.. And I thought about, "It's only in Dunya. How about the hereafter?" Weii. Setakat api yang manusia sendiri cetuskan je kott. I mean, kita yang membakar. Api setakat tu je dah membahang tak sanggup nak hadap depandepan. Terus palingkan muka. Terus menjauh.

Second. Sekali api tu 'makan' bahan bakarnya (dekat sini almari dan kabinet) .. Pehhh~ Memang cepat. Takdelah sekelip mata kan tapi, dengan api yang gila menjulang tu sumpa sekejap je duadua perabut tu dah sipisipi tinggal abu. Well said. Aku terbayang seandainya jasad yang kita jaga daripada terkena api, *even kena air panas pun menggelupur*, kena bakar hiduphidup kat Neraka. Allahu. Buat testimoni bakar surat khabar. Kau tengok dari start dia sebagai sehelai kertas tu jadi abu. Dan bayangkan tu jasad kau nanti. Daripada sebatang tubuh ni jadi abu. Lepas tu diulang and ulang.

Third. Jujur aku cakap, sebelum ni pada aku, bila tengok sesuatu tu dibakar, ianya satu kepuasan untuk aku. Rasa released. Bebas sesangat. Tapi tadi bila aku perhati betulbetul sifat api tu, tibatiba terfikir, "Sungguh kejamnya sifat api itu." Dia terus 'makan' isi tanpa tinggal kesan. Pernah dengar frasa 'hati terbakar'? Kau faham macam mana perjalanan frasa tu? Burn. Mendidih. Hummm, should I explain more? Aku yakin ramai orang faham perasaan tu. Natijahnya, kebarakan itu bukan suatu pembebasan.

Forth. Setiap perkara ada lawannya. Maka lawan api ialah air. Okayy. Kat sini aku nampak bila aku perati api tu, I was clueless. Yela. Asyik fikir Neraka. Fikir dosa. *tapi dapat pulak idea nak ngapdate. Cehh.* Bukanlah. Kan aku cakap tadi, fikir. TibaTiba terfikir cemtuh. HAHA. Kenapa elemen api lawannya air? Maybe sebab kalau orang stress ke apa mesti orang pergi pantai ke sungai ke laut ke pulau, maybe lah pulau. Paling teruk pun tengok kolam or air pancut kat memana ke akuarium ke. Tak pun paling cikai pergi bilik air cuci muka. Wahhhh~ Nikmat besar bhaiii.. Sebab Syurga kan terdapat sungai yang mengalir di bawahnya. Air. Unsur air di situ. Sebab Syurga itu sangat dekat dengan elemen air. Jadi, air itu penenang. Well, tengok jela fizikalnya pun, api ni marak, nampaklah amarah tu walhal air tu mengalir, tetap tenang.

Lastly. Cerlungnya api itu saat dia membaham bahan bakarnya. Dan hausnya rohani tika kita lupa memeliharanya. Serta sakanlah nafsu andai kita penuhi kemahuannya.


Ya. Gambar tak sabit dengan entry. 
Cuma nak bagitau apa yang bersarang di hati ini.
Betapa diri sangat merindui.
Riuh dan hingar di kamar ini.
Cerita yang dibawa untuk dikongsi.
Semoga kalian masih mengingati.
Kerna kalian tetap di hati.

Nanti ada la yang nak bash bagai. "Kau tak reti nak bagitau sendiri ke kau rindu? Nak jugak bagitau kat media sosial ni? Semak ahh wehh." -_- People. Grow up lah! KadangKadang ada orang tak reti intepretasi perasaan dorang bila face to face. Dia reti menaip je. So, suka hati lah!

No comments:

Post a Comment