Xing Nian Kuai Le @ Pulau Ketam

Assalamualaikumwarahmatulahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Semalam sambil dengar talk, berdudu-dudu WhatsApp masuk. Bila baca, Allahu.. Tok Guru Nik Aziz dah kembali ke pangkuan 'Azza wa Jalla. Aku terpaku sebab aku sedar, perginya dia pada Malam Jumaat. Dan berkongsi tarikh dengan perginya Hassan al-Banna. Oh ya, Salam Takziah juga untuk pemergian Dato Haji Hasbullah Awang.

Jeles sebenarnya tengok orang yang dapat pergi menghoratinya buat kali terakhir.

*
*
*
*
*

Dan. Harini ramailah hendaknya student CFS yang pulang ke pangkuan rumah memasing. Semalam pun ada dah balik dah. Okay fine. HUHU. Aku? Aku balik hari Ahad sebab nak pergi Talk Sebelum Aku Bernikah kat UIA Gombak. *menari* I can see the hikmah kenapa aku ada kelas malam Rabu tu and tak dapat join talk Aimang Azlang kat AMF. Aku pergi yang kat Gombak kott. HAHA. 

By the way, aku tak tau apa yang aku busykan sangat sebenarnya. Sampaikan tak menyempat nak buat apaapa. Kononnyalah. Haihhh. Duniawi. HAHA.

Dan. Untuk pengetahuan, minggu lepas aku pergi Pulau Ketam lagi. Untuk kali kedua. Baru kali kedua je pun, tapi rasa macam dah lebih 10 kali pergi. Cehh! 

Program kali ni bertujuan nak bagi sumbangan kat orang yang kurang berkemampuan. Nama pun nak Raya Cina kan, semestinyalah main targeted person tu orangorang Cina. Gituuuu. Dan. Abang Azlan cakap, "Ini dakwah bi hal." Perbuatan. 

Dan yang specialnya kali ni, kitorang bermalam. Yeahh. Kat Balai Islam. Itu yang nikmat sebenarnya..

Sabtu malam tu, aku memang exhausted sangat. Sampai tak larat dah pun nak lepak lelama kat kedai Kak Sophie tu. Teruslah aku mengada gila ajak Husna balik Balai. Kononnya nak tidur. Rerupanya sampai balai segar bukan main macam apa. So, kitorang lepak la kat luar surau tu. BajetBajet ambil angin kat rooftop. "Fieza, perasan tak apa yang lain kat Pulau Ketam sekarang?" Aku ni cerna la setiap bangunan yang ada kat situ, ada ke yang berubah tempat? "Entahlah. Ada lain ke?" "Husna nampak teamwork antara kita kali ni. Masa Raya tahun lepas kan sebab kita datang sehari. Cuma masuk rumah ke rumah untuk Marhaban je. Tak rasa family GCC tu." Bila aku fikir balik, yes. Exactly. Apatahnya Husna kena jadi AJK Hadiah.. Dahla sesuka hati bagi nama aku jadi Assistant dia. Memang bila kita contribute something untuk sesuatu tu, kita rasa puas sebenarnya. Walaupun kita tak menyumbang dari segi kewangan, but still persediaan tu bersama Family GCC (termasuk bukan ahli GCC yang join) sesama. Nilai kebersamaan tu sebenarnya lagi tinggi daripada segalanya. 

TerimaKasih Husna. Sebab buka mata Fieza untuk nampakkan semua tu. Senyum.

TerimaKasih Uncle Jamal and Abang Lan. (Y) 

Macam biasa. Kak Iena.. Tukang masak Pulau Ketam. 

TerimaKasih.

Sila jamu mata. Dan. Ini ihsan WhatsApp sebenarnya. Maaf meminjam gambar.









Dan. Ini baru gegembar daripada hengfon aku yang takseberapa itu. Takdela macam dorang semua. IPhone la Oppo, Asus. Wuuu..





Kena akui banyak sebenarnya gambar. Tapi tak terpilih kott. Banyak nau. Berpeluh nak pilih.

Dan. Sejak balik Pulau Ketam ni aku dengan Husnaasyik nyanyi lagu Nur Syahadah je. Padahal sebelum ni aku asyik nyanyi lagu Kasih Kekasih je. HAHA. Tapi lagu Nur Syahadah tu aku parodikan. Haaa. Jadi Nur Hafiza. Hanya available kat 411C. Okaybai. 

No comments: