Jamil.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Wuisyhh.. Jamil mana pulak ni? HAHAHA.

Okay tak. Boleh translate perkataan tu kepada bahasa Melayu. Maksud dia "Cantik". Subhanallah..

*
*
*
*
*

" Cantik itu Subjektif. "

Pernah dengar "Cantik itu Objektif"? 

HAHA. Yela. Sebab dah sahsah asalan dia memang cantik itu perkara subjektif. Cuma aku nilah. Ya. Aku. Macam tak tau aku ni jenis suka mempersoalkan setiap benda. Psikologi orang Hijau katanyaa. 

Dulu aku ada terlintas jugak. Kenapa mesti cantik itu sesuatu yang subjektif dan bukan objektif? Bukankah objektif itu lebih sesuai? Misal kata seseorang itu diukur kecantikannya berdasarkan kepandaiannya, kematangannya, kebaikkannya, kesantunnya, gayanya.. Bukan ke segala kriteria itu suatu pilihan? 

Soalan 1.
Aminah merupakan seorang yang cantik dari segi _____________.

A. akhlaknya
B. kepandaiannya
C. penampilannya
D. keyakinannya

Katakanlah Aminah seorang yang pandai. Maka, kriteria kepandaiannya menjadikan Aminah itu nampak cantik. Well said, kenapa bukan objektif? Sekali lagi aku bertanya.. 

*
*
*

Aku tak sampai lah tahap mengkaji definisi cantik itu untuk membuktikan ianya objektif dan bukan subjektif. Tapi, kadangkala pengalaman yang kita lalui, ilmu yang kita peroleh, juga berdasarkan pemerhatian kita, sedikit sebanyak membantu kita dalam mencari sesuatu jawapan.

Babe, tak salah untuk mengubah fikiran itu. Tak salah kalau sekali kita dah tekad membuat keputusan dan akhirnya kita menarik balik keputusan itu. Sebab itu proses pebelajaran buat kita. Macam aku..

Aku sendiri menolak pendapat aku yang mengatakan bahawa cantik itu perlu kepada objektif. Maksudnya apa? Aku bersetuju dengan frasa, " Cantik itu Subjektif ".

Kenapa?

Kita berbalik pada prinsip objektif dan subjektif.. Objektif itu perlu kepada pemilihan. Ya. Subjektif juga. Cuma, objektif itu mempunyai pemilihan yang terhad. Apa cantik itu cuma dari segi beberapa aspek sahajakah? Apa definisi cantik itu hanya disebabkan beberapa faktor yang minoriti? Buka mata.

*

Apa itu cantik?

Berwajah bujur sireh, berwajah flawless, tinggi lampai, berlesung pipit, skinny, sopan-santun, gigi tersusun rapi, dan sebagainya yang nampak indah belaka.

Kenapa itu sahaja cantik?

Stereotype.

Kalau nak tau setiap benua ada ukuran kecantikan tersendiri. Definisi dia memang berbeza. Dan. Kenapa? Sebab manusia sendiri yang meletak batas cantik itu pada aspek tertentu. 

Wahaii. Sampai bila nak menolak yang diri ciptaan-Nya ini jua cantik? Kufur? 
Manusia akan tetap tak puas hati. Tetap akan mengata. Dan kita, live our own life. Yeahhh!

AgakAgak kenapa lesung pipit yang merupakan suatu kecacatan tu nampak comel?

p/s: Note for myself.


Pernah terfikir tak sesuatu yang kelam itu ada kebahagiaan tersembunyi. 

No comments:

Post a Comment