Atamanna.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Kononnya harini nak lepak Library dari pagi dengan si Paein. Namun, takdir telah menentukan aku ditimpa migrain yang gila teruk since malam tadi. Haaaa. Amekkaww~ Tak pernahpernah aku tido pukul 10. Nasib baik kena timetime aku takde paper. Kalau tak, pitam dulu lah gamaknya. So, harini memang katil jela tempat aku lepak. Dan aku yang jarang gila nak melantak kopi, memang ambil risiko jugak la minum kopi Husna tu sematamata aku pernah terbaca satu artikel yang menyatakan bahawasanya kafein mampu mengurangkan migrain. Alhamdulillah. Membantu lah jugak.

Well said, masa hari ibu haritu, aku saja je hantar gambar yang dorang dok viral tu. Main purpose aku, sesaje je nak memain dengan mak, jakgi..


Okayyy. Sebab ayah yang respon. Kalau mak, maybe boleh gegurau. Ni semua sebab phone mak hang. HAHA. By the way, Nurul tu jiran aku, merangkap kawan sekolah rendah aku. Ya. Kami sebaya. HewHew~

Nampak lah masa depan aku cenna. Ayah memang bagi kahwin awal sebab ayah pernah cakap, sebabnya nanti bila kita dah 40-an, anak kita dah nak masuk alam kerja, so, kita taklah dah tuatua tapi anak still sekolah ke belajar lagi. Tapi dengan syarat, dah kerja. Huuuu. Sayu tak? HAHA. LOL. 

*

By the way, I'm not going to discuss about above issue. 

It's about atamanna. (Baca:Harapan)

Pernah masa makanmakan dengan sesorang dia tunjukkan aku satu status sambil cakap, "Fieza, ada benda yang kita nak bagi khusus untuk Fieza." Status tu ada la kurang lebih cemni bunyi dia, "Kalau kita dah ada seseorang, kalau boleh kurangkan berhubung dengan orang lain. Bukan apa, takut orang lain tu berharap pada kita."

Dushhhhh!

Sekali macam kena tumbuk kat hati ni. Kena smash. Cracked. 

Okayy.  TerimaKasih awak atas peringatan itu.

Well said. Sesungguhnya pengharapan itu menyakitkan. Dan aku nyaris terlupa yang kita mungkin ter-memberi harapan tanpa kita sedar. 

Lagi satu, if possible, kita ni jangan terlalu berharap. Yes. Sebab takut kita tak mampu terima keputusan yang kita akan dapat in the future.

Bila kita letakkan tali pergantungan tu pada manusia, nanti kita sendiri kecewa. Sebab bilamana ALLAH renggut tali itu, kita akan lemas. Dan mungkin masa tu kau baru sedar, bahawa ALLAH lah tempat untuk kau mengharap sepenuhnya. Kenapa pengharapan kita kat manusia biasanya end up dengan kekecewaan? Sebab ALLAH nak kau tau, yang Dia lah tempat pengharapan yang paling tinggi, paling utama. Yang sangatsangat perlu untuk kau berharap. 

*

"Fieza. Cerita jela kat mak Fieza pasal kat PLKN tu. Nak buat apa segan? Mana tau mak okayy je. Sebab maybe mak Fieza boleh nampak kesungguhannya tu."

*

Jeles pulak lahai tengok classmates yang takde Stats dah balik. HUHU. Jaga diri elokelok kat rumah ya? MuahhMuahh. 

No comments: