Sakit itu Nikmat.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang seklian.

Harini aku ada Mid-term. Paper Thinking Skills. Wahaha. So, tinggal 1 lagi paper untuk subjek IRK. 21hb ni. HewHew~

Dan aku terpaksa MC harini demi diri yang tak larat nak bangun seawal pagi. TerimaKasih ayah providekan baju sejuk tu. Macam tetau je. "Pakai la baju ni kalau sejuk malamamalam." Memang sakit aku complete. Demam, batuk, sakit tekak, selsema semua ada.

Tapi tulah, sakit biasa. Sakit yang biasa je. Pernah tak terfikir bila kita ditimpa penyakit yang sangat tak biasa? Maksud aku, kanser ke, buah pinggang, kencing manis. Penyakit kronik.. Sungguh. Tak terduga. Tak termampu nak hadapi. Tapi, ingatlah.. ALLAH tak mungkin uji hamba-Nya tanpa mengukur kemampuan hamba-Nya terlebih dahulu. Allahu. TerimaKasih ALLAH.

Bila sakit demam macam ni, terfikir jugak, baru macam ni, dah mengeluh. Sampai bila? Sampai bila nak persoalkan takdir ALLAH? Kan sakit tu penghapus dosa. Cuba positif. Cuba rasakan sakit tu sebagai suatu nikmat yang kita jarang dapat. Mesti kita bersyukur.

Kalau sakit sekecil ni pun aku tak tersanggup, macam mana kalau diuji sebesar penyakit? Wahaii. Tabahlah Fieza..


No comments: