Ujian Psikologi.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Epal dan Pisang sekalian.

Selasa lepas cuti umum, aku meraikanlah dengan keluar dari CFS. LOL. HAHA. Takdelah.. Aku pergi beli tiket nak balik JB masa cuti Midsem nanti. Lepas tu, ikut partner in crime pergi Ampang, melawat PakCik and MakCik dia tak sihat. Fefeeling balik kampung sangat sebab semua speaking Kedah. Sukanya.. Padahal ada je cousin kat Ampang tu. Kahhhh.

Dan nasib baik kitorang jejak CFS tetepat 10 malam. HewHew~ Ya. Nasib kami sangat baik.

Khamis lepas dah Speaking Test untuk MUET. Okaybai.

Sebenarnya, aku nak ajak korang main game psikologi. Cuma perlukan beberapa minit sahaja. Dan modalnya ialah, imaginasi. Ya. Cuma perlu bayangkan je.

*
*
*

Perkara pertama yang korang perlu bayangkan ialah, korang sedang berada di atas jalan raya.
Sambil berjalan atas jalan tu, korang melalui satu flyover. Dari atas flyover tu korang pandang ke bawah dan nampak jalan.

Jalan tu lurus ke bengkang-bengkok?

Lepas nampak jalan tu, korang teruskan perjalanan sampai ternampak sebuah hutan.

Hutan tu,
Tebal dan besar?
Tebal dan kecil?
Nipis dan besar?
Nipis dan kecil?

Jadi, korang pun ambil keputusan untuk masuk dalam hutan tu dan ternampak seekor binatang.

Persoalannya, binatang apa yabg korang nampak?

Lepas nampak binatang tu, korang pun abaikan dia dan terus masuk dalam hutan sampai terjumpa rumah.

Okayy. Rumah tu dalam keadaan macam mana bila korang nampak?
Pintu tertutup dan berkunci.
Pintu tertutup dan tak berkunci.
Pintu terbuka.

Jadi, korang pun masuklah dalam rumah tu dan ternampak satu peti.

Ya. Peti tersebut ada pemegang atau tak?

Bila korang dah dekati peti tu, korang sedar ia berkunci, dan kunci peti tu ada dalam rumah tersebut.

Kunci tu korang jumpa tergantung atau terletak atas meja?
Kunci tu korang terpijak?
Kunci tu korang terpaksa cari untuk ditemui?

Lepas tu korang pun keluar dari rumah tu dan ternampak seekor lagi binatang.

Binatang apa tu?

Korang pun berlalu untuk teruskan perjalanan.. Dan ternampak sungai.

Reaksi korang?

Terjun dalam sungai?
Main cuitcuit je air tu?
Babe, just sungai.. Abaikan jela.. ?

Based on jawapan korang tu maybe adelah kaitan dengan personaliti sebenar korang. Nama pun ujian psikologi kott.

Dan. Aku berjanji untuk update jawapannya. Tapi, lihatlah masa free cemana. HEHEHE. Mungkin lambat sikit.

p/s : Roommate punya Madam masa Sem lepas buat kat dorang. 

No comments: