Grow.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Sebenarnya sejak Sem 2 lagi aku plan nak keluar sengsorang. Habiskan masa dengan diri sendiri. Jenjalan ke, tengok movie ke, makan sengsorang ke apa. Tapi asyik tergendala je. Kononnyalah busy. Entah busy apa pun aku tak sure. HAHA.

Sampailah sejak dua tiga hari ni..

Fieza minta maaf sangatsangat kat Ainur and Husna.
Aku minta maaf sangat classmates aku.
Dearest KAA Members, minta maaf sangat aku tak membantu.
My partner in crime especially, aku minta maaf weii kat hang. Sorry buat hang rasa abandoned. Jawab soalan hang macam nak taknak ja.

Semalam, lepas kelas, dengan kepala yang agak serabut ni.. Aku come out dengan plan nak keluar. Terus sesiap lepas Zohor and make a move. Masa tu cuma fikir nak keluar and fikir nak pergi tempat yang boleh cari ketenangan. Dan.. Ya. Aku decided nak pergi KLCC je.

Malangnya silap percaturan. HAHA. Sebab tujuan aku nak tengok bebudak memandi kat kolam tu je. Tapi. Yela. Pergi pun hari Jumaat. Tengok orang dok bersihkan kolam ade la. Lawak pun ada.


Ada la kena approach dengan kind of salesman. Jual baucer. Tapi, aku student kott. Kelakar la nak beli that such things yang worth RM150. So, kitorang sembang biasabiasa jela. 

"Awak ni memang takde kawan ke sorangsorang je ni?"

I do have. I do have many of them. All praises to ALLAH. 

Cuma. Aku rasa, aku perlukan masa untuk aku fikir, what will happen if I'm all alone? Without anyone. Dan aku rasa cara nak kenal diri sendiri tu bila kita luangkan masa dengan diri kita sendiri.

And sometimes, kita cuma penat. Penat nak meluahkan. Penat nak cerita. Penat nak bercakap. Cukuplah hati je pendam semua tu.


Dan kadangkadang kita tenggelam. Sebab kita cuma fikir apa yang terhidang. Pernah teroka apa yang terlindung di kejauhan? 

Kabur?

Ya. Sebab kau tak pernah betulkan lensa untuk fokus apa yang ada di kejauhan.

*

Mungkin aku begitu.

Mungkin aku hanya tahu melepaskan tanpa mengusahakan jalan.
Sesuatu itu tak akan selesai tanpa melaksanakan jalan penyelesaiannya.
Cuma berfikir apa yang sedang dilalui dan lupa pada yang bakal dilalui. 

Duhai hati, tumbuhlah kau menjadi teguh. 

Just grow. I'm begging..

No comments:

Post a Comment