Sendu.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Aduhainya pun..
Memang tak taulah kenapa lepas satu, satu masalah menimpa diri ini.
Ya. ALLAH nak uji sejauh mana kesabaran ini mampu utuh.


Seminggu ni memang tunggang-langgang aku dibuatnya. HAHA. Ada kelas terpaksa ponteng. Ya. Tanpa MC. Ada yang ada MC. Haisyhhh. Memang habiskan masa di pembaringan jela. Dengan migrain pulak makin menjadi-jadi sekarang ni. Dengan resdung datang balik. Pehh. Memang dugaan. Tapi, takpe. Aku kan qowiyyah. Cehh~! HAHA.

Tapi, Alhamdulillah. Makin menunjukkan tanda-tanda yang baik untuk pulih seperti sedia kala. 

Aku tau aku ni jenis orang yang 'MudahTerhibur'. Benda tak lawak pun rasa lawak. Kalau tak takdenya ayah nak cakap, "Apa kakak? Iklan pun nak gelak.." 

Jadi, secara luarannya aku nampak macam orang yang tak serius. Ya. Ramai orang akui benda tu. Memang takde benda lain aku buat selain gelak, gelakkan orang, dan teruskan gelak. 

Tapi, tak semua orang dapat tafsir kenapa mudahnya aku terhibur. 
Tak semua.

Jujur. Aku rasa 'down' sangat. Rasa terjatuh. Terhenyak. Bukan terduduk tapi dah terperosok, terlentang, tersadung dan terjelopok. Aku sedar. Baru aku sedar yang aku tak sekuat yang aku sangka. Aku tak setabah itu. 

Seminggu ni rasanya mata aku memang banjir. Bertakung dan melimpah. Sungguh. Aku tak mampu menahan sebak itu. Kadang-kadang rumit nak dirungkaikan. Sebab aku rasa mungkin takde siapa pun mampu faham. Mungkin.

Hati makin terasa sayu lagi bila menangisi sesuatu yang bukan kekal. Menangisi ciptaan-Nya. Allahu. Entah bila kali terakhir menangis kerana Dia. 

"Mak, Ayah.. Kakak tak kuat. Kakak tak tau nak mulakan macam mana kat mak dengan ayah.. Kakak tak tau nak cakap apa yang kakak serabutkan sekarang. Kakak tak berani nak cakap yang kakak asyik berendam air mata sebab sakitnya hati ni. Kakak tak terluah nak mengadu sakit kakak sebab taknak mak ayah risau. Kakak rindu. Rindu sangatt."

Maafkan diri terlalu beremosi. 

Duhai mata. Hentikanlah hujanmu. Aku mohon.. Tolonglahh. Demi aku yang ingin menjadi qowiyyah.

Cukuplah ia sekadar suatu entry yang kekal sebagai entry di blog ini. Tak usahlah diungkit ke alam realiti. Sungguh. Aku mohon. 

No comments: