SMAC-ing.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

So, maybe I can conclude that April is the tiring month for me. Setakat ini. Huuuu. Tapi, bukanlah memenatkan sebenarnya, menyakitkan segala urat saraf tu istilah yang lebih tepat. Since 'bleep test' UKCG, sampai pergi CharityWalk kat UM and kena praktis badminton beberapa hari. Tu pun sebab tolong Qilah. Dia nak praktis takde member. HUHU. Sendu rasa masa pemilihan badminton tak balik CFS lagi masa tu. Punya semangat Husna nak pinjamkan raket dia. Takde rezeki gamaknya. Takpela. Ni yang tak masuk badminton pun tangan dah macam orang menang badminton je rasa. HAHA. Sampai nak pegang air pun terketar. Haaa kau. Dahsyat tu.

Aku rasa kalau ada pertandingan supporter paling rajin turun support kan, maybe aku boleh jadi pemenangnya. Semua game aku turun tengok kott. Except for Futsal. Sebab aku tak sure match dia pukul berapa. Team lain pun aku support kott. LOL. Yang lain semua aku turun. Yeahh. Demi MeLEX. Tapi hampa la. Semua kecundang. Tapi takpe. Semangat kesukanan tu yang penting. Wahahaha. Positif sangat statement tu. Well. Kau apa tau? Budak Law ni 'Court' dia kat tempat lain. Dalam Court bukan Atas Court. If you know what I mean. Tu jela ayat aku setiap kali tengok masa depan MeLEX. HAHA.

Next week masih ada banyak yang menanti. Ehh? Ya. Game aku. Down pun ada bila semua kecundang. Takut pulaa sayaaa. Tetiba jadi lemah lutut, longgar kaki semua ada. Cuak tetiba. Dahla kena warning dengan Com. Adehh. Pahal tah boleh ngaku masuk acara.

By the way, jersi kitorang dapat lewat sikit. Pastu tak sama macam design. Ala sayuu. Tak secantik design awalawal. "We're in the Pink.."

Dalam dok beriya SMAC ni tak sedar diri nak kena siapkan video Thinking Skill. Hambekk.. Isnin dah la due. Pastu salahkan SMAC. Padahal diri sendiri menyemak. Bukan atlet pun. HAHA. Well. Jenis last minute ni susah betul nak hidup. Jumaat sampai Ahad tu takde nya nak fikir video. Dah Ahad malam baru gasak nak buat. ThankYou Paein sayangku sebab sudi temani diri ini sampai Subuh. Dok rakamkan apa semua. HUHU. Bilik hang jadi studio editing video aku. Memang dugaan lah kan bila tak tidur. 10 kali kau menguap kelas Arab tadi. Cisss perangai. And guess what? Kena hantar masa kelas. And kelas hari Selasa. Yeayyyy! HAHA. Takpela. Sekurang-kurangnya malam ni dah boleh qada' apa yang tak cukup tu.

Behind the scene..




Minggu ni pun minggu yang agak tough. Selasa ni ada trial untuk Syafawie and Test Tilawah. Khamis ni Syafawie. Dan perkara yang paling menyedihkan ialah.. Groupmates gua semua brothers kott untuk Syafawie. Dahla dorang hebathebat. Nasib semua tu Budak Laws jugak. Kalau dapat yang IRK tu, memang teikat lidah aku sehh. HAHA. Positif Fieza! Ayah cakap apa? "Haaaa. Bagus la kalau dorang tu hebat, pandai. Suruh lah dorang ajar. Tak reti lagi?" Ayah saya sangat kewll. 

So, Fieza. Lalui harihari alam minggu ini dengan positif ya? HAHA. Okaybai.

No comments: