Shoutout.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Selasa lepas birthday Ustaz Wan Najmuddin, Xifu Naser, Iman.. Fehhh. Tak sangka pulak.. And. The best part is... Isteri Ustaz Wan buat suprise.. Hantar bouquet of Ferrero Rocher kat Ustaz. Dahla masa tu Ustaz tengah mengajar kelas kitorang. "Selaluya dia bagi kek, tahun ni bagi benda lain pulak." Sweetnya isteri Ustaz. Untung Ustaz. HAHA.

So, Ustaz pun share lah Ferrero tu dengan kitorang semua..



Semoga ALLAH merahmati kedua-dua Pensyarah aku yang sangat awesome itu. In Sha ALLAH.

So, minggu lepas aku sedang melalui saatsaat genting sebenarnya. Sebab aku berada dalam kekusutan dan dilema yang mencengkam. Hamboiii ayat. HAHAHA.

Salah satu asbab dia..


Sudahlah 26hb tu ayah operate mata, mak ada appointment. Yang aku boleh lagi 25hb tu pergi UPM sebab YouthACE. Cisss. Lepas tu, dilema jugaklah, nak pergi balik untuk Interview ni. Tapi sumpa lah.. Aku dapat offer ni tak seteruja masa dapat UKCG. Mungkin salah satu sebabnya ialah.. Aku tak dapat course yang aku nak. Humm. Lepas tu, tetiba rasa sayang nak tinggal CFS. Lepas tu terfikir banyak kepentingan kat CFS. Allahuu. 

Oh yaa. Kebetulan sangat masa IV tu, satu group dengan Haziq Hafiz and Mustaqim Azman merangkap classmate masa sekolah dulu. Siyess bersyukur. Takdelah aku rasa keseorangan. HAHA. Dan.. Menemani perjalanan dari Batu Pahat ke TBS. Sumpa tak perasan kitorang satu bas je masa tu. Sampai lemah kaki tunggu bas. End up nya naik teksi jugak. Sampailah di bumi CFS pukul 11 lebih. Haaaaaa. Memang lepak katekoo. 

Overall, segalanya berjalan lancar. Perhaps. HAHA.

TerimaKasih untuk Abang Pon merangkap driver tanpa upah Fieza. HEHE. TerimaKasih belanja makan dan segalanya.. TerimaKasih sekali lagi atas tiket balik TBS yang di-sponsor itu. Malu sayaaa. *tutupmuka* TerimaKasih bawak pergi BP Mall. Huuuu. Sumpa untuk pergi BP Mall itu merupakan salah satu goal aku since Form 2. Tak tau kenapa. Dan, sekali lagi TerimaKasih sebab belanja main boling. Dapatlah improve sesikit. Nak dapat 100 pun payah dah sekarang ni. HewHew~

Rabu lepas aku dah settle dengan speech Thinking Skills aku. Transgender. Since buat pasal case transgender masa Sem 2 tu, aku memang tertarik sungguh dengan isu ni. Hummm. Jujurnya aku ni susah nak volunteer ke jadi orang pertma ke apa. Kalau orang yang kenal aku tau lah perangai aku macam mana. Tapi, nak dijadikan cerita, malam Rabu tu, kelas TS kitorang kat Studio AED. Kerusi dia pulak jenis pepusing tu. So, aku pun duduk ala-ala malas sambil Xifu tanya, "Who want to give the speech first?" Aku dengan Paein, memang bebuat takde apa jadi jela. Like usual. A few sec, tetiba je dia tolak gegar kerusi aku sebab cuak. So, daripada biarkan diri jatuh tersembam, aku teruslah berdiri, memang terbaik ahh cara aku escape. And, aku pun immediately duduk. Suddenly, dengar orang tepuk tangan and said, "Wuuuu Fieza. Wuuu. Fieza nak bagi speech.." And I was like, "No!" Dan ruparupanya ianya bermula daripada Husna. Cisss. Kurang gula punya roommate. 

So, jadilah aku orang pertama untuk memberikan speech pada malam itu.


Kita share gambar paling beria. HAHA.

"Your English proficiency."

HAHA. Janganlah kata English, Bahasa pun kengkadang aku ada masalah proficiency kalau kena bagi speech. Apatah lagi Arab. Oh tidakkk.

So, Fieza! Polish it! 

p/s: Aku burn. Bertona gila. Maybe sebab SMAC..

No comments:

Post a Comment